Setelah aku selesai menceritakan segalanya pada Rafiqi,Rafiqi hanya terdiam seribu bahasa. Seolah olah apa yang aku ceritakan tadi adalah perkara biasa. Wajahnya kekal tenang meskipun jelas yang aku masih lagi dalam ketakutan yang amat sangat.
Rasa curiga mula bertandang ke hati aku apabila melihat ketenangan Rafiqi yang bukan biasa biasa pada aku.
' Ya Allah Maya...apa kau fikir ni? Tak baik kau rasa curiga dekat suami kau sendiri. Mungkin Rafiqi hanya bersikap tenang sebab tak nak kau makin gelabah dan cemas! Think positif Maya!' Ujar aku dalam hati.
Tangan aku tiba tiba ditarik lalu digenggam erat oleh Rafiqi. Lekas lekas aku mendongak,memandang wajahnya dengan kerutan di dahi.
Rafiqi tidak berkata apa apa malahan dia hanya memandang aku dengan pandangan redup. Aku diam dalam merenung ke arah sepasang mata hazel itu.
"Sayang...sayang jangan lah risau pasal hal ni ya? Abang nak sayang chill ,rileks dan bertenang Ok? Abangkan always ada dengan sayang? Abang janji abang tak akan benarkan apa apa pun yang jadi dekat bidadari hati abang ni" janji Rafiqi tenang.
Aku terdiam. Jujur,aku juga sedikit sebanyak mula terasa tenang dengan kata katanya itu.
"Jom kita tidur? Dah lewat malam ni. Abang tak nak sayang fikir lagi pasal hal ni Ok? Just kosongkan fikiran sayang,buang jauh jauh apa yang Maya nampak hari ni Ok?" Pujuk Rafiqi lagi.
Tangan aku ditarik perlahan menuju ke biliknya eh pembetulan bilik kami. Aku hanya mengikut langkahnya itu tanpa berkata apa apa.
Tapi pun begitu aku masih tidak dapat lupakan apa yang aku lihat dengan mata aku sendiri di bilik Crystal semasa di rumah tadi. Benar benar membuatkan kepala aku runsing. Apa yang buat dia jadi macam tu?
Sampai sahaja di bilik kami,Rafiqi terus membaringkan aku di atas katil sebelum dia turut berbaring di sebelah aku. Selimut ditarik hingga ke paras dada kami .
"Sayang? Sleep Ok? Jangan fikir lagi pasal hal ni ya?" Nasihat Rafiqi lagi.
Rafiqi melakukan backhug. Tangannya yang berada di pinggang ku aku usap perlahan lahan. Aku cuba memejam mata tetapi tidak boleh. Apa yang aku lihat tadi masih terbayang bayang di mata aku.
Kenapa Crystal jadi macam tu? Aku ada buat salah dengan dia ke tanpa aku sendiri sedar? Atau memang dari dulu lagi dia sudah berdendam dengan aku? Aku benar benar buntu. Aku harap ni semua hanyalah mimpi aku. Aku harap bila aku sedar nanti, semua ni tak terjadi.
Atau...ni hanyalah imaginasi aku? Jangan jangan aku terlalu penat sehinggakan aku mula berimaginasi akan perkara yang bukan bukan.
"Abang?" Panggil aku.
"Hmm?" Sahut Rafiqi
"Abang rasa betul ke Crystal yang tulis semua tu? Ataupun tu cuma khayalan Maya? Jangan jangan Maya terlampau letih sampai nampak benda yang mengarut ngarut." Soal aku perlahan dengan linangan air mata di tubir mata. Hanya tunggu masa sahaja air itu untuk jatuh ke pipi.
Rafiqi senyap tidak membalas apa apa tetapi pelukan di pinggang aku semakin kuat.
Tiba tiba...
" Bila aku kata jangan fikir aku betul betul maksudkannya sayang. Kenapa kau fikir juga pasal hal ni? Nanti kalau kau sakit macam mana?" Soal Rafiqi keras di belakang telinga aku.
Dia...Prince Mask.
" Prince Mask?" Soal aku dengan suara bergetar.
"Hmm" gumam Prince Mask sambil melabuhkan kucupan di bahuku yang terdedah begitu juga di tepi kepalaku.
"Aku tak nak kau fikir lagi pasal hal ni Maya. Apa yang kau patut buat sekarang ni adalah tidur secukupnya. Jangan ingat apa apa dah. Lagipun dah malam ni. Kau pun mesti letih kan? So sleep!" Arah Prince mask tegas.
