PM35

2.7K 196 8
                                    

Aku mengenakan pakaian yang agak simple pada hari ini. Cermin dipandang dengan senyuman gembira.

Hmmm, happy ajer aku hari ni? Ada apa apa ke? Haha, ya... Aku rasa happy sangat hari ni sebab hari ni adalah hari di mana aku akan memberikan jawapan muktamad kepada Rafiqi.

Jawapan kepada lamarannya.

Aku yakin keputusan yang aku buat ni adalah satu keputusan yang betul dan menjamin hidup aku. Lagi lagi, bila Prince Mask sudah memberi pendapatnya pada aku.

Aku sudah lakukan pelbagai solat sunat pada malam tadi, dan alhamdulillah, aku lebih yakin dengan keputusan yang aku buat setelah menunaikan solat sunat tersebut.Aku harap semuanya akan berjalan dengan lancar.

Kotak baldu biru yang berada di atas meja solek aku pandang sejenak sebelum tangan aku mula mencapai kotak tersebutlalu disumbatkan ke dalam beg sandang aku.

" Maya! Breakfast! " Jerit Crystal daripada bawah.

" Okey! Kejap lagi aku turun! " Balas aku dalam menjerit juga.

Beg dizip lalu aku mula mengorak langkah untuk keluar dari bilik ku.

Dari atas lagi aku sudah dapat melihat Crystal yang sedang asyik mengunyah roti. Hehehe, comel pula aku tengok dia hari ni. Bertoncang dua dan bercermin mata besar. Selain itu, Crystal juga kelihatan menawan apabila mengenakan pakaian rona hitam pada hari ini.

"Hei Mak cik! Jadi budak nerd ke hari ni? " Soal aku sambil ketawa mengekeh. Roti yang sudah disapu jam, dicapai sebelum disumbat ke dalam mulut.

" Eii, tak baiklah awak ni! Saya saja ajer nak pakai macam ni. Eleh, cakap orang, awak pun apa kurangnya? Comel macam budak budak ajer saya tengok bila awak pakai macam ni" Ujar Crystal dengan senyuman di bibir.

Aku mencebik. Aku malas nak bergaya sangat tu pasal aku pakai macam ni.

" Eh, dahlah, aku dah nak gerak ni. Bye Crystal, assalamualaikum " Ucap aku sebelum mula melangkah ke arah pintu utama.

" Okey Maya, bye juga and waalaikummusalam " Balas Crystal yang masih enak bersarapan.

Sampai sahaja di kolej, aku terus  menuju ke, arah dewan kuliah. Sedang aku berjalan, aku terserempak dengan Zahra dan juga Amanda yang sedang kecoh berbual. Berbual pasal apa tu aku tak tahu, yang penting sekarang ni, diaorang ni berbual or bergosip? Cakapnya lagak seperti mak cik bawang.

Senyuman jahat terukir di bibir. Hehehe, kacau ahh diaorang berdua tu.

" Hoi! Korang bual apa! " Sergah aku kuat.

" Ahhhhh!!! " Serentak mereka berdua menjerit. Aku dah gelak sakan.

" Apa ni Maya? " Soal Zahra dengan mulut memuncung.

"  Kalau aku mati macam mana?! " Marah  Amanda pula.

" Okey okey, Sorry. Korang ni, borak apa dekat sini? " Soal aku.

" Tak ada apa. Aku just dengar yang Rafiqi ada lamar someone tu~ eh, Amanda kau kenal tak? " Soal Zahra kepada Amanda.

Aku dah terdiam. Jangan jangan budak budak cheer dengan Basketball dah tahu pasal hal ni. Aduh! Malu aku.

" Ohh, seingat akulah, kita rapat dengan 'someone' tu. Hah! Dia leader pasukan cheer kolej ni kan? " Balas Amanda sambil tersengih sengih. Matanya tak habis habis mengerling aku.

" Eee, korang ni! Hmmm, mana korang tau?" Soal aku perlahan. Baru ingat nak surprise, sekali...

" Tak payah tahulah dari mana kitaorang tahu, yang penting sekarang ni... Kau dah buat keputusan belum? " Soal Amanda teruja.

Prince Mask (edit)Where stories live. Discover now