Mustahil.
Rasa bodoh.
Rasa tertipu.
Itulah apa yang asyik berlengar lengar di pemikiran aku sekarang ini sebaik sahaja aku mengetahui yang selama ini... Prince Mask dan juga Rafiqi adalah orang yang sama, tetapi mempunyai personaliti yang amat amat berbeza.
Jujur aku rasa apa yang sedang terjadi sekarang ini adalah mustahil! Aku betul betul tak nak percaya dengan apa yang dah jadi sekarang ini.
Aku juga betul betul rasa cukup bodoh apabila tidak dapat mengecam yang Prince Mask tu Rafiqi! Kenapa lah aku ni cuai sangat? Sepatutnya aku lagi peka bila bersama sama dengan Prince Mask mahupun Rafiqi kerana kedua dua mereka adalah sama!
Aku rasa macam aku dah dipermainkan dan ditipu hidup hidup oleh tunang aku sendiri. Apa yang Rafiqi cuba sorokkan? Apa yang Rafiqi cuba hendak lakukan? Kenapa? Kenapa dia buat aku macam ni?
Macam mana aku nak berhadapan dengan Rafiqi nanti? Aku tak tahu, apa yang akan terjadi di antara kami, tapi yang pasti... Aku benar benar kecewa dengan apa yang telah dilakukan olehnya.
Aku membuka mata aku dengan perlahan. Siling putih menjadi tatapan mata aku, sebelum aku mengeluh, apabila aku menyedari yang aku sedang berada di hospital, untuk sekali lagi, atas hal yang sama.
Aiman.
Lelaki tak guna tu... Betul betul buat aku rasa menyesal sebab pernah berkenalan dan berjumpa dengan dia! Kalau boleh aku undur kan masa, percayalah, dialah orang yang paling aku elak elakkan daripada berjumpa.
Aku memandang sekeliling dan mata aku terhenti kepada jam di dinding bilik ini. Dah pukul 1 tengah hari.
Hmm, berapa lama agaknya aku tak sedarkan diri pada kali ini ya? Sebulan? Dua bulan or... Tiga bulan? Entah lah, tiada komen daripada aku. Yang pasti, aku yakin aku telah tidak menyedarkan diri dalam suatu tempoh yang cukup lama.
Aku bangun daripada pembaringan, air di atas meja yang berada di sudut katil aku capai. Perlahan lahan aku menuangkan air mineral tersebut ke dalam gelas dengan penuh tertib.
Gelas dibawa ke mulut lalu air diteguk dengan perlahan, meskipun pada ketika ini aku benar benar haus.
Klak!
Serentak itu, mata aku terus tertumpu ke arah pintu wad yang telah dibuka oleh seseorang. Aku memandang wajah tersebut, begitu juga si dia.
" Kakak? " Soal Amirul tidak percaya. Aku tersenyum memandang wajah adik bongsu Ku itu.
" Adik" Panggil aku perlahan
" Ya Allah, kakak dah sedar! " Jerit Amirul penuh keriangan sebelum dia berlari menuju ke arah aku. Tubuh aku dipeluk erat dengan sangat kuat. Aku tersenyum di sebalik pelukan itu, sambil membalas kembali pelukan adikku.
" Kakak... Lamanya kakak tidur... Kakak memang sengajakan nak tidur lama lama... Hiks... Kakak saja kan nak buat Amirul tertunggu tunggu kakak sedar? Kakak dah janji, bila Amirul cuti sekolah ajer kakak nak bawa Amirul jalan jalan dekat sini... Hiks.. Tapi tak ada pun.. Hiks" Amirul menangis, dalam pelukan aku. Aku hanya membiarkan dia berbicara sementara itu tangan aku elok menggosok gosok bahagian belakang tubuhnya, cuba untuk menenangkan tangisannya.
" Maafkan kakak sebab buat adik kakak ni tertunggu tunggu kakak dari sedar. Terima kasih sebab sudi jaga kakak ya? " Luah aku sambil tersengih.
Amirul melepaskan pelukan, air mata di pipinya diseka dengan pantas.
" Amirul tak kisah pun, nak jaga kakak, kalau nak jaga kakak sampai Amirul besar pun Amirul ok" Ujar Amirul sambil tersenyum. Tangan aku dicapai lalu digenggam erat olehnya.
" Amirul? "
Kami berdua menoleh memandang ke arah pintu. Kelihatan Kak Amira sedang memandang ke arah kami berdua, atau boleh aku katakan dengan lebih tepat lagi yang Kak Amira sedang memandang tepat ke arah aku.
" Maya? Ya Allah, ibu! Maya dah sedar! " Jerit Kak Amira dengan matanya yang tak lepas lepas dari memandang aku.
