PM38

2.7K 166 12
                                    

Aiman di hadapan aku pandang tanpa perasaan.Aiman kelihatan tenggelam dalam dunianya sendiri.Tangannya elok bermain main dengan straw minumannya.

Aku mengetap bibir cuba untuk menahan sabar apabila melihat tingkah Aiman.Sudah hampir setengah jam  kita orang senyap macam ni tanpa sebarang perbualan.

Aku menhela nafas, aduhai...terasa menyesal pula aku terima ajakan dia untuk keluar bersama. Aku setuju untuk jumpa ini pun sebab Aiman kata ada hal penting yang ingin dia katakan pada aku.

" Aiman, dah setengah jam ni kita dekat sini, bilanya kau nak bagitau aku hal penting tu? " Soal aku apabila mula terasa bosan.Datang sini kalau setakat nak minum minum bila bila masa pun boleh.

" Hah?ohhh,ok hmmm sebelum tu, boleh aku tahu siapa Rafiqi tu? Bila kau kenal dia and kenapa kau suka dia? " Soal Aiman tanpa memandang wajah aku. Tangannya setia memainkan straw minuman semenjak tadi.

Aku mengerutkan dahi apabila mendengarkan soalan Aiman.Dia nak tau tentang aku dengan Rafiqi.Okey macam pelik tapi tak adalah aneh mana.

Aku nak buka hikayat cerita pasal kisah cinta aku dengan Rafiqi ke apa  ni?

"Okey...benda first sekali yang kena tahu pasal aku dengan Rafiqi ialah, aku jumpa dia sebelum aku jumpa kau" Dan-dan dapat aku lihat Aiman tersentak dan pantas mendongak melihat aku.

" Se... Sebelum aku? "soalnya seakan tidak percaya.

" Yes, aku tak tipu.aku ingat lagi,masa tu aku masih sekolah rendah. Aku jumpa dia masa darjah 4 and masa tu ada acara sukan dan padang. Aku dengan sama sama dia  satu pasukan. Masa hari acara sukan dan padang tu, aku terlanggar dia waktu nak beli air.And sejak hari tu aku minat dia sangat sangat. "

" Tapi, lepas tu dia dapat tawaran untuk masuk sekolah berasrama penuh. Aku pula ke sekolah menengah biasa. Walaupun dia tak ada depan aku pun masa tu... Aku still setia dengan dia. Aku tak pandang mana mana lelaki sebab aku tahu hati aku ada dekat dia. "

" Bagaikan berjodoh, aku jumpa dia dalam flight masa penerbangan ke sini. And, yang paling aku tak jangka, dia dengan aku satu kolej yang sama. Time tu aku rasa... Dia ni memang jodoh aku ke? Asyik jumpa ajer" Ujar aku lantas tergelak.

" Kita orang makin rapat bila aku jadi leader bagi pasukan cheer kat kolej tu, and, Fiqi tu pula captain Basketball. Jadi, secara automatik, hari hari kita orang jumpa sebab cheer dan basketball memang dua pasukan yang agak rapat dekat kolej kami"

" Dan... Memang aku tak duga, yang Fiqi akan lamar aku setelah beberapa bulan aku ada dekat sini. Dia tahun last semester ni. Aku pula ada lagi 3 tahun. "

" Kalau dah suka, buat apa aku tolak lamaran dia kan? Jadi, aku buat keputusan untuk terima lamaran dia and yang paling aku happy ialah bila aku dapat tahu yang selama ni aku tak bertepuk sebelah tangan"

Ok, aku capai gelas lalu air teguk  airnya dengan sedikit rakus. Haus pula bila dah habis sesi bercerita ni.Tapi aku juga tak dapat nak sembunyikan senyuman aku apabila bercerita.

Rafiqi...apa awak buat dekat saya ni?

Aiman aku lihat terdiam apabila mendengar cerita aku dengan wajah tanpa riak dengan pandangan kosong. Macam, apa yang aku ceritakan padanya hari ni adalah sebuah kisah novel aku baca.

" But... Maya...aku dah lama suka kau, aku cintakan kau... Kenapa kau tak boleh nampak semua tu? "ujar Aiman tanpa nada.

Tangan aku terhenti dari mencapai kentang goreng panas kekuningan di atas pinggan . Aku terkaku buat seketika.

Prince Mask (edit)Where stories live. Discover now