MCH|01

11.3K 430 12
                                    

SARA ILYANA berjalan masuk ke sekolah baru bersama ayahnya, Encik Latiff. Encik Latiff merupakan pengetua baharu disekolah yang bakal Sara masuk.

Nasib baik mereka tiba di sekolah pada jam 06:50 pagi. Awal? Itu sudah semestinya kerana EncikLatiff merupakan pengetua baharu.

Sejujurnya, Sara tidak berasa apa-apa kerana mungkin sudah terbiasa untuk pindah.

Well, jadi anak cikgu memang kehidupannya akan berpindah-randah sedikit.

"Adik nak ayah teman ke?" wajah anak perempuan bongsu nya dipandang.

Sara pantas menggeleng. "Tak kot. Adik boleh pergi sendiri." jawabnya lalu bersalaman dengan Encik Latiff.

"Baiklah, nak. Jaga diri..." pesan Encik Latiff sebelum berpisah dengan Sara.

Lalu, Sara memulakan perjalanan ke pejabat. Dia terlupa untuk register. Itulah semangat sangat ke sekolah sampai lupa nak register diri.

Setelah 10 minit sesat, akhirnya Sara fade-up. Lenguh sudah kakinya untuk berjalan. Dia memerlukan bantuan seseorang!

"Nak pergi mana tu?" tanya seseorang.

Sara pantas berpusing apabila ada figura menegurnya. Alhamdullilah, ada orang nak tolong dia.

"Cari pejabat, boleh tunjukkan tak?" tanya Sara semula.

Jejaka itu sekadar angguk. Lalu dia pun menarik lengan baju Sara untuk mengikuti langkahnya.

"New student huh?" jejaka itu memulakan perbualan.

"Haah."

"I see." jawabnya.

Seketika kemudian, mereka pun tiba di pejabat.

"Ada hajat apa kamu ke sini Firhan?" tanya kerani disitu.

"Ni ha ada pelajar baru, tengok gaya dia macam sesat je." kata Firhan sambil berpeluk tubuh.

"Ohh... Ingat bawa awek mana lah tadi." usik kerani itu.

"Lambat lagi nak ada awek, kak." balas Firhan.

"Kamu tunggu luar dulu kejap, biar akak uruskan budak baru ni."

Firhan angguk dan memberi ruang kepada Sara untuk register.

"Nama kamu apa?"

"Sara Ilyana."

Kak kerani itu pantas menaip sesuatu di atas papan kekuncinya.

"Sara Ilyana binti Latiff ya?" sebut kak kerani itu.

"Betul, saya lah tu." jawab Sara.

"Okey, kamu akan kelas di 5 Mutiara. Buku teks boleh ambil kemudian memandangkan hari ini hari pertama kamu ke sekolah baru. Akak rasa itu sahaja kot?" ujar kak kerani itu sambil menyatakan apa yang perlu dilakukan oleh Sara.

"Baik kak, terima kasih." ujar Sara sambil
senyum.

"Sebelum kamu sesat lagi, kelas 5 Mutiara di tingkat 3. Selepas tangga tengah." beritahu kak kerani itu.

Mr Crush Headprefect | CompleteWhere stories live. Discover now