Aku membuka mataku perlahan lahan. Siling putih itu aku perhatikan lama sebelum aku melepaskan keluhan berat.
Ini hospital kan? Dalam setahun ni berapa kalilah agaknya aku nak kena masuk hospital ni eh?
Mula mula kes Crystal ...eh salah. Mula mula kes Cheery yang sengaja bagi aku makan kerang padahal tahu yang aku tak boleh. Kes yang kedua pula masa mula mula aku diculik oleh Aiman,begitu juga semasa kes ketiga aku. Dan yang terkini...kena culik pula dengan Cherry. Haih.
"Uit,dah bangun ke pesakit?" Tegur seseorang yang sedang membuka pintu. Aku malas ah nak pandang ,nak pastikan siapa yang tegur aku tu.
Crystal? Ya...dia lah yang tegur aku. Tak akanlah Cherry. Huhu.
"Dah. Hmm,wei Kali ni berapa lama aku tidur tak sedarkan diri dekat hospital ni?" Soal aku sambil memandang Crystal yang sedang berjalan ke arah kerusi di sebelah katilku.
"Tak lamalah. Baru 2 hari tak sedar. Eh tapi kira kau beruntung tau,sebab tikaman kau tu tak serious walaupun agak dalam" ujar Crystal serious.
Aku mengangguk faham. Aku cuba untuk bangun,tapi pantas dihalang Crystal.
"Kau jangan nak buat hal. Kesan tikaman tu belum baik lagi. Jangan nak bangun,baring ajer. Dah sakit tu buat cara sakit" marah Crystal.
Aku terdiam. Alahai..nak jadi pengawal aku apa pula ni? Malas ah macam ni ada orang jaga. Kalau Rafiqi yang jaga tak apalah juga...ni tak,si Crystal Yang jaga? Huhu,Malang malang.
Wajah Crystal aku pandang setelah hampir setengah jam aku merenung Siling hospital yang putih ini.
"Crystal..aku nak Tanya boleh?" Soal aku kepadanya. Crystal yang asyik bermain game pantas memandang aku.
"Boleh boleh. Tanyalah sementara kaunter pertanyaan masih dibuka. Sila sila" ujar Crystal main main. Haih budak ni...tak pernah nak serious.
"Macam mana...kau boleh ada dekat gudang tu masa malam aku diculik tu? Dengan Rafiqi lagi..rafiqi memang tahu ke Yang selama ni Cherry tu bukan kau?" Soal aku ingin tahu.
Crystal berhenti bermain game. Handphone diletakkan di atas meja.
"Malam tu...actually, aku pun tau tahu yang selama ni,Cherry gunakan nama aku sepanjang dia belajar dekat sini. Aku tau masa cuti sem dia hari tu"
Aku kerut kening. Apa ni? Tak faham lah.
"Ok,macam ni...masa korang cuti semester hari tu,Crystal balik Malaysia,and kebetulan pula masa tu, aku pun balik rumah parents aku. Jadi pada Masa tulah aku tau semuanya"
"Semuanya?" Soal Aku aneh.
"Actually ...aku tak pernah cerita dekat kau pasal kembar aku sebab...mama dengan papa aku yang tak bagi. Diaorang tak bagi aku hebohkan yang aku ada kembar,tapi!bukan sebab diaorang tak terima cherry, dia orang sayang sangat dekat aku dengan cherry. Terlampau sayang ...sampaikan dia orang sanggup rahsiakan pasal Cherry dan sembunyikan dia daripada seluruh dunia,"
"Semuanya disebabkan ...Cherry spesial. Cheery dilahirkan dengan keadaan dia yang agak lemah sehinggakan saraf otak dia terjejas.Cherry tak macam orang lain Maya....apa yang dia nampak dan dia fikir ...lain sangat dengan apa yang kita nampak dan fikir. Jadi disebabkan itu jugalah,aku dengan mama dan papa aku,sembunyikan pasal Cherry ni,sebab tak nak orang lain pandang hina dekat dia. Cherry tak pandai kawal perasan dan emosi dia,jadi ...dia sebenarnya agak berbahaya jika dibiarkan bergaul terlampau bebas dengan orang lain"
Aku setia mendengar. Jelas di mata aku yang wajah Crystal begitu sedih saat menceritakn kelemahan kembarnya itu.
"Tapi dia nak sangat belajar dekat tempat yang kau belajar sekarang ni Maya. Jadi...dengan separuh rela,mama papa aku benarkan dia pergi. Tapi aku tak sangka,lain pula yang jadi"
"Hah? Maksud kau?" Soal aku bingung.
