PM64 (FINAL)

6.7K 193 23
                                    

Sebulan kemudian...

Mata memandang lama ke arah cermin yang menpaparkan wajahku yang sudah pun dihias oleh mekap

"Ready?" Tanya Kak long yang setia di sisi aku semenjak tadi. Aku tersenyum.

"Sedia"jawap aku perlahan.

" Jom, along,nanti biar Maya dengan Rafiqi berdua masuk dewan" ajak Kak ngah yang tiba tiba sahaja muncul di hadapan pintu bilik di hotel ini.

Ya...majlis repsepsi aku diadakan di hotel.

"Hah? Ok ok,tunggu jap, along nak ambik handphone. Ok ,bye Maya,Maya tunggu tau Rafiqi dekat sini. Tak lama tu...kejap lagi Rafiqi sampai lah" ujar Kak long cuba menenangkan aku.

Aku angguk sambil tersenyum. Haih..berdebarnya..sama macam debaran semasa kami menikah beberapa bulan yang lalu.

Tok tok tok

Aku menoleh,kelihatan Rafiqi tersenyum memandang aku. Aku membalas senyuman Rafiqi. Mata aku galak memerhatikan nya dari atas hingga bawah.

Handsome! Kacak! Tampan! Bergaya dan bekarisma pula tu. Untung aku dapat husband macam ni...dahlah baik,sweet,soleh pula tu.

Amboi Aku ni..riak nampak?haha

"Sayang? Termenung apa tu? Sampai tak berkelip mata tu pandang abang. Kenapa? Abang handsome sangat eh?" Ujar Rafiqi menyentakkan lamunan aku. Aku tersengih. Alamak,kantoi ah.

"Hah? Eh tak adalah!" Nafi aku.

Rafiqi ketawa kecil. Matanya merenung aku tajam,sehinggakan aku pun tak selesa.

"Sayang cantik sangat hari ni...sayang adalah wanita yang paling cantik yang pernah abang jumpa. Thanks sebab sudi jadi isteri abang" luah Rafiqi tiba tiba. Aku tersenyum. Kan aku dah kata...husband aku ni sweet orang nya?

"Maya pun beruntung.... Sangat dapat suami yang baik macam abang" balas aku.

"Hmm,abang tau." Balas Rafiqi balik bersahaja. Terpapang riak bangga di wajahnya saat berkata. Aku tersenyum senget.

"Hmm,abang,jomlah kita gerak.Rasanya dorang dah lama tunggu tu" ujar aku seraya berdiri. Rafiqi pantas berjalan ke arah aku,tangannya laju mrnyambar tangan aku lalu membantu aku bangun daripada duduk.

"Tingginga kasut sayang? Menyesal pula abang pilih yang ni. Kalau tahu,pilih yang biasa biasa ajer tingginya" ujar Rafiqi.

Aku ketawa kecil. Tahu pun tinggi. Habis tu aku ni? Aku yang kena pakai tau...huhu

Nampak nya terpaksalah Rafiqi pimpin aku sampai ke dewan nanti. Haha

-SKIP-

"Mengumumkan,ketibaan Raja sehari kita,Maya dan juga Rafiqi" ujar juruacara saat kami berdua melangkah masuk ke dalam dewan ini.

Aku memegang lengan Rafiqi kuat. Bukan apa,takut jatuh ajer nanti. Rafiqi pula,macam faham faham saja. Dia turut melangkah dengan perlahan menyaingi aku.

Kami tiba di atas pelamin.

Majlis dimulai dengan bacaan doa,dan juga ucapan daripada ayah mentua aku,Tan sri Ahmad malik. Kemudian,majlis diteruskan dengan acara mengambil gambar.

"Wei Fiqi,cuba buat post sweet sikit. Aku nak gambar ni,bukan apa,boleh buat kenang kenangan ya tak?" Arah Mikael kepada Rafiqi. Rafiqi pula patuh dengan arahan Mikael.

Aku yang tidak bersedia terkejut apabila Rafiqi tiba tiba sahaja memaut pinggang aku lalu ditarik ke arahnya. Dahi aku bersentuhan dengan dagunya.

Aku terdiam dengan tindakannya. Mata pantas memandang wajahnya. Rafiqi turut membalas pandangan Aku dengan renungan redup. Tangannya tiba tiba naik,menyentuh daguku,lalu dahi aku dilekapkan ke dahinya.

Prince Mask (edit)Where stories live. Discover now