Aku memegang erat bahagian tepi kepala aku sambil mengetap bibir menahan rasa sakit yang mencucuk cucuk di kepala.
Mata cuba dibuka perlahan, sejenak, aku menutup kembali mataku apabila suasana di bilik itu begitu menyilaukan mata.
Mata dipejam erat, cuba mengumpul tenaga untuk membuka mata. Perlahan lahan, untuk percubaan yang kali kedua, aku kembali membuka mata aku, silau yang hadir aku hiraukan.
Setelah mata aku terbuka luas, aku terkebil kebil memandang siling. Kepala dialihkan memandang kiri dan kanan.
Dekat mana aku ni? Kenapa suasana bilik ni macam familiar ajer dengan aku?
Eh jap?
Ni bukan bilik wad dekat hospital ke? Maknanya..., aku ada dekat hospital lah ni?
Apa yang dah jadi? Macam mana aku boleh masuk hospital ni? Aku ada terlibat dengan apa apa kemalangan ke apa ni?
Tangan naik menggaru kepala sendiri, sambil mata meliar memandang sekeliling. Balutan di kepala agak menganggu aku untuk mengaru kepala.
Aku tersentak. Apa? Balutan?
Spontan aku bangun daripada pembaringan, kedua dua tangan naik memegang kepala yang dibalut.
" Apa yang dah jadi ni? Kenapa kepala aku berbalut ni? Tak akan sebab terhantuk dinding pula, hahaha, kelakar pula rasanya kalau sebab tu"
Aku ketawa kecil memikirkan hal tu..
Hantuk.... Dinding?
Tak Semena mena, aku terhenti daripada ketawa. Ya... Aku ingat apa yang dah jadi!
Aiman tak guna tu dah culik aku! Tak cukup dengan tu, dia dah belasah aku dengan teruk! Padanlah kepala aku berbalut!
Bila aku ingat balik peristiwa tu, jujur aku rasa takut sangat... Lagi lagi , aku tak pernah berhadapan dengan Aiman yang berperwatakan seperti itu.
Lagaknya seperti obses dengan aku. Aku memeluk erat tubuhku, memandang kiri dan kanan, takut kalau kalau Aiman kembali untuk mengurung aku, jauh dari pandangan orang ramai seperti yang dikatakan olehnya semalam.
Kejap...
Peristiwa tu.... Terjadi semalam bukan?
Terus kepala aku memandang kiri kanan, cuba mencari kalendar di dalam bilik ini.
Jumpa!
Pantas aku memandang tarik yang tentera di atas kalendar digital tersebut.
Satu kelip. Dua kelip. Tiga kelip.
Tipulah! Semalam kan 3 haribulan 9? Takkan hari ni dah 15 haribulan 10? Tak lawak ok? Tak releven langsung! Tak mungkin juga aku koma.
Tapi... Dari cara dan segi hantukkan Aiman di kepala aku pada masa tu, tidak mustahil juga aku akan koma. Bukan biasa hantukkan yang Aiman lakukan itu, berkemungkinan boleh arwah aku kalau hari hari menanggung rasa sakit yang sama.
" Argghh" Kepala aku berdenyut sakit. Nampaknya aku terlalu berfikir akan perkara buruk itu. Nampaknya, aku masih memerlukan rehat yang cukup, tempoh aku koma adalah satu tempoh yang tidak cukup untuk badan Ku beristirehat.
Badan kepala dibaringkan di atas katil. Selimut dipeluk erat sambil mata dipejam cuba untuk kembali lena.
Masalahnya, aku dah lama tidur, tak akan aku mahu kembali tidur setelah sekian lama lena?
Hmmmm
Tak ada siapa ke yang jaga aku masa aku koma ni? Dari tadi aku seorang saja yang berada di dalam wad ini, tiada seorang pun yang datang melawat.
Atau?
Sekarang ni bukan masa melawat? Huhu bosan ah camni.
" Hari ni biar Fiqi jaga Maya ya ibu, Mummy? Kesian ibu dengan Mummy ajer yang asyik jaga Maya, tak apa, ibu tak payah datang hospital hari ni ya? Kebetulan, Fiqi dah tak ada kelas dah ni.. So, biar Fiqi jaga Maya malam ni ya? "
Satu suara yang seperti sedang bercakap di telefon menarik perhatian aku.
Macam kenal?
Eh, tu suara Rafiqi kan? Ya Allah rindunya aku dengan dia... Nak sangat tatap wajah dia puas puas hari hari ni!
Tapi... Apa kata aku buat buat tak sedar lagi? Nak juga aku tengok dia jaga aku masa koma ni macam mana.
Pantas, aku memejam kan mata, dada menahan debaran apabila kedengaran pintu bilik wad Ku dibuka.
" Assalamualaikum sayang.... "
Ok pendek ajer tau utk Chap ni
Jangan lupa vote and komen!
YOU ARE READING
Prince Mask (edit)
Romance(COMPLETE) (one side POV) *proses pengeditan sedang dijalankan bagi memastikan tiada sebarang kesalahan ejaan di dalam cerita ini. Diingatkan juga, akan terdapat sedikit perubahan dalam cerita ini semasa proses pengeditan dijalankan. Amisha Sumayya...