PM26

3.1K 200 11
                                    


Aku berlari tergesa gesa masuk ke dalam gelanggang sambil melihat jam di tangan. Matilah kau Maya, selalunya kau tak suka orang datang lambat, hah, hari ni kau yang datang lambat.

Aku cukup berterima kasih pada Prince Mask sebab dah tolong urut kaki aku semalam. Hasilnya sungguh menakjubkan!  Kaki aku dah tak rasa sakit lagi tu pasal lah aku boleh lari ni.

Bukan lari perlahan au, laju gila aku punya lari ni, macam lari dalam lari pecut!

" Korang, sorry aku lambat" Mohon aku sambil tercungap-cungap. Semput aku jadinya!

Ahli QueenGirl yang lain hanya tersenyum sambil mengelengkan kepala mereka.

" Kau ni Maya, kau baru lewat 5 minit ajer, bukannya lewat sangat pun"Ujar Zahra sambil ketawa kecil.

" Haah Maya, kitaorang pun baru ajer sampai ni hah, baru nak duduk-duduk,nak sembang-sembang kat sini" Sambung Fiona pula.

Aku menghela nafas lega selepas mendengar kata kata mereka. Punyalah aku takut sebab dah lewat tadi sampai terkejar kejar aku dibuatnya. Nak breakfast pun tak sempat.

Kesian pula aku dekat Crystal  yang dah sediakan breakfast untuk kitaorang berdua pagi tadi.

" Aku mati mati ingat korang dah tunggu lama. Tu pasal lah aku datang cepat cepat ke sini. Hmmm, kalau macam tu, korang bagi aku relaks dalam seminit dua dulu boleh? then, nanti kita teruskan latihan ok? "

" Ok Maya! " Jawap mereka serentak.

" Betul tu. Aku rasa baik kau stabilkan dulu pernafasan kau tu. Karang ada yang pengsan kat sini nanti" Sambung Leane sambil tersengih.

" Ok then, kalau macam tu, aku pergi letak beg dulu"






-SKIP-







Aku menyuap, menyuap lagi dan terus menyuap makanan masuk ke dalam mulutku dengan laju.

Inilah bahananya kalau aku tak sempat breakfast pagi. Kelaparan yang amat sangat. Tengok, aku makan serupa sangat dengan orang yang tak pernah nampak makanan dalam tempoh seminggu.

Setahun tu menipu sangat, aku rasa dah arwah kalau setahun tak makan. Mohon semua jangan ikut perangai tak senonoh aku ni.

Ni kalau ada ibu depan aku ni, alamatnya memang kena tarik telingalah aku jawapnya.

'Sopan' noh cara makan!

"Errr...Maya...kau lapar sangat ke ni?  Kiri kanan pun kau tak pandang" Soal Amanda tercengang melihat aku.

" Dahlah tu, kau makan no stop pula tu. Mulut tak habis kunyah, kau dah sumbat lagi makanan dalam mulut kau" Komen si Tyka pula.

Aku mendongak memandang mereka tanpa perasaan. Dan sekali lagi, aku sumbat sesudu makanan  ke dalam mulut aku. Aku lapar dan aku nak makan.

Jadi apa pun pandangan orang aku dah tak hairan. Eh tapi pandangan ibu tu aku kena heran. Wajip tu gais...

Jangan ikut perangai aku ya?

"Aku rasakan Maya, better kau slow sikit makan. Karang tercekik aku tak tanggung,aku cabut dulu adalah nanti. " Nasihat Sofia pula.

Aku diam dan memekakkan telinga aku. Mulut terus menyuap makanan dengan sedikit laju.

Keadaan menjadi senyap selepas itu.Aku rasa kawan kawan aku ni nak bagi aku ruang untuk aku makan dan mengisi perut yang teramatlah  lapar.

Seketika kemudian, pinggan aku licin tanpa sebarang makanan. Air di tepi aku capai dan aku minum dengan perlahan. Alhamdulillah, kenyang!

Prince Mask (edit)Where stories live. Discover now