Aku pulang ke Malaysia bersama Rafiqi seminggu sebelum majlis pertunangan kami.
Ya,majlis pertunangan kami berdua,antara aku dan juga Rafiqi.
Dengan bantuan profesor Salmiah, kami berdua diberi kebenaran oleh pihak kolej untuk pulang ke Malaysia atas hal family.
Dalam masa tempoh seminggu itu, aku dan Rafiqi agak sibuk menguruskan persiapan majlis pertunangan kami.Bersyukur apabila kedua dua keluarga kami meenghulurkan bantuan dan tenaga mereka untuk menjayakan majlis kami.
Aku ada juga berjumpa dengan keluarga Rafiqi. Ternyata Rafiqi adalah seorang anak tunggal dalam keluarga. Ibu bapa Rafiqi juga sangat baik orangnya, mereka menerima aku dengan terbuka dan seandainya.
Ibu Rafiqi atau patut aku Mummy?
Panggilan Mummy itu adalah atas arahan ibu Rafiqi sendiri iaitu Puan Sri Sahara. Aku sendiri tak jangka yang Rafiqi berasal dari keluarga yang berada. Daddy Rafiqi pula, Tan sri Ahmad Malik juga amat mesra dengan aku.
Rafiqi juga ada juga berjumpa dengan ibu aku dan alhamdulillah, ibu menerima Rafiqi sebagai menantu dengan hati yang terbuka. Tapi aku kesian jugalah dengan Rafiqi bila dia kena soal siasat habis habisan dengan Kak Amira dan Kak Arisya.
Tapi aku lihat Rafiqi tenang menjawap segala soalan kakak kakak aku tu. Amirul pula aku lihat dah mula rapat dengan Rafiqi. Hmmm, nampaknya adik pun boleh terima Rafiqi.
Kakak Amira-lah yang paling sibuk menguruskan majlis pertunangan aku. Mungkin sebab aku sudah banyak membantu menjayakan majlis perkahwinannya pada beberapa tahun yang lalu? Dan, aku baru tahu yang bahawa Kak Amira sudah disahkan hamil 1 bulan!
Alhamdulillah, akhirnya tercapai juga harapan Kak Amira ingin memiliki anak. Tinggal Kak Arisya aku ni ajerlah. Memilih yang amat! Sampai aku tunang dulu sebelum dia. Aku just harap yang Kak Arisya akan berkahwin dahulu sebelum aku. Amin~
Dalam tempoh masa seminggu itu juga, aku dan Rafiqi amat jarang berjumpa. Ini kerana aku agak sibuk dengan persiapan majlis pertunangan aku. Haihh.. Letih betul! walaupun ibu dan saudara mara yang ada yang datang membantu aku still juga terasa penat!.
" Hoi! Rehat dulu lah gila! " Marah salah seorang sepupu aku semasa aku sedang sibuk membantu menyusun meja di luar perkarangan rumah.
" Kau diam lah, dari kau main mobile legend tu, ada baiknya kau tolong aku" Sindir aku sedas.
" Aku? Pernah ke kau nampak sepupu kau yang diberi nama Rayyan ni rajin tolong kau? Membuli kau aku nak lah! " Balas Rayyan selamba.
Ya.. . , itulah Rayyan. Salah seorang sepupu aku. Ataupun, sepupu buat gaduh aku. Haha. Aku dengan dia okey ajer cuma kitaorang ni selalu ajer nak bergaduh.Tak boleh nak berjumpa selalu...ada ajer benda yang kitaorang nak gaduhkan.
" Pergi matilah sana kau Rayyan. Sibuk ajer! " Marah sofiyah, sepupu aku.
" Eh, eh, Minah ni, asal kau yang sentap? Aku cakap dengan Maya bukan kau"Bidas Rayyan selamba.
" Oh ya? Ada pula aku kisah" Balas Sofiya bersahaja.
" Dah dah, tak payah nak gaduh eh? Rayyan, bukan tadi ibu aku minta kau belikan ais ke? Dah nak dekat sejam juga ibu aku suruh. Asal kau tak beli beli lagi ni? " Soal aku dengan wajah hairan.
" Eh, yeke? Asal kau tak bagitau awal awal? Mati aku kejap lagi kena marah. Dah dah, aku blah dulu" Pantas Rayyan berlalu ke arah keretanya.
" Yeke? Bukan ibu kau suruh adik kau ke? " Soal Sofiyah aneh.
Aku senyum jahat.
" Bukan aku kalau tak kenakan Rayyan tu. Biar dia sana, aman hidup aku" Balas aku dengan senyuman jahat.
YOU ARE READING
Prince Mask (edit)
Romance(COMPLETE) (one side POV) *proses pengeditan sedang dijalankan bagi memastikan tiada sebarang kesalahan ejaan di dalam cerita ini. Diingatkan juga, akan terdapat sedikit perubahan dalam cerita ini semasa proses pengeditan dijalankan. Amisha Sumayya...