Chapter ni saya skip sampai habis cuti semester sebab saya tak tahu nak taip apa lagi untuk percutian Maya dan Rafiqi di Koh Samui.
Kami tiba di lapangan terbang terbang tepat pada jam 6 petang. Kami jalan beringingan menuju ke arah Mikael,orang yang tanggungjawab untuk mengambil kami pada hari ini.
Sedang aku berjalan,tiba tiba Rafiqi bertanya,
"Sayang,hari ni sayang balik rumah kita or...sayang balik rumah sayang?" Soal Rafiqi perlahan. Aku terdiam,sebenarnya aku pun berbelah bahagi nak pergi rumah yang mana satu sekarang ni. Dua dua pun rumah aku.
"Entahlah abang,Maya pun tak tahu Maya patut balik rumah mana. Haih" keluh aku sambil memeluk erat lengan Rafiqi.
"Oh..kalau macam tu,abang nasihatkan Maya balik rumah abang.Sebabnya tempat seorang isteri kan adalah di samping suaminya" cadang Rafiqi sambil tersenyum. Aku memandang Rafiqi sekilas,amboi...pasal hal ni terus main hukum ya?
"Hmm,tapi sebelum tu Maya nak singgah rumah Maya dulu boleh? Maya nak ambil barang Maya sikit. Bolehkan abang?" Aku meminta izin,sambil kepala dilentokkan di lengan Rafiqi.
"Hmm boleh ajer. Maya nak abang temankan Maya tak? Abang rasa Mikael tak kisah kut kalau hantar kita ke rumah Maya dulu then bari balik rumah kita" tawar Rafiqi
"Tak apalah abang. Lagipun Maya bukan ke mana mana pun. Rumah Maya juga yang Maya nak pergi...lagipun tadi Maya ada chat Crystal,dia kata dia tak ada kelas hari ni. So abang tak payahlah risau eh?" Pujuk aku sambil memandang wajah putih bersih milik Rafiqi.
"Sayang... Sayang lupa ke apa yang sayang nampak dekat bilik Crystal tempoh hari? And now Maya kata Maya nak balik rumah tu yang hanya ada Maya dan Crystal saja? No no no,kalau jadi apa apa nanti macam mana? Abang juga nanti yang susah hati" cepat Rafiqi membantah keputusan aku untuk pulang bersendirian ke rumahku.
Aku tergelak kecil. Suami siapa ni? Sweetnya dia bila dia risaukan aku. Sebenarnya aku pun takut nak balik ke rumah ,tapi aku rasa lagi tak selamat kalau aku bawa Rafiqi sekali. Aku tak nak nanti,kalau betul nya Crystal tu psiko, tak pasal pasal dia serang Rafiqi pula nanti. Tidak! Aku tak akan benarkan benda tu terjadi.
Apa yang aku patut buat sekarang ni adalah pastikan Rafiqi izinkan aku balik ke rumah aku sendirian.
"Alah abang....please,ok,Maya janji Maya akan selalu on handphone Maya ,and Maya janji yang Maya akan terus call abang bila Maya rasa tak selamat ok? " pujuk aku lagi. Rafiqi masih lagi menayang muka risau.
"Betul ni? Maya janji tau call abang cepat cepat nanti." Pesan Rafiqi risau. Mukanya tegang sahaja saat ini. Aku hanya mampu tersenyum sambil mengangguk.
Rafiqi bagi lampu hijau! Yeah!
-SKIP-
Pintu rumah aku buka. Dahi aku berkerut hebat,aik,tadi kata ada dekat rumah,ni mana orangnya? Dah lah rumah gelap gelita,sunyi pula tu.
"Crystal~~are you at home?" Soal aku kuat. Kaki melangkah ke tempat terletaknya suis lampu. Payah juga nak ke suis lampu,sebab gelap sangat.
Klik!
Lampu terpasang. Aku mendongak memandang lampu di atas. Terangnya...tapi tak seterang Rafiqi yang sentiasa menerangi hidupku...eh ceh....bermadah madah pula aku ni. Hahaha.
Aku pusing ke belakang dan dan...
"Arghh!" Aku Jerit! Mana taknya tiba tiba ajer si Crystal berdiri depan Aku. Dahlah pakai baju serba hitam. Mana Aku tak terkejut?
"Wei,Crystal! Terkejut aku tau! Aku ingat siapa lah tadi" Marah aku perlahan.
