Wajah kerisauan milik Crystal aku pandang sambil tersenyum.
Kenapa aku senyum?
Sebab aku tahu dia berasa serba salah terhadap aku.
" Dahlah Crystal, tak payah risaulah aku okey ajer ni.Tak ada apa apa yang serius pun"
" Tapi Maya..., sebab saya awak masuk hospital. Sorry Maya... Saya tak tahu yang awak tak boleh makan kerang. " Mohon Crystal dengan lirih.
Aku tersenyum canggung sambil memandang sedikit hairan kepada Crystal.Dia tak tahu aku allergic kerang? Bukan ke dari dulu lagi yang Crystal tahu apa yang aku suka dan apa yang aku tak suka? Dia bahkan tahu makanan apa yang aku boleh makan dan makanan apa yang aku tidak boleh makan.
Tetapi ayat yang baru keluar dari mulut dia tadi, menunjukkan yang dia seolah olah tidak mengenali aku.Aku mula rasa tak sedap hati.Jangan jangan apa yang ibu cakap tu betul?
" Err... Tak tahu? Oh haha tak apalah. Bukan kau sengaja pun kan? " Balas aku dengar senyuman hambar,masih berpura pura dengan kenyataan Crystal tadi.Perlahan lahan perasaan curiga terhadap Crystal muncul dalam diri aku.
" Again Maya... Saya betul betul tak tahu.Minta maaf sangat sangat " Mohon Crystal lagi.
" Hmmm... Tak apalah. Ni, esok kau ada kelas tak? " Soal aku dengan sedikit mendatar.
" Ada... Dalam pukul 8 pagi. Kenapa?" Jawap Crystal.
" Tak ada apa apa, cuma kau baliklah kalau nak balik. Yalah, sekarang dah pukul berapa dah... Dah lewat malam dah. Karang kau lewat esok nanti susah"
" Tak apa ke? Saya risaulah nak tinggalkan awak dekat hospital ni sorang sorang. " Luah Crystal ragu ragu mahu meninggalkan aku.
" Tak apalah. Alah... Aku bukan budak kecil nak dijaga jaga segala bagai. Aku boleh jaga diri aku sendiri. Lagipun, dekat hospital ni ada ramai nurse. Dorang boleh tengok tengokkan aku. " Balas aku panjang lebar.
Crystal masih berdiri tegak. Masih kelihatan ragu untuk meninggalkan aku bersendirian di sini.
" Betul ni? "soalnya lagi menginginkan kepastian.
" Betul"jawap aku dengan yakin.
" Hmmm... Okeylah kalau awak dah kata macam tu. Saya balik dulu lah ya? Nanti kalau ada apa apa awak call saya eh? " Sempat Crystal meninggalkan pesan.
" Okey... Hati hati dalam perjalanan " Pesan aku juga.
" Hmmm, ok"
Aku memerhati pemergian Crystal dengan muka mendatar.Sebaik sahaja bayangan Crystal berlalu pergi, aku terus sahaja mencapai handphone.Nak bagi pesanan kepada anak anak buah aku tu.
Maya:
Gais~ aku nak cakap esok aku tak boleh datang tau?Leane:
Why Maya?Sofia:
Alah... Kenapa?Zahra:
Huhu...
Sendu ah nanti😭
Maya tak ada.Maya:
Haha
Aku kat hospital ni.
Kena tahan wad.
YOU ARE READING
Prince Mask (edit)
Romance(COMPLETE) (one side POV) *proses pengeditan sedang dijalankan bagi memastikan tiada sebarang kesalahan ejaan di dalam cerita ini. Diingatkan juga, akan terdapat sedikit perubahan dalam cerita ini semasa proses pengeditan dijalankan. Amisha Sumayya...