***
AZ masuk ke dalam perut kereta begitu juga Harraz.
"Panasnya. Dia ni tak bukak air-cond ke?" Hati Az bermain dengan kata-kata.
Setelah lama berdiam diri di dalam kereta, Az membuka air-cond tetapi Harraz menutup kembali. Az memandang Harraz.
"Saya dah buka tingkap takkan panas lagi?"
"Saya panas"
Kereta itu kembali sunyi. Az mula hendak membuka radio tetapi Harraz menghalangnya terlebih dahulu.
"Saya tak suka bising-bising ni. Menggangu masa saya memandu saja"
Az mengetap bibir sambil memandang Harraz. Az mula mengeluarkan earphonenya yang selalu ada di beg tangannya lalu memakai earphonenya.
"Awak, saya ingat nak bawa aku pergi mall. Okay tak?"
Harraz bertanya tetapi tiada respon oleh Az. Az hanya memandang depan.
"Takkan merajuk pula. Awak dengar tak ni?"
Harraz melambai tangannya di depan muka Az. Az memandang Harraz dengan mata yang terkebil-kebil.
"Dengar tak ni?"
"Ouh sekejap"
Az membuka earphone yang dipakainya tadi lalu menyimpan didalam beg tangannya. Harraz yang berada di sebelah hanya tercengang.
"Apa yang awak cakap tadi? Maaf saya tak dengar sebab saya pakai earphone"
"Patutlah. Ni saya nak tanya, okay ke kalau saya bawa awak pergi mall?" Harraz bertanya.
"Saya okay je"
•°•°•
HARRAZ memandang Az yang sedang tidur di sebelahnya didalam kereta lalu fokus kembali ke jalan. Penat agaknya lepas berjalan satu mall.
Az tersentak apabila terasa ada orang memegang tangannya lalu dia memandang Harraz dan Harraz juga memandang Az.
"Kenapa awak pegang tangan saya? Awak ambil kesempatan dengan saya ke? Saya ada maruah tau!"
Az memarahi Harraz yang berada di sebelahnya. Mujur lampu isyarat berwarna merah.
"Tak, saya tak sengaja langsung . Sumpah"
Mata Az mula bergenang. Dia sudah letak kepercayaan terhadap Harraz tetapi runtuh semula kepercayaannya.
"Saya bukannya murah untuk awak pegang. Saya jaga batas. Saya percayakan awak tapi awak musnahkan semula"
"Betul saya terpegang. Saya langsung takde niat nak usik awak. Maaf"
"Hantar saya balik cepat ataupun awak berhentikan saya di bus stop depan tu"
Harraz terus memecut laju menghantar Az balik ke rumahnya. Risau jika Az membuat keputusan hendak pulang menggunakan bas. Bagaimana dia hendak menjawab dengan mak abah Az jika dia tidak menghantar Az pulang?
YOU ARE READING
Kekasih Syurga
Romance[2019 THE WATTY AWARDS WINNER, ROMANTIKA] Bercinta selepas nikah, Manisnya tidak terkata, Tetapi disebalik kemanisan, Ada juga kepahitan yang dirasai. Azalea×Harraz Warning: story ni tersangatlah cliche dan geli untuk dibaca yaaa Start: 16 April 2...