Syukur alhamdulillah, segala galanya sudah pun selesai. Aku memandang lama langit di beranda ini.
Hari ini Rafiqi telah mengadakan majlis kesyukuran dan doa selamat di rumah mentua aku. Katanya,dia nak buat tanda kesyukuran atas keselamatan aku walaupun aku telah ditikam dengan agak dalam.
Dia juga berharap dengan kenduri doa selamat yang diadakan hari ini juga,keselamatan aku tidak akan diancam lagi. Aku juga berharap akan perkara yang sama. Malas ah nak masuk hospital lagi. Haha.
"Sayang?" Panggil Rafiqi. Aku pantas menoleh.
"Ya abang?"
"Termenung apa?" Soal Rafiqi. Belakang aku dipeluk erat dan dagunya diletak elok atas bahu aku. Aku tersenyum dengan kelakuannya. Manja!
"Tak ada apa apa. Just...rasa bersyukur sebab Maya ok,tak ada apa apa yang serious pun even Maya kena tikam" jawap aku.
"Abang pun bersyukur sangat. Abang harap lepas ni tak adalah lagi gangguan gangguan macam tu."
"Amin" doa aku.
"Sayang.." Panggil Rafiqi.
"Hmm?"
"I love you...so much. Abang sayang Maya...sangat sangat!" Luah Rafiqi tiba tiba. Aku tersenyum lebar.
"I love you too abang. Maya pun sayang abang sangat sangat" Balas aku perlahan.
Rafiqi mengetatkan pelukan kami,sebelum dia sendiri memalingkan badan aku menghadap dia.
"Abang harap kita akan sentiasa bahagia...sampai jannah"ujar Rafiqi sebelum bibir aku dikucup sekilas.
Aku turut mengangguk.
" Maya pun abang,amin"
-SKIP-
"Kau apa khabar? Dah Makin sihat?" Soal Crystal sewaktu kami sedang memotong kek di dapur. Aku tersengih.
"Alhamdulillah, Makin sihat. Rafiqi jaga aku baik ok " Ujar aku bangga.
Crystal senyum .
"Alhamdulillah, bagus lah macam tu. Tak adalah aku risau sangat pasal kau. Hah ni,nanti datang tau kenduri tahlil arwah tu. Mama dengan papa aku jemput" ajak Crystal tiba tiba.
Aku terdiam. Wajah Crystal aku pandang lama. Tiba tiba rasa simpati aku datang. Kesian Crystal,mesti dia sedih kan Cherry dah tak ada. Dahlah Cherry satu satunya adik beradik yang dia ada, tapi Crystal tetap nampak tenang,walaupun aku tahu,hati dia tengah bersedih.
Kau kuat Crystal!
"Aku minta maaf,sebab aku,Cheery dah tak ada" mohon aku.
"Apa kau ni? Cherry tak ada bukan sebab kau,tapi sebab memang dah ajal dia. Nak buat macam mana,kita bukan boleh lawan takdir. So...daripada kita fikir yang bukan bukan,apa kata kita reda dengan semua ni? Dengan apa yang Allah dah tetapkan untuk kita. Lagipun,mama dan papa aku tak salahkan kau lah,so...jangan risau ok?" Balas Crystal panjang lebar.
Aku tersenyum. Bersyukur aku sebab mama dan papa Crystal tak salahkan aku. Aku takut juga kalau kalau mereka terasa hati.
"Crystal, thanks sebab sudi jadi kawan aku" ujar aku ikhlas.
"Sama sama. Kau pun..thanks sebab jadi kawan Aku" balas Crystal sambil ketawa kecil.
Aku kembali menyambung memotong kek, sebelum aku kembali memandang Crystal. Baru aku ingat!!
"Crystal..nanti kau datang tau majlis repsepsi aku,sebulan dari sekarang. Tau tau,aku nak kau datang " ujar aku ceria.
Crystal pandang aku serba salah. Aku dah kerut dahi,jangan kata dia tak dapat datang.
"Maaf Maya,aku tak dapat datang. Aku ... Aku takut bila aku nampak kau sanding,aku terbayangkan Cherry. Aku tak nak rosakkan majlis kau disebabkan mood aku yang mungkin akan buruk gila. Tapi aku janji,anniversary kau,Aku lah Yang akan sentiasa sambut,even patut nya kau dengan Fiqi ajer sambut"ujar Crystal dengan riak muka serba salah.
Aku mengangguk faham. Yalah kan,aku kena juga jaga hati dan perasan Crystal juga. Mesti dia sedih dengan pemergian Cheery,walaupun mulut dia tak kata apa apa.
" Tak apa. Aku faham" balas aku dengan senyuman.
Crystal memandang aku lama,matanya mula berkaca kaca. Aku terdiam,Crystal...Crystal nangis? Jujur...ini Kali pertama aku nampak Crystal menangis.
" Thanks Maya"
Yeah...done
YOU ARE READING
Prince Mask (edit)
Romance(COMPLETE) (one side POV) *proses pengeditan sedang dijalankan bagi memastikan tiada sebarang kesalahan ejaan di dalam cerita ini. Diingatkan juga, akan terdapat sedikit perubahan dalam cerita ini semasa proses pengeditan dijalankan. Amisha Sumayya...