PM27

3.2K 194 17
                                    

01 haribulan 08

Pagi pagi lagi aku dah bangun dek kerana bunyi loceng yang kuat berdering di samping katil. Aku menoleh menghadap jam loceng yang masih lagi nyari berbunyi sebelum tangan aku laju mematikannya.

Dalam sesaat, bilik aku kembali sunyi.

Aku sengih bangga.Wahhh,aku bangun satu jam awal daripada waktu yang aku kunci pada jam loceng ni semalam. Aku kunci jam 6 aku bangun jam 5.

Asal aku ceria sangat eh bila bangun pagi ni? Oh... Haah! Baru aku teringat yang malam tadi aku bermimpi yang Prince Mask datang untuk berjumpa dengan aku. Yang lawaknya, dalam mimpi tu dia ajar aku main basketball, dan setelah itu kami saling berlawan antara satu sama lain.

Dan pemenangnya.... Mestilah Prince Mask tu!Aku mencebik bila teringat akan hal tersebut. Apalah,dalam mimpi pun tak nak kalah. Bagilah aku menang.Bukan dosa pon!

Tapi... Mimpi tu tentang terasa indah bagi aku.

"Good morning to yourself Maya" ujar aku perlahan sebelum aku mula bangkit daripada pembaringan dan mula mengemas katil aku yang bersepah.

Tapi tak adalah bersepah sangat katilnya,sebab aku jenisnya tidur statik. Bak kata angah aku, kejung macam patung cendana.

Tergelak bila aku teringat kata kata angah tu. Dia samakan aku dengan patung cendana masa tidur?







-Skip-


Sambal tumis sotong yang telah aku masak tadi aku letak elok atas meja. Timun sudah aku potong dan ikan bilis juga telah aku goreng ranggup sebentar tadi.

Kacang? Jangan harap aku nak goreng. Jujur aku cakap aku tak suka makan nasi lemak dengan kacang ni. Telur pon aku dah goreng. Ok bagus sudah, aku tak suka sebenarnya telur rebus ni jadi aku sanggup goreng telur ni sebiji demi sebiji mengikut kepuasan hati aku.

Nasinya juga aku dah hidangkan di atas meja. Aku pandang jam. Dah pukul 8 pagi. Kejap lagi pasti diaorang sampai.

Siapa yang sampai?

Sebenarnya aku dah jemput ahli cheer aku dan ahli team basketball untuk sarapan dekat rumah aku.

Sekali sekala aku masakkan untuk dia orang tak salahkan?

Ding Dong!

Tup tup disebut orangnya,tup tup tu jugaklah orangnya sampai.

Aku segera berlari anak menuju ke pintu utama. Tangan pantas membuka pintu dengan seluas luasnya.

"Assalamualaikum Maya! " Ujar mereka serentak. Aku tersenyum sebaik sahaja melihat wajah mereka semua.

"Waalaikummussalam... " Balas aku mesra.

"Sampai pun korang, ingatkan tak nak datang tadi"ujar aku sengaja ingin mengusik.

"Eh tak akanlah kitaorang tak datang Maya. Orang dah jemput, kenalah pergi" jawap Fatih mewakili yang lain.

"Hehe tau...saja nak usik usik korang semua.Eh, korang jomlah masuk. Buat macam rumah sendiri. Jangan malu malu" jemput aku tatkala menyedari yang aku belum men jemput mereka untuk masuk ke dalam.

Mereka semua mula memasuki rumahku dan orang yang terakhir masuk adalah Rafiqi.

"Good morning Maya" Ujarnya lembut sebaik sahaja berdiri di hadapan aku.

"Good morning juga Rafiqi.Masuklah, buat macam... "

"Maya! Saya dah lambat nak pergi kolej ni. Saya pergi dulu eh? Oh ya, thanks sebab tolong bekalkan saya nasi lemak ni" Tanpa sempat aku menghabiskan kata kata aku kepada Rafiqi,tiba tiba sahaja Crystal datang dengan wajah cemas.

Prince Mask (edit)Where stories live. Discover now