PM55

2.9K 152 4
                                    

Seminggu selepas majlis pernikahan.

"Ingat pesan ibu ni Maya,dah jadi isteri orang ,pandai pandailah kamu jaga diri dekat sana. Ingat,walaupun kamu dengan Rafiqi masih belajar,tapi tanggungjawab terhadap pasangan masing masing tu tetap kena jalankan. Lagi lagi kamu ni Maya,kena jaga kelakuan baik baik,dengar cakap suami ya?" Pesan ibu panjang lebar. Rafiqi di sebelah aku hanya tersengih mendengar kata kata ibu.

"Ya Ibu...insya Allah Maya ingat,Maya tak lupa. Lagipun kalau Maya lupa, Abang Fiqi kan boleh tolong ingatkan " ujar aku sambil ketawa. Haha.

Pada masa ini,keluarga belah aku dan juga Rafiqi berkumpul di airport KLIA ini,untuk mengucapkan selamat jalan kepada aku dan juga Rafiqi yang akan bertolak kembali ke kolej kami untuk menuntun ilmu dan menyambung pengajian kami.

"Hmm? Macam tu? Jangan sayang asyik lupa selalu sudahlah" rungut Rafiqi sinis. Aku hanya memandangnya tanpa perasaan. Nak jeling takut dosa karang.

" Fiqi...memang tu tanggungjawab kamu as her husband. Apa saja yang Maya buat ,semuanya tanggungjawab kamu. Sebagai suami kamulah yang kena bimbing dia,jaga dia...kalau dia buat salah ke silap ke,kamu kenalah tegur. Kalau tegur tu jangan kasar kasar,kena lah berhemah. Faham?" Tegas Tan Sri Ahmad Malik berpesan kepada anak lelakinya a.k.a my husband.

"Ya ,faham daddy. Daddy janganlah risau,Rafiqi akan jaga menantu kesayangan daddy ni  baik baik!" Janji Rafiqi. Serentak itu kami semua ketawa mendengar kata kata Manis Rafiqi itu.

Selepas itu,panggilan kepada penumpang penerbangan kami berbunyi. Aku dan Rafiqi terus bersalam salaman bersama keluarga kami termaksudlah keluarga mentua kami. Haha.

" Bye ibu,mummy ,daddy! Assalamualaikum." Ujar aku kuat. Rafiqi turut melakukan hal yang sama.

" Waalaikummussalam" balas mereka semua.

Di dalam kapal terbang,aku sudah bersedia dengan balang biskut di tanganku. Rafiqi memandang aku aneh.

" Sayang memang suka bawa biskut apa masa flight? " Soal Rafiqi.

Aku tersengih. Haha ni mesti kes masa mula mula kitaorang jumpa dalam flight tu aku bawa biskut. Haha lawak ah Fiqi ni.

"Tak adalah abang. Sayang memang suka makan biskut ni,sebab tu alang alang sayang dah buat biskut ni malam tadi,sayang bawalah sekali. Nanti boleh juga kunyah kunyah dalam flight kan?" Ujar aku. Rafiqi tersenyum seraya mengangguk faham.

"Tapi kenapa sayang bawa satu balang ajer? Mana cukup...abang pun nak juga."

Aku ketawa mendengar kata katanya. Dah agak  dah yang Rafiqi pun mesti nak punya. Tapi aku betul betul bawa satu balang ajer ni.

"Hmmm...alah  abang janganlah risau,Maya janji ....bila kita sampai sana ajer, Maya akan buatkan biskut ni banyak banyak..... Berbalang balang...jadi abang makanlah nanti sampai muntah,muak dan loya ya?" Usik aku kepadanya seraya ketawa kuat. Tak malu betul aku ni,dah jadi isteri orang pun gelakmacam apa.

" Pandai sayang kenakan abang eh? Baik,abang tuntut janji sayang bila kita sampai nanti"

Aku tersengih. Haha

"Beres bos"

"Hmm...sayang... Sayang tinggal dengan abangkan bila sampai sana? I mean,rumah kita?" Soal Rafiqi tiba tiba. Aku terdiam,apa maknanya tu?

"Hmm,abang..kalau boleh,Maya nak tinggal dengan Crystal,sebab Crystal kan tak dapat datang masa majlis pernikahan  kita. Boleh kan  abang? Seminggu ajer Maya tinggal dekat sana,nanti,lepas tu  sayang janji yang sayang akan tinggal dengan abang. Boleh?" Mohon aku sambil menayang muka comel. Bayangkanlah aku tengah buat muka kucing tercomel di dunia ya? Haha

Prince Mask (edit)Where stories live. Discover now