Pelukan semakin dieratkan. Aku hanya membiarkannya,sebab aku tau,hanya rangkulan dan juga pelukan hangat daripada si dia sahaja yang mampu menenangkan aku.
Aku memujuk hati dan mata aku untuk tidur. Aku harap lepas aku bangun ini hanyalah permaian mimpi dan bukan nya realiti.
-SKIP-
Aku mengikut lankah Rafiqi yang sedang menuruni tangan itu. Pelukan di pinggangku aku biarkan. Malas nak larang si Rafiqi ni,bukannya dengar cakap aku pun. Nanti makin aku larang makin kuat dia peluk aku. Haihhh.
Sebaik sahaja aku tersedar pagi tadi,Rafiqi tanpa memberi aku sebarang pertanyaan,dia terus mrncempung aku ke arah bathtub yang sudah pun dipenuhi dengan air suam. Aku berkira yang Rafiqi sudah lama bangun dan menyediakan air tadahan tersebut. Begitu juga sarapan yang ada di atas meja ini.
Ini adalah kerana sebaik sahaja kami selesai mandi,kami terus menunaikan solat subuh dan juga membaca al Quran satu-dua muka Surat. Jadi bila masanya Rafiqi sediakan sarapan? Maka hipotesis aku diterima.
Rafiqi telah lama bangun dan menyediakan semua ini semasa aku masih lagi lena dalam tidur.
"Silakan permaisuriku" ujar Rafiqi sambil menarik kerusi buatku. Aku hanya ketawa kecil mendengar kata katanya itu.
"Terima kasih wahai Raja yang sentiasa berada di hatiku" balas aku pula.
"Oh tak nak kalah eh?" Usik Rafiqi sambil menyerabutkan rambut aku.
"Arrghh abang! Habislah rambut Maya berserabut" rungut aku tak puas hati. Hailah ini suami...suka sangat kacau rambut aku.
"Tak apa,Maya akan tetap jadi yang paling comel di mata abang " puji Rafiqi. Aku mengecilkan mata memandangnya. Ada ajer kan modal dia nak membalas kata kata aku?
"So...abang harap Maya sukalah dengan breakfast yang abang sediakan ini walaupun simple ajer" ujar Rafiqi merendah diri. Aku tergelak.
"Abang apa yang biasanya abang? Ada spageti ,pankcake,roti bakar lagi...ni dah kira nice ah ni" balas aku sambil tangan mencapai botol madu lalu madu itu dituangkan ke atas pankcake .
" Hehe,thanks sayang" ujar Rafiqi sambil mencuri cium pipi aku.
Aku yang baru sahaja ingin menyuap pankcake ke dalam mulut sudah tersentak.
"Abang!" Marah aku perlahan. Tangan naik memegang pipi. Dapat aku rasakan yang pipi aku sudah bertukar merah. Alahai...suami siapa ni? Pagi pagi dah sweet,dahlah siapkan breakfast untuk aku.
"Apa?" Rafiqi tayang muka tak bersalah. Panckcake yang berada di tangan aku ditarik lalu disuapkan ke dalam mulutnya,dengan tangan tangan aku sekali Rafiqi gigit.
Bahunya aku pukul perlahan.
"Abang ni lapar sangat ke? Sampai tangan Maya pun abang nak makan sekali?" Ujar aku bernada sayu. Tangan aku dibelek belek. Jelas terdapat kesan gigitan di tangan Aku. Huhu,ada vampire gigit saya....
"Saja. Abang nak buat tanda,yang menunjukkan sayang adalah hak milik abang. " balas Rafiqi berserta kenyitan nakal kepada aku.
Haih dasar sweet talker!
"Dahlah,dari Maya layan abang,baik Maya makan." Tangan aku mula menyuap pankcake ke dalam mulut lalu aku mengunyah perlahan.
Aku terhenti mengunyah. Wajah Rafiqi aku pandang cepat.
"So... How? Sedap tak?" Soal Rafiqi sambil memandang aku.
"Abang! Sedapnya! " puji aku lalu terus menyambung suapan. Serious aku kata! Masakan Rafiqi....terbaik!
Rafiqi di sebelah hanya tersengih memandang aku.
Done for this chapter
YOU ARE READING
Prince Mask (edit)
Romance(COMPLETE) (one side POV) *proses pengeditan sedang dijalankan bagi memastikan tiada sebarang kesalahan ejaan di dalam cerita ini. Diingatkan juga, akan terdapat sedikit perubahan dalam cerita ini semasa proses pengeditan dijalankan. Amisha Sumayya...