Bab 3

1.5K 44 0
                                        

***

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

***

AZ memandang telefonnya yang bergetar menandakan ada orang menelefonnya tapi tidak berniat untuk mengangkat kerana nombor itu tiada di contact telefonnya.

Setelah lama dia membiarkan akhirnya telefon berhenti berbunyi.

Ting!

Az mengambil telefonnya dan membuka mesej yang dihantar oleh seseorang. Dia mengerutkan dahinya.

+016-775-8990
Awak, ini saya Harraz. Saya ada diluar rumah awak. Saya ingat nak ajak awak keluar.

Setelah membaca mesej yang dihantar oleh Harraz. Cepat-cepat dia keluar dari biliknya, sempat dia mencapai tudung sarungnya yang terletak di kerusi belajar.

Az membuka pintu rumahnya dan melihat Harraz yang sedang bersandar di sisi kereta. Harraz tersenyum melihat Az.

"Awak buat apa dekat sini? Macam mana awak tahu rumah saya dekat sini?"

Az mengajukan soalan kepada Harraz. Harraz senyum kecil.

"Saya tanya Arissa memandangkan dia duduk satu rumah dengan awak. Janganlah marah dia pula, saya yang paksa dia beritahu saya. Saya nak ajak awak keluar, sudi?"

"Ta-tapi saya kena tanya mak abah saya dulu"

Az tergagap apabila Harraz memandangnya.

"Saya dah tanya dah, mereka dah bagi saya keizinan nak pinjam awak untuk harini"

"Be-betul ke? Kejap saya telefon abah saya"

Az menyeluk tangannya didalam poket seluarnya. Segera dia mencari nombor ayahnya. Berharap sangat Tuan Arif tak bagi kebenaran.

"Assalamualaikum Az, kenapa telefon?" Tanya Tuan Arif di talian.

"Betul ke abah benarkan Harraz untuk ajak Az keluar?"

"Ye abah dah bagi izin untuk Az dan Harraz keluar berdua"

Az tercengang. Boleh pula jika orang yang dia tidak kenali ajak Az keluar.

"Ba-baiklah abah. Az letak dulu"

Az memandang Harraz. Harraz senyum melihat Az. Harraz menjongketkan keningnya tanda setuju atau tidak.

"Ok-okay la. Kenapa awak tak bagitahu saya dari awal pagi tadi? Takde la buat awak tertunggu-tunggu"

Az berasa serba salah kerana Harraz terpaksa menunggunya untuk bersiap.

"Takpe, saya boleh je tunggu awak. Cepat sikit ye"

Harraz senyum untuk mengurangkan rasa bersalah Az.

"Okay saya bersiap dulu. Maaf saya tak boleh bagi awak masuk rumah sebab kita bukan mahram. Nanti timbulkan dosa pula. Saya masuk dulu lah, bersiap"

Az terus masuk ke dalam rumahnya. Nasiblah dia sudah solat Zuhur selepas azan dilaungkan. Takde lah Harraz menunggunya lama.

 Takde lah Harraz menunggunya lama

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Kekasih Syurga Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang