Bab 11

960 26 0
                                        

.

***

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

***

KEADAAN dirumah Tuan Arif dan Puan Suraya sungguh meriah pada malam itu. Orang mahu adakan malam berinai la kan.

"Mana bakal isteri kamu ni? Tak turun lagi ni. Nak pasang inai dekat tangan dia tu"

Harraz menggarukan kepalanya yang tidak gatal.

"Jap Harraz panggilkan. Mana tahu dia dengan Arissa duduk melepak dekat bilik"

Harraz berjalan menaiki bilik Az. Sampai sahaja di depan bilik Az, Harraz mengetuk bilik Az lalu Az membuka pintu biliknya.

"Kenapa?"

"Astaghfirullahalazim, awak tak ingat ke yang harini malam berinai?"

Az menepuk dahinya dengan kuat.

"Ya allah saya lupa. Awak turun lah dulu"

Az menutup biliknya lalu melipat kain telekungnya dan sejadah di tempat yang sepatutnya lalu turun kebawah.

"Mak ingat adik lari rumah lah tadi sampai tak reti turun bawah"

Az ketawa kecil. Az menggosok lengan Puan Suraya.

"Tadi adik terlupa lah mak, adik buat solat sunat tadi. Adik takut. Adik tak tahu sama ada nak berkahwin dengan Harraz ataupun tunggu si 'dia'"

"Jadi, adik pilih yang mana?"

"Adik pilih Harraz, mak. Mungkin dia lah yang terbaik untuk adik. Yang boleh membimbing adik lagi elok dari sebelum ni"

Puan Suraya membawa Az ke dalam pelukan. Bangga dengan dirinya yang dia dapat mendidik anaknya di jalan yang benar.

"Tu dua beranak buat apa lagi dekat situ, malam berinai dah nak mula dah. Mana bakal pengantinnya? Meh sini duduk diam-diam. Ish aku lah. Boleh pulak berborak tengah ii ni. Cepatlah makcik oi!"

Tersentak mereka berdua. Mereka memandang antara satu sama lain lalu tergelak. Harraz yang tidak jauh dengan Puan Suraya dan Az tersenyum. Meriah betul.

•°•°•

"LAMA lagi ke?"

"Sikit je lagi ni" Kata perempuan yang menconteng inai ditangan Az.

Az menegakkan badannya apabila terasa belakang badannya lenguh. Harraz yang nampak Az begitu mengambil satu bantal.

"Sandar lah"

Az terkejut lalu memandang belakang. Ternampak Harraz memegang satu bantal dan diletakkan di dinding. Mujur Az duduk berhampiran dengan dinding.

"Eh tak payahlah"

"Saya tahu belakang badan awak lenguh, sandar jelah. Nak tunggu inai tu kering lagi. Nanti penat"

Az terharu apabila Harraz sanggup mengambil bantal untuk dia bersandar. Belum jadi suami lagi, dah sweet.

"Terima kasih"

Harraz mengangguk lalu memandang tangan Az yang siap dihiasi dengan inai.

Harraz mengangguk lalu memandang tangan Az yang siap dihiasi dengan inai

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

"Cantik"

"Haha thanks"

"Okay dah siap. Tunggu inai ni kering dulu baru basuh ye"

Az mengangguk lalu memandang tangannya. Huh berdebar untuk tunggu hari esok.

 Huh berdebar untuk tunggu hari esok

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Kekasih Syurga Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang