PM10

4.3K 282 12
                                    

Aku ketawa apabila melihat wajah Crystal yang jelas terkejut melihat kawasan ruang tamu di rumah aku. Aduhhh...jakunlah minah ni. Terkejut sampai mulut tu tak boleh cover dah. Asyik ternganga ajer.

" Bro, agak agaklah kalau nak terkejut tu. Mulut tu tolonglah cover. Bukan apa aku takut lalat masuk nanti kang tak pasal pasal lalat tu berkampung kat mulut kau."

" Ishhh, Maya ! Saya bukan apa... Just, terkejut. Betul ke ni rumah awak? Saya macam tak percaya. Maknanya awak ni anak orang kayalah kan?" soal Crystal mengundang kerutan di dahi aku.

Asal macam pelik soalan Crystal ni.Bukan Crystal ni tau ke siapa aku yang sebenarnya? So... Kenapa dia boleh tanya soalan macam tu?

Arwah abah aku mempunyai beberapa buah hotel ni Semenjung Malaysia dan satu cawangan perhotelan di Sabah. Setelah abah aku meninggal dunia , ibulah yang menguruskan hotel hotel tersebut namun kini pengurusan hotel itu telah diambil alih oleh along aku, Mira.

Manakala ibu pula adalah seorang pemilik syarikat kosmetik yang agak dikenali di Malaysia. Kini, ibu bersama sama angah aku, Arisya Suraya, yang menguruskan syarikat kosmetik tersebut.

Aku aneh, macam mana Crystal boleh soal aku macam dia tak tahu siapa aku padahal dia sajalah kawan yang aku ada sepanjang aku membesar di Batu Pahat.

Yang lagi membuat aku aneh itu, bukankah aku dan Crystal pernah bersama sana menjadi model untuk salah satu produk kosmetik keluaran syarikat ibu pada satu masa dahulu. Takkanlah Crystal boleh pula akan hal yang sebesar itu? Kitaorang jadi famous kut disebabkan oleh perkara itu.

Bukan itu sahaja, aku juga perasaan akan gaya bahasa yang dia gunakan. Amat jarang Crystal nak guna awak-saya bila berbual dengan aku, tapi Sekarang ni... Hmm entahlah aku pun tak tahu nak cakap.

" Maya!!!"

Tersentak aku mendengar jeritan yang dihasilkan oleh Crystal. Pantas aku menoleh ke arahnya.

" Hah.. Ya? Kenapa?" soal aku dengan wajah bingung.

" Isshhh, awak ni Maya, saya tengah bercakap ni pun sempat lagi eh awak termenung?" ujar Crystal seraya ketawa kecil. Aku hanya tersenyum kecil.

" Haha, sorrylah.Apa yang kau nak cakap tu?" soak aku balik.

" Tak..  Saya tanya awak, awak ni anak orang kaya ke?" soal Crystal dengan wajah teruja.

Aku mengeleng perlahan. Aku mula rasa tak sedap hati. Tak akanlah kawan aku ni hilang ingatan gara gara kami dah lama tak berjumpa? Aku risau dia ni kena penyakit nyanyuk saja.

Patut Aku nangis atau Aku marah bila berdepan dengan situasi begini?

" Maya.... Tergok tu termenung lagikan?" ujar Crystal tidak puas hati.

"Tak Aku nak tanya kau, kau ni Ada terjatuh dari pokok ke or kepala kau ada terhantuk dengan something ke sebab aku risaulah kalau kalau kau ni ada hilang separuh memori kau" ujar aku cuba untuk berlawak, walaupun aku dapat rasakan ini perkara yang serious.

"Kenapa awak tanya macam tu? " soal Crystal aneh. Patutnya aku yang aneh Sekarang ni, uhuk.

"Tak adalah, gaya kau bertanya tu macam kau bukan kawan aku ajer hmmm" aku mula menarik muka.

"Bukan macam tu, saya cuma nak ingat ingat balik Maya. Lagi pun... Kita kan dah Lama tak jumpa, so.. Memori tu low balik" canda Crystal membuatkan aku tertawa.

"Pandailah kau low, yang low tu kau, bukan memori kau. " cepat aku membalas kata katanya.

" Lagi satu Crystal,aku ni bukan orang kaya pon...aku ni orang biasa biasa saja. Harta pon tak punya lagi. Kalau kaya pun tu mak ayah aku yang kaya  bukannya aku. Ye tak?" balas aku. Crystal mengangguk faham

" Crystal, malam ni aku cadang nak masak seafood, apa pendapat kau?" soal aku meminta pandangan Crystal.

"Seafood? Ok sangat lah tu Maya! Saya suka  seafood! " sorak Crystal layaknya kanak kanak.

"Ya aku tau, dah sekejap aku nak sediakan bahan. Kau jangan risau, awal awal aku akan asingkan udang untuk kau."

"Kenapa? Tak payahlah asing,Saya suka udang sangat sangat" Crystal pantas melarang aku untuk mengasingkan udang.

Dan pasa saat tu, aku memang rasa....
Dia bukan Crystal yang aku kenal ...sebab. ... Crystal paling benci dengan ' udang'.Tak akan dia dah sembuh kut dengan penyakit 'tak suka udang' dia tu?

Hmm.


























Jeng jeng jeng!

Vote byk ii!
Typo abaikan.

Prince Mask (edit)Where stories live. Discover now