PM 29

2.8K 178 13
                                    


Selepas menghantar ibu ke airport dan menemani ibu di sana sehingga ibu berlalu ke balai berlepas, barulah aku pulang ke rumah. Dalam perjalanan ke rumah, aku teringat akan kata kata curiga ibu kepada Crystal.

Kalau nak kata yang Crystal dah berubah... Ya, aku pun boleh nampak perubahan Crystal tu. Tapi kalau pandangan penuh rasa benci dan dendam tu... Jujur aku tak pernah nampak.

Mungkin ibu salah nampak kut? Mustahil Crystal macam tu..., dia kan... Kawan baik aku.

Dahlah, aku tak nak rosakkan hubungan aku dengan Crystal. Mungkin ibu pesan macam tu sebab ibu terlampau risaukan keadaan aku yang tinggal di sini seorang diri.

"Yosh! Daripada aku fikir yang bukan bukan, ada baiknya aku balik rumah. " luah aku jelas kepenatan.

Bukan penat sebab apa pun, penat disebabkan aku terlampau memikirkan kata kata ibu.

Sampai sahaja di rumah, aku tidak terus keluar daripada kereta. Enjin kereta dibiarkan hidup. Badan aku sandarkan pada kusyen kereta sambil memejamkan mata.

Terasa letih.

Dring!

Bunyi deringan handphone membuatkan mata aku kembali terbuka.

Hmm? Notifications from unknown number?

"Siapa pula ni? Scammers? "Soal aku kepada diri sendiri.

Meskipun berasa ragu, namun aku tetap membuka pesanan tersebut.

Unknown:

Hai, assalamualaikum
Happy Birthday
Soory lambat wish

Aku kerut kening.

" Huh? Dia... Wish aku? " soal aku, lagi sekali kepada diri sendiri.

Kalau dia boleh tau bila birthday aku, ini juga bermakna dia kenal aku.

Ada dua kemungkinan di sini...,

Dia kenal aku, dan aku pun kenal dia...

Or... Dia kenal aku but at the same time, aku tak kenal dia.

Lama aku berdiam memerhatikan pesanan tersebut. Kepala disengetkan sedikit ke arah kanan sambil mengigit bahagian bawah hujung bibir.

"Patut ke aku balas? Or... Aku patut abaikan saja? " Aku mula membuatkan pertimbangan sendiri.

"Hmm... "

Maya:
Waalaikummusalam
Hai juga.
Thanks...
Maaf, tapi ni siapa? Kita kenal ke?


Akhirnya,aku membuat keputusan untuk membalas pesanan daripada orang yang tidak dikenali tersebut.

"Well... Aku rasa tak salah pun-kan kalau aku nak tau siapa dia ni? "

Seketika, aku rasa hampir nak tergelak apabila membaca kembali ayat yang aku taip tu. Sopan betul ayat yang aku taip tu padahal aku yang sebenarnya adalah sejenis yang agak lasak dan kasar.

Kalaulah adik aku yang sorang tu baca chat aku yang ni,maunya dia gelakkan aku 7 tahun 7 bulan tak habis habis plus dengan menyakat aku semua.

Maklumlah, terasa dirasukki oleh roh gadis yang lembut.

Unknown:

Kita kenal
Jumpa aku malam ni dekat taman hari tu
Jangan lambat.
Masa sama macam hari tu.


Prince Mask (edit)Where stories live. Discover now