PM16

3.7K 227 26
                                    

BEDEBUK!!!

Eh apa jadi?

"Aduh!" spontan aku menjerit sambil memegang pinggang aku yang terasa sakit dan sengal.Apalah malang sangat nasib aku ni?? Tidur pun jatuh katil. Dah macam budak budak dah tidur nak jatuh dari katil ni segala bagai,padahal dah besar dah pun.

Aku mengeliat sejenak sebelum mencapai jam loceng di atas meja untuk melihat masa.

Pukul lima pagi sudah? Asal aku rasa macam baru tidur lima minit ni?

Mengantuk lagi mata,tapi kerana sedar diri yang aku ni seorang student maka aku tetap juga berdiri sambil membetulkan rambut aku yang sedikit serabai.

Aku duduk di birai katil sambil tersengih sengih apabila mengingati mimpi aku sebentar tadi.

" Aku mimpi yang aku nikah dengan Rafiqi? Biar betul? Macam tak percaya ajer! Lah...angau betul aku ni dengan si Rafiqi ni sampai ke mimpi pun ada dia" ujar aku gembira sambil memegang lembut kedua dua belah pipiku. Rasa nak gelak pun ada bila teringat balik mimpi tadi.

Teddy bear di atas katil aku capai lalu dipeluk kuat.

"Buat malu harga diri ajer kalau Rafiqi tu tau apa yang aku mimpi hari ni. Haih, tapi....best juga kalau mimpi tu jadi betul betul. Haihhh asal sekejap sangat eh mimpinya? Aku rasa tak puaslah nak mimpi pasal Rafiqi ni lagi" bebel aku kepada teddy bear milik aku dengan muka tidak puas hati.

Tapi bila difikirkan balik, perasan  ajerlah aku ni! Macamlah Rafiqi tu nak minat dekat aku yang tak berapa nak cantik ni? Lagi satu, diakan capten team basketball dekat kolej kitaorang so mestilah ramai perempuan yang minat dengan dia.

Tak usahlah kamu mahu beranganlah Maya..., sedar diri uhuks!

Aku mengeluh perlahan. Teddy bear di tangan aku campak ke arah dinding tanpa perasaan. Kemudian aku berdiri dan mencapai tualaku di penyangkut. Malas malas aku melangkah ke arah bilik air yang tersedia di dalam bilik aku ini.

Ada baiknya kalau aku mandi daripada dok berangan pasal mimpi aku malam tadi. Entah kenapalah aku mimpi macam tu padahal aku tak pernah jangka yang aku akan mimpi begitu.

Eh, ada ke orang boleh jangka apa yang akan muncul dalam mimpi diaorang? dah ,mulalah kau nak melalut sorang-sorang Maya.

Sesudah selesai membersihkan diri aku yang daripada rupa yang serabai macam hantu kak Limah kepada secantik bidadari....

Cehhhh, mulalah tu nak mengarut. Tak apa,confident itu penting.

Hahaha.

Aku keluar daripada bilik mandi. Katil dituju lalu aku mula mengemas katil aku yang bersepah dengan teruk. Adalah satu dua bantal aku jatuh daripada katil ke atas lantai. Lasaknya aku tidur.

Aku mula berpakaian lengkap sebaik sahaja selesai menunaikan solat fardhu subur. Aku pilih baju yang ringkas ajer.

 Aku pilih baju yang ringkas ajer

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Prince Mask (edit)Where stories live. Discover now