Crystal tayang muka innocent. Sengih sengih sambil garu kepala .
"Sorry Maya! Tadi Crystal baru sampai juga dari Malaysia. So tadi bila sampai,Crystal masak dulu untuk dinner kita then Crystal terus naik atas mandi mandi,sampai lupa buka lampu" jujur mukanya bila bertutur begitu.
Aku hanya tersenyum. Haih,tak akanlah Crystal ni psiko an? Baik ajer aku nampak dia. Huhu,dilema guys!
"Jom Maya! Kita dinner!" Ajak Crystal happy. Tangan aku segera ditarik menuju ke dapur. Aku tidak menghalang malahan aku turut mengikuti langkahnya.
"Wah..." Mata aku bersinar bila nampak makanan. Even Crystal just masak masakan biasa, iaitu bakso.
"Tadi masa Crystal dah nak balik sini, mama crystal bagi bawa bekal bahan masakan Malaysia and alang alang tukan,crystal pon buatkanlah untuk Maya bakso ni." Cerita Crystal happy.
"Really? Thanks Crystal!" Ujar aku sebelum memeluknya erat.
"Hehe welcome Maya. Tak apa Maya makanlah dulu,crystal nak ambik handphone crystal kejap tau" pesan Crystal sebelum dia berlari naik ke tingkat atas.
Aku pantas mendekati makanan di atas meja. Handphone aku buka lalu gambar bakso buatan Crystal ini aku tangkap. Lalu gambar itu dihantar pada Rafiqi,tapi belum sempat aku send,aku terhenti.
Macam jahat pula kalau aku hantar gambar ni. Entah entah Rafiqi belum dinner pun lagi tapi aku dah hantar gambar makanan ni pada dia. Jahatnya aku,hmm tak apalah tak jadi lah nak send. Haha. Kesian pula aku dekat husband aku tu.
Handphone aku simpan . mata memandang ke arah tangga. Mana pula crystal ni,lama pula dia ambil handphone dia. Aku dah lapar dah ni.
"Arghhh!!" Aku tersentak mendengar jeritan Crystal dari tingkat atas. Kenapa? Apa jadi?
"Crystal?! Kau kenapa?" Handphone aku tinggalkan di atas meja makan,Kaki terus melangkah naik ke tingkat atas.
"Crystal kau ok tak? Crystal!" Panggil aku berkali Kali di hadapan pintu biliknya. Tombol pintu aku pegang sambil cuba untuk membuka pintu biliknya,tetapi gagal! Ianya berkunci daripada dalam!
"Kunci...ya aku ada kunci bilik ni" pantas aku berlari ke arah bilik aku. Laci yang berada di sebelah katilku dibuka ,lalu pelbagai anak kunci aku keluar kan. Kunci bilik Crystal aku cari satu persatu dengan cepat dan kelam kabut.
"Jumpa!" Aku mengucap kata syukur dalam hati. Segera aku kembali ke bilik Crystal lalu aku membuka pintu biliknya dengan menggunakan kunci pendua itu.
Pintu dikuak lebar. Gelap. Aku terkaku di hadapan pintu biliknya. Mana....Crystal? Dia ok kan?
"Crystal mana kau?" Soal aku sambil melangkah masuk ke dalam biliknya. Kaki mula ingin melangkah ke arah suis lampu,namun langkah aku terhenti apabila tiba tiba sahaja kedengaran pintu bilik Crystal kembali tertutup dan di kunci.
Badan aku mengeras. Siapa pula yang tutup tu? Tak akanlah .......tiba tiba,aku teringat apa yang aku baca tempoh hari di boardnya.
Ya Allah,tak akanlah tu betul? Menyesalnya aku tak benarkan Rafiqi temankan aku.
Aku berpaling ke belakang,tapi belum sempat untuk aku berpaling,tiba tiba sahaja kepala aku dihentak oleh sesuatu yang keras dari belakang.
"Arghh!"
Dan pada masa itu juga,pandangan aku berbalam dan dunia aku terus gelap
Siap!
YOU ARE READING
Prince Mask (edit)
Romance(COMPLETE) (one side POV) *proses pengeditan sedang dijalankan bagi memastikan tiada sebarang kesalahan ejaan di dalam cerita ini. Diingatkan juga, akan terdapat sedikit perubahan dalam cerita ini semasa proses pengeditan dijalankan. Amisha Sumayya...