Aku tersengih sambil memandang Amirul. Amirul juga turut ketawa kecil melihat kakak sulung aku yang terjerit jerit dengan muka terkejutnya itu.
" Maya dah sedar? Mana? " Soal satu suara dengan nada yang penuh rasa kesyukuran serta gembira.
Ibu.
Mata aku dan ibu saling bertembung, dan pada masa itu juga, ibu meluru ke arah aku sebelum tubuh aku dibawa ke dalam pelukan.
Amirul pula menganjak ke belakang, cuba memberi ruang kepada aku dan juga ibu.
" Maya... Anak ibu... Syukur alhamdulillah sayang anak ibu dah sedar... Maya dah sedar... " Ujar ibu berulang ulang kali.
Pelukan dilepaskan, wajah aku ibu sentuh penuh kasih sayang. Aku hanya memandang ibu dengan senyuman lebar.
" Ya ibu, Maya dah sedar" Jawap aku perlahan.
" Syukur alhamdulillah.... " Ujar Ibu lagi seraya menghadiahkan beberapa kucupan di pipi Ku.
" Alhamdulillah dik, kau dah sedar" Ujar Kak Amira dan juga Kak Arisya serentak. Pantas aku memandang wajah mereka berdua. Ketika itu, bukan hanya Kak Amira dan Kak Arisya sahaja yang sedang memandang ke arah aku, malahan, ahli cheer , ahli basketball serta keluarga Rafiqi turut berada di situ. Mereka turut memandang aku dengan wajah penuh rasa kesyukuran.
" Maya! " Ahli cheer meluru ke arah aku, lalu tubuh aku dipeluk erat oleh mereka semua. Aku tersengih bila diperlakukan begitu.
" Aku Rindu gila dengan kau! " Ujar Amanda dalam tangisan. Zahra pula aku lihat sedang menahan air matanya dari jatuh ke pipi manakala Fiona dan Sofia hanya tersenyum kegembiraan melihat keadaan aku.
" Thanks korang sudi datang jenguk aku, ahli basket pun.. Thanks, aku pun rindu gila dengan korang. " Balas aku tersengih sengih
Sambil sambil itu, mata aku turut meliar mencari kelibat Crystal. Mana dia? Dia tak ada jenguk aku ke?
Sedang aku mencari cari kelibat Crystal, pandangan aku bersatu dengan pandangan milik Rafiqi. Terdiam aku saat memandang nya. Rafiqi turut memandang aku sambil tersenyum lebar... Tapi malangnya, aku langsung tidak membalas senyuman nya itu malahan aku menghadiahkan dia dengan satu jelingan maut! Tanda aku betul betul marah kepadanya.
Mana tak marahnya, kalau ternyata dia dan Prince Mask adalah orang yang sama! Padanlah aku rasa susuk Prince Mask selama ni merupai susuk seseorang. Rupa rupanya, orang itu adalah Rafiqi.
" Alhamdulillah, Maya dah sedar. Lega daddy tengok" Sampuk satu suara, di sisi aku. Terus aku menoleh, memandang ke arah daddy.
" Thanks daddy, thanks Mummy sebab sudi jenguk Maya" Ujar aku betul betul terharu. Tak sangka, ramai betul yang prihatin dan ambil berat akan aku.
" Mestilah kami datang sayang, Maya kan bakal menantu kami. So, kiranya Maya ni ahli family kami juga. Jadi, tak akanlah bila ahli keluarga kami sakit kami tak datang? " Lembut sahaja Puan Sri Sahara berkata, sambil tangannya sekali sekala mengusap lembut rambut dan pipi aku.
Aku dah tersengih happy. Belum kahwin lagi bakal mentua dah sayang aku. Gembira sungguh rasanya.
Rafiqi di sudut hospital aku pandang lagi dengan pandangan tajam. Kelihatan dia tersentak dan terkejut dengan pandangan yang aku lemparkan padanya.
Ni lagi seorang, apa yang aku patut buat pada dia ni? Dia dah buat kesalahan besar dengan menipu aku!
Lagi sekali, aku menjeling Rafiqi penuh tajam.
Hahaha, ok guys, dah masuk chap 50 eh sedar tak sedar? Saya rasa terharu sat, 😆😆😆😆
Tq ya kepada yg selalu support cerita saya ni,Love u😘😘😘😘😘😘
Jangan lupa untuk vote dan komen ya
YOU ARE READING
Prince Mask (edit)
Romance(COMPLETE) (one side POV) *proses pengeditan sedang dijalankan bagi memastikan tiada sebarang kesalahan ejaan di dalam cerita ini. Diingatkan juga, akan terdapat sedikit perubahan dalam cerita ini semasa proses pengeditan dijalankan. Amisha Sumayya...