PM43

2.5K 149 7
                                    

" Hanya ini  jalan penyelesaiannya,"
                       ........................

Aku memerhatikan  gerak Aiman yang berjalan menghampiri  aku dengan penuh rasa takut. Di tangannya terdapat sebilah pisau rambo  yang  ku  kira agak tajam.

Perlahan lahan,aku berundur ke belakang untuk menjauhinya. Aiman tersenyum sinis  melihat aku,apabila aku dengan sedaya upayanya menjauhi dirinya.

" Kenapa ni hmm? Sayang takut dengan saya ke? Hmm? Hahaha" gelak Aiman begitu menyeramkan aku.

" Apa...apa  yang kau nak buat dengan pisau tu? Lepaskan akulah! " marah aku sambil masih mengundurkan badanku ke belakang.

" Apa yang aku nak buat dengan pisau ni?" Soal  Aiman kembali.

" kau....rasa....apa yang aku nak buat dengan pisau ni eh?" Soal  Aiman lagak seperti seorang psiko,pisau di tangannya di bawa ke hadapan mukanya lalu pisau itu  diusap usap dengan wajah menakutkan.

" Tolonglah Aiman...lepaskan aku...tolonglah..." Rayu aku ,mencuba nasib kalau kalau Aiman berlembut hati.

" Jangan harap!" Jerkah Aiman tiba tiba. Terhinjut bahuku apabila dijerkah seperti itu.

Dengan laju,Aiman menghampiri aku . Tengkuk aku dipegang erat lalu didorong mendekatinya,sehinggakan dahiku hampir hampir sahaja berlanggar dengan  dagunya.

Pisau rambo  yang dipegangnya tadi diletakkan di bawah daguku,lalu perlahan lahan daguku diangkat menggunakan pisau tersebut agar wajahku dapat dilihat olehnya.

" Untuk apa aku lepaskan kau kalau nanti akhirnya kau pergi ke jantan tak  guna tu?!!! Dan aku? Aku pula hanya pandang korang berbahagia  sahaja?!!! Then,tahan perasaan aku?? No ,no,no,...jangan harap!"  Tengking Aiman lagi dengan kasar,malahan pegangan nya di tengkuk aku juga semakin kuat. Mata aku terpejam menahan sakit

" urgh...sakit.." Rintih aku menahan tangis.

"Sakit  kau ada kau fikir ? Sakit aku ni? Ada kau fikir ke hah?!" Tambahnya lagi.

"Bukan salah aku kalau aku tak boleh nak suka kau! Kau kena belajar terima  hakikat yang aku tak suka kau,tapi aku sukakan Rafiqi!" Lantang aku menjawap.

Dapat aku lihat,Aiman mengetap bibirnya kuat apabila mendengar balasan aku.

"Kau....kau sengaja nak naikkan marah aku kan?!" Marah Aiman lalu menghantukkan kepala aku ke dinding  beberapa kali.

"Arghhh!" Hanya menjerit kesakitan yang mampu aku lakukan pada saat ini. Pada hantukkan yang ke 4,dapat aku rasakan cecair panas yang mengalir di tepi dahiku, dan mata aku mulai berpinar pinar.

"Huh,kalau aku tak dapat kau,tak ada siapa siapa yang boleh dapat kau,kau faham?" Soal Aiman dingin sambil mencengkam rambutku kuat sebaik sahaja dia berhenti menghentam kepala  aku ke arah dinding.

Sebaik sahaja berkata seperti itu,badan aku ditolak kuat ke arah  dinding lalu dia mula bergerak ke arah bilik yang aku duduki tadi. Aku tersandar kepenatan di dinding kayu itu.

Aku memejam mata erat,menahan rasa sakit di dahiku. Tak boleh macam ni,aku kena selamatkan diri aku...aku tak boleh menyerah macam ni pada Aiman. Aku tak mengharap  dan  menunggu bantuan tiba, kalau aku terus menunggu,silap silap,aku boleh mati!

Tangan aku yang terikat di belakang,mula bergerak gerak cuba  membuka ikatan tali tersebut. Pergerakan aku agak perlahan  Serta tubuhku mulai lemah kerana dibelasah dengan teruk dengan Aiman sebentar tadi.

Setelah beberapa lama, akhirnya ikatan di tanganku berjaya dirungkai. Pantas aku membuka ikatan tali tersebut.

Tali tadi dicampak ke tepi. Apa yang aku perlu buat sekarang ni adalah aku kena cari jalan keluar. Dengan kekuatan yang ada,aku berusaha untuk berdiri dengan tangan yang berpaut pada dinding.

Prince Mask (edit)Where stories live. Discover now