" Maya! "
Aku terus menoleh ke belakang. Dahi automatik berkerut aneh apabila melihat gerangan insan yang memanggil aku
Hairil?
"Kau kenapa?" Soal aku mendatar.
" Eh, chill lah Maya. Aku panggil kau ni bersebab... Kalau tak, tak ada inginnya aku nak panggil kau. "
Aku menjulingkan mata ke atas. Menyampah! Macamlah aku nak sangat dia panggil nama aku.
"Eh, aku pun tak inginlah nak jumpa kau kalau tak ada sebab. Oh ya, tapi sekarang ni, kau yang panggil aku. Kira untung tahu aku toleh? Kalau tak aku jalan ajer"
" Ok ok, fine. Aku pun rasa BERUNTUNG sangat kau toleh bila aku panggil" Ujar Hairil dengan muka yang dibuat buat gembira.
Eeee mamat ni... Kecik besar kecik besar ajer aku tengok dia ni.
" Hah, ada apa kau panggil aku ni? " Soal aku malas nak bergaduh.Bukan dapat apa apa pun bila bergaduh dengan mamat ni.
" Oh, aku nak ajak kau dating dengan aku" Ajak Hairil selamba.
Mata aku terus memandang tepat wajah Hairil dengan mata tidak berkelip. Mukanya kelihatan tenang, seolah olah apa yang dikatakan olehnya sebentar tadi adalah benar.
" Kau sihat ke tak ni? " Soal aku penuh rasa curiga.
" Betul-lah. Aku dah lama sukakan kau, so.. Aku rasa tak salah kut kalau aku ajak kau date. " Ujar Hairil lagi dengan senyuman manis di bibirnya.
" What?! " Pekik aku kuat. Serius-lah mamat ni suka aku?.Aku tengah bermimpi di siang hari ke apa?
" Kenapa? Apa aku ni tak layak ke nak date dengan kau? " Soal Hairil dengan wajah muram tatkala melihat reaksi aku.
Aku pantas mengeleng kepala dengan laju, tanda tidak meremehkan dia. Aduh...Boleh gila aku macam ni!
" Bukan... Bukan macam tu maksud aku... "
" Dah tu, maksud kau apa? " Soal Hairil mendatar.
" Haihh kau ni... Aku just rasa terkejut dan tak percaya yang kau ajak aku date. Tu ajer" Jelas aku perlahan.
" Hahaha, memang pun, jangan percaya cakap aku. Tak ingin aku ajak kau date" Balas Hairil kemudiannya seraya ketawa kuat.
Aku memandang Hairil lama dengan renungan tanpa arti.
What? Mamat ni mainkan aku? Mati mati aku ingat dia serius tadi tapi ternyata... Hm!
" Ohh, kau kenakan aku? Dasar tak guna! " Marah aku seraya memukul lengannya dengan fail yang dipegang oleh aku. Bukan pukul manja tau... Aku pukul dia macam aku tumbuk punch bag hari tu! Biar dia rasa bertapa sakitnya hati aku bila dia tipu aku macam tu!
" Oii, oii, agak agak ahh kalau nak pukul. Kalau sekali dua aku terima lagi ni bertalu talu kut kau pukul! Kau fikir tak sakit? " Marah Hairil sambil menolak kepala aku ke belakang .
" Ada pula aku kisah! Kau dah main mainkan aku dahlah. Hm! Malas aku nak layan. Bye bye! " Pantas aku berpaling dan memulakan langkah dengan hati yang berbara. Nak jauhkan diri daripada makhluk perosak mood macam si Hairil tu.
" Eh eh, aku belum habis cakaplah! " Marah Hairil sambil menarik beg sandang aku kuat.
" Eii, tak payah-lah tarik tarik! Hah, apa kau nak cakap? Cakap-lah" Soal aku tiada mood. Mana nak ada moodnya kalau si Hairil ni dah spoil-kan mood pagi aku.
YOU ARE READING
Prince Mask (edit)
Romance(COMPLETE) (one side POV) *proses pengeditan sedang dijalankan bagi memastikan tiada sebarang kesalahan ejaan di dalam cerita ini. Diingatkan juga, akan terdapat sedikit perubahan dalam cerita ini semasa proses pengeditan dijalankan. Amisha Sumayya...