" Ok.. Dah sampai. Apa lagi?blah lah" halau Aiman tanpa memandang aku. Aku mengecilkan mata aku dengan pandangan tajam.
" Tak payah cakap pun... Nak keluarlah ni. " balas aku biadap. Pintu aku buka kasar dan terus aku keluar dari kereta si Playboy tu.
Sebelum itu, sempat aku berkata sesuatu kepadanya.
" Oh ya, thanks sebab tumpangkan aku hari ni and susah susah ajer bagi aku bawa kereta mahal kau ni walaupun dari tempat duduk aku. Thanks again... Bye" selesai berkata begitu, pintu keretanya aku hempas kuat. So amazing kalau aku dapat patahkan terus kereta mamat Playboy tak sedar diri ni.
Aku terus berjalan menuju ke kolej aku tanpa menoleh lagi ke arah belakang. Dapat aku dengar bunyi gauman keretanya membelahi jalan raya meninggalkan aku di sini.
Tinggalkan aku??? Eh, no salah salah. Aku yang pergi dulu sebelum dia halau aku so, kiranya bukan akulah kan yang ditinggalkan?.
Aku genggam kuat tangan aku untuk meredakan marah dalam diri yang sedang menyala yala. Nasib baiklah kereta aku rosak hari ni kalau tak... Memang tak inginlah aku nak tumpang mamat gila plus playboy tahap dewa tu.
Aku berjalan melalui laluan ke gelanggang basketball untuk ke kelas. Jam di tangan dipandang sekilas. Dah nak dekat pukul lapan.
" Maya!" jerit seorang lelaki. Aku menoleh ke arahnya. Fatih melambai ke arah aku dengan senyuman manisnya. Aku membalas kembali dengan senyuman kecil.
" Mehlah sini." ajak Sharif sambil membuat tarian... Errr,?? Aku tak taulah apa nama tarian tu. Tak pernah tengok pun jenis tarian yang ditarikan oleh Sharif ni. Dia menari secara rawak kut?
Kaki melangkah ke arah sekumpulan ahli lelaki tersebut dengan laju. Diaorang ni ada latihan basketball tu pasal boleh jumpa time time aku nak ke kelas ni. Hairan juga aku, dorang semua tak ada kelas pagi ke?
"Kenapa? Aku tak boleh lama ni. Ada kelas sekejap lagi" soal aku terus. Tak payah nak mukadimah bagai.
Lambat!
" Relakslah. Ni...kitaorang nampak tadi ada orang hantar kau. Lelaki. Siapa tu?boyfriend kau?"soal Hairil terus sambik melakukan larian setempat.
" Menipu nombor satulah kau ni. Bila masa kau nampak hah?? Yang nampak ada lelaki hantar Maya tu Fiq kan?" sampuk Hafiz tiba tiba.
" Diamlah kau" marah Hairil.
Aku yang mendengar akan perkara itu terus mencari susuk tubuh Rafiqi. Kelihatan Rafiqi dan Mikail fokus melakukan jaringan demi jaringan.
Tapi... Kenapa mata aku ... Macam nampak yang Rafiqi tu bukan sekadar berlatih tetapi dia juga sedang melepaskan tekanan melalui jaringan yang dibuatnya.
Kenapa dengan Rafiqi? Dia stress ke?
Aku berjalan ke arah Rafiqi. Rafiqi yang menyedari kehadiran aku terus berhenti bermain. Wajahnya emotionless dan beku tanpa sebarang senyuman.
" Hai Fiqi. Err...awak okey tak ni?" soal aku dengan senyuman .
" Hmmm.. Hai. Aku okey ajer" ringkas jawapan Rafiqi. Aku mengerutkan kening. Macam ada benda tak kena ajer
" Ohhh... Ok" balas aku.
" Yo... Aku tanya kau tak jawap lagi!!" jerit Hairil kuat.
Aku menoleh memandang Hairil. Apa mamat ni nak?
" Apanya?" .
" Siapa yang hantar kau tadilah" ulang Sharif.
" Tu? Abang angkat aku. Kenapa?" soal aku balik.
YOU ARE READING
Prince Mask (edit)
Romance(COMPLETE) (one side POV) *proses pengeditan sedang dijalankan bagi memastikan tiada sebarang kesalahan ejaan di dalam cerita ini. Diingatkan juga, akan terdapat sedikit perubahan dalam cerita ini semasa proses pengeditan dijalankan. Amisha Sumayya...