Crystal menarik nafas panjang. Wajah aku direnung dengan wajah serba salah.
"Cherry,dia ternampak gambar kau,aku dengan Rafiqi masa hari sukan kita dulu,then,dia kata...dia sukakan Rafiqi. So,aku katalah dekat dia,yang Rafiqi dah berpunya. Bila aku dah kata macam tu,dia terus senyap. Aku ingatkan bila dia dah senyap macam tu,dia faham"
"Tapi tak Maya,aku lupa,yang Cherry tu lain. Senyap dia tak bererti dia beralah. Aku tak sangka Maya,tujuan dia pergi kolej tu bukan sahaja untuk belajar. Tapi,dia pergi dengan tujuan untuk dapatkan Rafiqi juga,dan aku rasa,dia dah lama perhatikan Rafiqi dari jauh,sebab tu bila dia dapat tau Rafiqi dah mula rapat dengan kau,dia terus mula rapatkan diri dia dengan kau"
"Tapi kenapa? Apa faedah yang dia dapat kalau dia rapat dengan aku ajer? " Soal aku tidak mengerti.
"Maya...dia dekat dengan kau supaya dia dapat pastikan kau tak ada apa apa hubungan dengan Rafiqi. Sebab tu dia cuba sakiti kau,dia nak hapuskan dan singkirkan kau dari kehidupan Rafiqi. Atau patut aku kata yang ...dia nak bunuh kau?"
"Bunuh aku? Semata demi Rafiqi? Kejap Crystal, kalau macam tu kenapa tak dia ajer yang mula kan dulu? Kenapa tak dia ajer yang tarik perhatian Rafiqi?" Aku menyoal lagi. Betul lah,ada cara mudah yang pergi guna cara susah buat apa.
"Maya...dia kan sakit, jadi dari awal awal lagi dia dah set dalam otak dia yang Rafiqi tu kekasih dia. Jadi apa yang tengah Cherry buat sekarang ni ialah,dia nakh singkirkan orang ketiga dalam hubungan dia dan Rafiqi. Dan orang ketiga tu kau,walaupun yang sebenarnya,Cherry lah orang ketiga" terang Crystal lagi. Aku angguk faham.
Cherry menganggap aku merampas Rafiqi daripadanya,padahal bukan itu yang terjadi. Halusinasi dia yang sudah kritikal itu yang membuatkan dia menganggap aku sebagai musuh.
"Jadi,macam mana Rafiqi tahu yang Cherry tu bukan kau? And...macam mana Rafiqi boleh ada dengan kau masa selamat kan aku?" Soal aku ingin tahu.
"Masa cuti semester kelmarin,aku ada kemas bilik Cherry,and masa tulah aku jumpa segala nota tenang kau,tapi...nota tu hanya ada kata kata ancaman sahaja. Dari situ aku tahu,yang Cherry akan cederakan kau. Aku jadi takut Maya, aku takut dia apa apakan kau. Jadi aku terus bagitahu mama dengan papa pasal hal ni."
"Mama dengan papa aku cadangkan,supaya aku bagitau ibu kau,dan sebaik sahaja ibu kau tahu,aku terus fly ke sini,aku ikut Cherry senyap senyap."
"Semasa aku sampai sana,aku terus tinggal dekat hotel,tapi tak lama lepas aku check in tu,ibu kau call ,kata kau hilang. Aku tak nak buang masa,aku terus cari Rafiqi and kitaorang terus bincang cara nak selamatkan kau,walaupun mula mula tu dia tak percaya dengan apa aku cerita, tapi...dengan bantuan ibu kau, akhir nya dia percaya juga"
Aku mengangguk faham dengan apa Yang dicerita oleh Crystal.
"Eh jap,Crystal, Cherry macam mana? Dia selamatkan daripada kebakaran tu?dia ok kan?" Soal aku pantas sebaik sahaja aku teringat akan Cherry.
Wajah Crystal berubah keruh. Perlahan lahan,dia menggeleng.
"Cherry...dia dah tak ada Maya,kembar aku..., dah tak ada" ujar Crystal lirih.
Aku tergamam,Cherry... Dah Meninggal?
Done,yeahhhh
YOU ARE READING
Prince Mask (edit)
Romance(COMPLETE) (one side POV) *proses pengeditan sedang dijalankan bagi memastikan tiada sebarang kesalahan ejaan di dalam cerita ini. Diingatkan juga, akan terdapat sedikit perubahan dalam cerita ini semasa proses pengeditan dijalankan. Amisha Sumayya...