Seriuslah ni rumah yang ibu dengan along belikan untuk aku?
Way....Ni kalau aku tunjuk dekat angah dengan adik lelaki aku ni mesti diaorang berdua tu jelous dengan aku. Dahlah rumah ni atas nama aku.
Happy dohhhh... Rumah aku dahlah besar,lawa pula tu macam pemilik dia.
Hah korang ada? Tak adakan? Ya Allah datang dah perangai riak aku, Masya Allah, bawa sedarkan diri ya Maya, rumah ni orang yang belikan, bukan guna duit awak. Uhuk.
Wahhhh cantik cantik, pemandangan dengan halaman rumah ni serious cantik. Cepat cepat aku membuka pintu rumah ini dengan kunci yang diberi oleh ibu pagi tadi sebelum aku berlalu ke airport.
Terima kasih ibu sebab sempat bagi kunci ni dekat Maya, kalau tidak... maunya Maya datang sini pandang rumahnya saja. Nak masuk tak boleh sebab kunci ada di Malaysia.
Aku membuka pintu dan melangkah masuk perlahan lahan ke dalam rumah ini. Salam diberi.
" Assalamualaikum"
Mata aku meliar memerhatikan ruang tamu. Dan-dan...
Wahhh cantiknya ruang tamu dia!
Lekas lekas aku berlari ke arah ruang tamu ini lalu meliarkan pandangan ke ruang ini dengan jakun. Serupa macam tak pernah nampak guestrooms saja lagaknya!
Sayang juga eh along ni dengan aku. Kelmarin dia cakap dia just nak belikan aku rumah yang dah usang macam rumah hantu. Ada ke patut macam tu?
Katanya supaya aku ada kawan nak beborak.... ,siapa lagi kalau bukan cik ponti tu? Kesian katanya dekat cik ponti rumah dia tak laku laku sebab tak ada yang berani nak beli.
Time tu sumpah aku rasa nak tikam tikam dengan bunuh dia. Ada ke patut dia suruh aku berkawan dengan cik ponti? Dialah yang kawan dulu then aku follow ajer.
Hmmmmm, macam mana pula dengan bilik aku? Mesti ada banyak bilik dalam rumah nikan. Banyak pun banyaklah yang pasti aku nak ambil yang paling besar dan yang paling cantik sekali.
Aky meninggalkan bagasi di ruang tamu dan terus berlari ke tingkat atas. Bilik yang terdapat di sudut kiri aku buka.
Sekilas aku melihat luas, Dan corak dalamannya, hmmm,tak cantik. Tak nak.
Aku pergi ke bilik lain. Sama juga tak cantik. Hisssh, tak ada ke bilik yang kena dengan taste aku yang tinggi ni? Susahlah jadi orang yang memang dilahirkan dengan taste tinggi ni hmm.
Eh tak adalah, gurau ajer tu, haha.
Seketika kemudian, akhirnya aku temui juga bilik yang aku idam idamkan dan menepati citarasa aku. Pantas aku melangkah masuk ke dalam bilik itu.
Wahhhh ini yang aku mahu. Ok aku ambil yang ni. Aku berpusing pusing di dalam bilik ini. Memerhati segenap ruang yang ada.
Pintu bilik mandi dibuka.
Wohoooo, betul eh ni toilet. Jangan tipu aku. Bapak sumpah cantikkkkk. Aku suka aku suka. Buat tidur dalam ni pon aku on.
Aku kembali keluar daripada toilet lalu aku berbaring di atas katil. Tak sangka betul aku di usia 23 tahun macam ni aku dah ada rumah yang besar dan serba mewah macam ni walaupun ini daripada ibu dan kakak aku, dan bukannya daripada hasil Wang aku.
Sambil berbaring, jam di dinding aku perhatikan. Hmmmm cun juga kalau time time macam gini aku tidur.
Aku memejamkan mata sambil tangan memeluk bantal sebelum aku perlahan lahan lena dibuai mimpi indah .
So, macam mana dengan cita ni?
Sila vote banyak ii ya?
Typo sila abaikan
YOU ARE READING
Prince Mask (edit)
Romance(COMPLETE) (one side POV) *proses pengeditan sedang dijalankan bagi memastikan tiada sebarang kesalahan ejaan di dalam cerita ini. Diingatkan juga, akan terdapat sedikit perubahan dalam cerita ini semasa proses pengeditan dijalankan. Amisha Sumayya...