"Sayang!" Jerit Rafiqi. Aku menoleh memandang Rafiqi.
"A..abang" panggil aku lemah. Pandangan aku juga sudah berbalam balam,tapi aku masih lagi dapat melihat Rafiqi dengan jelas.
Tanpa menghiraukan 'Crystal' yang sudah terbaring akibat dihentak tadi,Rafiqi terus meluru ke arah aku.
"Sayang...ya Allah,abang betul betul risaukan sayang. Sayang ok kan? Dapat bertahan kan? Crystal! Kita kena bawa Maya pergi hospital. Now!" Jerit Rafiqi kepada gadis berhoodie tu.
Ya,gadis berhoodie itu adalah Crystal,dan yang terbaring di atas lantai itu juga adalah Crystal.
Crystal mencampakkan kayu yang berada di tangannya ke tepi lalu berlari ke arah aku dan Rafiqi. Perut aku yang ditikam tadi diperhatikan dengan kerutan di dahi.
"Wei,kita kena bawa Maya keluar dulu. Alex ada dekat luar,dia dah ready dulu, Jom. Maya,kau boleh bangun kan?" Soal Crystal sambil memapah aku yang dibantu oleh Rafiqi.
Aku terdiam mendengar soalan Crystal. Cara percakapan dia,gaya dia...inilah Crystal Aku, kawan baik aku.
"Kau....Crystal?" Soal aku lemah. Crystal memandang aku sekilas.
"Kau dah nazak apa ni? Sampai aku pun kau tak kenal" ujar Crystal sinis. Mendengar kan soalan Crystal, aku mula ketawa kecil. Ya...dia memang Crystal yang asli.
"Kau memang ...Crystal, ta.....tapi kalau kau Crystal...yang tinggal den..dengan aku...selama...selama...ni tu ....siapa?" Soal aku tersekat.
"Maya,kau dah nazak tau,kalau kau sayang nyawa kau better kau diam sampai kita ke hospital."arah Crystal dengan tegas.
Aku hanya mampu tersenyum mendengar arahannya. Tanpa berkata apa apa, Crystal dan Rafiqi berusaha mempapah aku untuk keluar daripada kawasan gudang lama ini dengan berhati hati. Aku turut berusaha melangkah menyaingi Rafiqi dan Crystal walaupun tikaman 'Crystal' masih lagi terasa sakit nya di perut ku.
"Kejap,macam mana dengan Cherry?" Soal Crystal tiba tiba. Bukan kepada aku tetapi kepada Rafiqi.
Rafiqi menjeling Crystal sekilas. Tubuh aku dipaut lebih erat sebelum dia menjawap.
"Nanti kita selamat kan dia, yang penting sekarang ni Maya, dia dah kehilangan banyak darah " ujar Rafiqi tegas.
Crystal angguk setuju. Aku hanya mendiamkan diri kerana aku betul betul sudah tidak bermaya.
Sedang kami menuju ke pintu gudang,tiba tiba sahaja kami terdengar bunyi cecair ditumpahkan. Tanpa bersedia apa apa,Crystal terus menoleh melihat ke arah belakang. Aku yang tidak bersedia itu dipeluk erat oleh Rafiqi.
"Cherry! Kau buat apa ni?!" Soal Crystal lantang kepada Cheery yang galak menyimbah minyak ke serata kawasan kilang.
"Kau tak perlu tau!" Jawap Cherry keras.
"Aku rasa dia nak bakar tempat ni. Cepat Crystal,kita bawa Maya keluar dulu!" Arah Rafiqi dengan keras. Crystal menoleh memandang aku dan Rafiqi kembali.
"Jom!" Ajak Crystal dan terus menyambung mempapah aku dengan kelajuan minimum.
Sampai di luar ,Seorang lelaki berambut perang berserta beberapa lagi orang yang berbaju Hitam datang menghulurkan bantuan.
Aku dibaringkan di atas jalan tar,sebelum lelaki berambut perang itu datang kepadaku. Tikaman aku diperiksa.
" Macam mana?" Soal Rafiqi pantas.
"Tikaman dia tak terlalu dalam tapi still lagi berbahaya. Kita kena bawa dia ke hospital cepat" arah lelaki itu.
"Korang gerak dulu. Aku nak selamat kan Cherry " ujar Crystal sebelum dia kembali berlari ke arah gudang itu kembali.
"Crystal! Tunggu! bahaya kau pergi sorang sorang!" Jerit Rafiqi kuat. Kakinya terus melangkah laju mengejar Crystal di hadapan.
"Crystal..." Sebut aku lemah dan perlahan. Mata aku setia memerhatikan langkah Rafiqi dan Crystal.
"Maya..kau ok kan? Dapat tahan?" Soal lelaki berambut perang tadi. Tangannya lincah bergerak cuba untuk menghentikan perdarahan di perut aku. Aku tidak mampu menjawap,keadaan aku lemah sekali.
"Apa kau buat ni?! Lepas lah! Cherry!!kau blah boleh tak?!" Kedengaran suara Crystal menjerit.
"Kau gila? Dia dah bakar gudang tu! Kau nak mati ke?!" Marah Rafiqi pula.
Aku memaling memandang mereka. Jelas di mata Aku,Rafiqi berusaha menarik Crystal untuk menjauhi gudang yang sudah berkunci pintu nya serta mula terbakar. Api mula marak dengan cepat.
"Aku tak pedulilah! Dia kembar aku! Aku tetap nak selamatkan dia,tepi!" Marah Crystal. Tubuh Rafiqi ditolak kuat sehingga jatuh.
" Crystal.." Panggil aku perlahan. Jangan Crystal,jangan balik ke sana,bahaya!
Baru beberapa langkah Crystal berlari, tiba tiba,
BOMM!
Crystal tercampak jauh. Aku menutup mataku kuat,dan Rafiqi turut bertahan dengan letupan yang secara tiba tiba itu.
Aku kembali membuka mata,melihat aoa yang sudah terjadi sebenarnya. Dan apabila aku membuka mata,aku tergamam. Ya aku tergamam apabila melihat gudang tadi yang telah pun meletup,dan sudah terbakar dengan nyalaan api yang marak dan besar.
Mata aku mencari kelibat Crystal. Terlihat dari jauh,yang Crystal sudah terduduk lemah melihat gudang rakus dijilat api.
"Arghh" aku mengerang,sakit di tikaman aku tiba tiba bertambah. Lelaki yang berambut perang di sisi aku sudah cemas.
"Bro! Maya!" Jeritnya. Terus Rafiqi berlari ke arah aku. Aku cuba bertahan,tapi malangnya,aku gagal.
Akhirnya,aku pengsan di kawasan gudang itu akibat kehilangan darah yang agak banyak.
Sikit ajer part ni,785 patah perkataan sahaja. Ok jumpa next chap ya?😂😁😀
YOU ARE READING
Prince Mask (edit)
Romance(COMPLETE) (one side POV) *proses pengeditan sedang dijalankan bagi memastikan tiada sebarang kesalahan ejaan di dalam cerita ini. Diingatkan juga, akan terdapat sedikit perubahan dalam cerita ini semasa proses pengeditan dijalankan. Amisha Sumayya...