Aku memandang jam di tangan dengan senyuman lebar sambil kaki melangkah laju menuju ke kawasan gelanggang.
Gila agaknya aku ni. Latihan pukul 6 karang tapi aku? jam 5 setengah pagi dah terpacak kat gelanggang basketball.
Aku tergelak sendiri. Gigih betul aku nak latih pasukan aku ni. Lagi lagi tiga orang ahli cheer ' kesayangan' aku tu.
Kesayangan? Haha lain macam ajer bunyinya tu. Tapi, memang betul pun apa yang aku cakap tu. 'Kesayangan' dalam kata erti yang lain.
Aku berjalan di sekeliling ruang kawasan gelanggang ini dengan bosan. Nak menyesal datang awal? Dah terlambatlah Maya oiii. Kau dah tercongok kat sini dah pun.
Sedang aku berjalan tak tentu arah di dalam kawasan gelanggang ini, mata aku tertacap kepada satu objek yang elok terletak di sebelah palang gol. Wahhhh ada bolalahh!!!
Mata aku bersinar sinar bak mutiara, alah macam mata animasi kartun tu hah, lagi lagi kalau diaorang jumpa duit.
Ok cun!aku dah tau apa yang aku patut buat sampai jam 6 pagi nanti. Dah ada bola, cun cun pula tu dekat gelanggang ni, so apa lagi? Dah tentu tentulah ini masa yang sesuai untuk aku keluarkan bakat terpendam aku dalam bermain basketball ni!cewah ayat aku....bakat terpendam eh?
Aku mencapai bola tersebut lalu aku mula bermain basketball ini tanpa peduli sekiranya ada yang memerhatikan aku. Aku melakukan jaringan yang tidak henti henti dari tadi dan semestinya semua jaringan yang aku berjaya dilakukan tanpa sebarang kesilapan dan juga penuh bergaya.
Sedang aku leka bermain, jam aku berbunyi menandakan sudah pun jam 6 pagi,dan manusia manusia yang aku tunggu tunggu dari tadi akhirnya muncul jua.
Aku menoleh ke arah belakang tatkala telinga aku menangkap dengan jelas bunyi derapan kaki yang melangkah ke arah gelanggang ini.
Aku tersenyum puas. Hmmm bagus! Cuma lewat seminit dua sahaja. Bolehlah tu, aku maafkan.Aku menunggu mereka semua dengan sabar untuk berkumpul di ruangan gelanggang ini.
Keenam enam gadis tersebut meletakkan beg sandang dan botol air masing masing di tepi gelanggang lalu dengan pantas mereka berlari ke arah aku. Kecuali...tiga ekor malaun tulah.
Hisshhh, mesti diaorang tidur lambat ni malam tadi. Memasing muka mengantuk dan mamai saja seakan akan budak darjah satu yang dipaksa bangun oleh ibunya untuk ke sekolah.
Kenapa, aku kena ada dan hadap perangai ahli team yang begini?
Setelah semuanya berdiri di hadapan aku, aku meminta mereka untuk membuat satu barisan lurus dan kemudiannya melakukan aktiviti pemanasan badan. Aku turut menyertai mereka memanaskan badan, walaupun aku sudah melakukannya sesudah sampai ke sini.
Selesai melakukan senaman ringkas itu aku berjalan di hadapan mereka dengan wajah tegas.
" Ok , bagus korang datang tepat pada masanya. Walaupun lewat seminit dua tapi .. Tak apa , boleh diperbaiki lagi. Hmmm hari ni aku just nak latih dan uji sekuat mana stamina korang. Tu ajer. Boleh tak?" soal aku tegas.
YOU ARE READING
Prince Mask (edit)
Romance(COMPLETE) (one side POV) *proses pengeditan sedang dijalankan bagi memastikan tiada sebarang kesalahan ejaan di dalam cerita ini. Diingatkan juga, akan terdapat sedikit perubahan dalam cerita ini semasa proses pengeditan dijalankan. Amisha Sumayya...