PM11

4.2K 290 13
                                    

Aku berjalan perlahan sambil mendengar lagu melalui earphone yg dipasang di telinga sambil mulut ikut menyanyi kecil dengan riang mengikuti alunan musik.

Aku berjalan santai dengan tangan berpeluk tubuh sebelum tiba tiba mataku tertacap pada satu susuk tubuh yang aku cukup kenal.

Aku terhenti melangkah. Mata memandang susuk tubuh tersebut dengan pandangan tidak percaya.

"Ya Allah Maya... Tak akanlah kau angau sampai macam ni sekali? Seriously? Sampai nak nampak bayangan dia dekat sini? Mustahil hahaha" ujar aku kepada diri sendiri sambil ketawa kecil.

"Haha... Haha.. Tapi boleh jadi tak mustahilkan? " ucap aku kembali seraya kembali memandang si 'dia'

Rafiqi?

Ya... Betul... Apa yang sedang aku pandang sekarang ini ialah seorang lelaki yang memiliki nama Izwan Rafiqi.

Tapi... Apa dia buat dekat sini?

Cepat cepat aku menyorok di sebalik dinding yg terdapat di situ. Apa dia buat dekat sini ya? Siap berborak dengan profesor Salmiah pula tu.

Okey, sebelum tu biar aku perkenalkan siapa itu professor Salmiah. Profesor Salmiah tu sebenarnya mak cik aku yang sudah sekian lama menetap di sini, sejak 10 tahun yang lalu selepas dia mengambil keputusan untuk mengikuti suaminya yang bekerja di sini.

Tetapi bukan itu yang mahu aku fokuskan!,sebab sekarang ni aku lebih tertumpu kepada Rafiqi.

Ya! Apa dia buat dekat sini?

Aku perhatikan Rafiqi dari jauh, memerhatikan dia secara teliti, dari atas rambut sehinggalah ke kasutnya.

Tangannya kemas memegang buku berserta beberapa buah fail, beg sandang pula elok disandang sebelah oleh tangannya dengan gaya oenuh santai, berpakai t-shirt putih kosong berserta sweater hitam. Tidak lupa juga headphone yang terletak elok di tengkuknya.

Tak cukup dengan itu, Rafiqi juga kelihatan cukup akrab bersama sama professor Salmiah. Eh? Macam dah lama kenal saja gayanya?

Nanti...

Tunggu sekejap... Jangan cakap yang Rafiqi tu....

Dia pelajar sini?! Are you kiding me?!

Ohhhh huhhh aku rasa ada baiknya aku blah dari sini sebelum dia nampak aku. Bukannya aku tak tahu yang mata si Rafiqi tu tajam macam burung hantu di malam hari.

Aku mula berpaling untuk melangkah sebelum tiba tiba pen kesayangan aku jatuh bergoleng di tengah tengah laluan koridor ini.

Langkah aku mati. Mata aku pula mengikuti ke arah gerakan pen kesayangan aku tersebut.

Satu soalan,

Kenapa?! Kenapa masa masa macam ni pen aku nak tergolek nak terjatuh?kenapa bukan semalam?

Mati aku.... Macam mana ni? Dahlah pen tu ibu buat khas untuk aku. Aku langsung tak guna walau setitik dakwat pen tu...sebab aku tahu, pen tu bukanlah pen biasa. Pen tu adalah suatu pemberian daripada ibu. Walaupun hanya sekadar pen pada pandangan orang lain, tetapi tidak pada aku, pada aku, ia lebih dari sekadar pen.

Ibu. ..... Macam mana ni?????

"Ok ..tak boleh Maya tak boleh! Kau kena ambik juga pen tu. Hadiah istimewa dari ibu tu. Dahlah tu,dekat hujung pen tu ada keychain yang arwah ayah tempah khas untuk aku. Istimewa dan sentilmental kot hadiah tu untuk kau, takkan sebab tak nak Rafiqi nampak muka kau, kau sanggup nak biarkan hadiah yang ibu dengan arwah ayah hadiahkan? No.. Maya no"

Prince Mask (edit)Where stories live. Discover now