Aku melambai kepada Crystal yang mula menaiki tangga untuk ke biliknya sementara aku masih menghadap tv.
" Awak tak nak tidur ke Maya? Esok kelas awak pukul 8 pagi kan?" soal Crystal tiba tiba apabila dia sudah berada di tengah tengah anak tangga.
Aku pantas menoleh ke arahnya. Sempat lagi tu stop then anjurkan soalan ini budak. Aku hanya tersenyum saja.
" Alah... Awal lagi. Baru pukul 10 malam. Lagipun aku tak rasa mengantuk lagi. Tak apa, kalau kau dah mengantuk kau tidur ajer dulu. Tak payah tunggu aku. Aku ni kadang kadang tidur awal kadang kadang tidur lambat. Tak menentu"
" Dah macam cuaca ajerlah perangai awak ni. Oklah kalau macam tu, saya masuk tidur dulu. Bye... Good night Maya " ucap Crystal lalu menyambung langkahnya yang terhenti sebentar tadi.
" Bye. Good night, sweet dream" balas aku.
Hampir setengah jam kemudiannya, aku mula terasa kantuk serta mula menguap perlahan,menandakan sudah tiba waktunya untuk aku tidur.
Tv serta lampu aku matikan suiznya sebelum perlahan lahan aku naik menuju ke bilik. Menjadi kebiasaan aku untuk mengosok gigi dan mencuci muka terlebih dahulu sebelum masuk tidur.
Muka yang basah dilap dengan kain bersih. Aku duduk di birai katil lantas mencapai losen yang memang sudah tersedia di atas meja kecil yang berada di sudut katil ini. Losen itu dioles oles lembut ke tangan aku.
Ting!
Aku memandang handphone aku yang baru saja menerima pesanan mesej. Aku mencapai handphone lalu mesej tersebut terus sahaja dibuka tanpa melihat terlebih dahulu si penghantar pesanan.
Hai, good night. Awak dah tidur ke?- unknow
Aku mengerutkan dahi. Badan aku sandarkan pada kepala katil. Hmmm siapa eh ni agaknya? Nak balas atau biarkan?
Hai. Belum lagi tapi dah otw nak masuk tidur. Awak ni siapa?- Maya
Aku memutuskan untuk membalas.
Saya? Awak tak kenal saya ke? Awak jangan main main eh? Awak nak lari dari bayar hutang?- unknow
Aku terkejut. Aku.....ada....hutang? Dengan siapa? Bila? Sebab apa? Dan di mana? atau...orang ni saja nak kenakan aku.
Just straight to the point. Jangan nak main main. Saya tak teragak agak nak block nombor awak kalau saya nak- Maya.
Butang send aku tekan kuat kuat. Puas hati aku. Malam malam buta nak main mainkan aku.
Eh, janganlah Maya. Ok ok, ni sayalah ...Rafiqi. Eh, tapi still, awak ada hutang dengan saya tau. Jangan nak lari ya? 😏- Rafiqi
YOU ARE READING
Prince Mask (edit)
Romance(COMPLETE) (one side POV) *proses pengeditan sedang dijalankan bagi memastikan tiada sebarang kesalahan ejaan di dalam cerita ini. Diingatkan juga, akan terdapat sedikit perubahan dalam cerita ini semasa proses pengeditan dijalankan. Amisha Sumayya...