Aku mendiamkan diri sepanjang perjalanan ke sekolahku yang baru. Tubuh disandarkan di kusyen kereta . Mata dipejam sambil memikirkan akan keadaan sekolahku yang baru itu.
"Maya..."
Aku membuka mataku. Pandanganku singgah di wajah ibu yang sedang memandu di sebelah aku.
Senyuman di wajahnya tidak pernah lekang daripada tadi. Mananya tak ..... inikan tempat kelahiran ibu .
Tentu saja ibu gembira dapat pulang ke tempat asalnya setelah lama meninggalkan kampungnya dan menetap di Kuala Lumpur kerana mengikut ayah.
Malangnya, Allah lebih menyayangi arwah ayah. Ayah telah meninggal dunia beberapa bulan yang lalu dan setelah itu ibu mengambil keputusan untuk kembali ke kampungnya yang terletak di daerah Batu Pahat , Johor.
" ya ibu?"
" Ibu harap Maya suka tinggal kat sini . Ibu jamin yang Maya akan happy kat sekolah baru Maya. Trust me ok? " kata ibu bernada pujukan. Terselit juga nada gembira di dalamya.
Aku terdiam sebelum mengukir senyuman kepada ibu. Tangan ibu digapai dan digenggam lembut .
" Ibu .... Maya tak kisah pun . Lagipun apa yang buat ibu happy ,Maya pun happy juga"
Ibu tersenyum mendengar kata - kata ku . Kepalaku diusap lembut . Aku membalas senyuman ibu.
Kalau korang Ada jumpa typo di atas, korang boleh Komen ya?
Thnsks
YOU ARE READING
Prince Mask (edit)
Romance(COMPLETE) (one side POV) *proses pengeditan sedang dijalankan bagi memastikan tiada sebarang kesalahan ejaan di dalam cerita ini. Diingatkan juga, akan terdapat sedikit perubahan dalam cerita ini semasa proses pengeditan dijalankan. Amisha Sumayya...