PM 22

3.3K 205 14
                                    

Lagu yang kat atas tu☝author saja ajer letak sebab author rasa lagu ni kena sangat dengan si Maya ni😆😆

-----------------------------------------------------------

Aku membaringkan badan di atas katil setelah selesai mandi serta menukar pakaian dari dress untuk majlis tadi kepada pakaian tidur.

Bantal  golek aku letak di sebelahku manakala teddy bear yang berada di sudut kiri katil aku dicapai. Aku tenung teddy bear aku tu lama lama. Heheh, teddy bear ni sebenarnya angah yang bagi aku masa birthday aku tahun lepas.

Aku diam seketika, sambil tangan membelai belai lembut teddy bear di tangan aku ni.

Prince Mask.

Satu nama, nama yang mampu meragut keamanan hati aku setelah Rafiqi. Aku tak tahu,  personality mereka berdua amatlah berbeza, tapi Aku juga musykil bagaimana,hati aku boleh berdebar kencang apabila aku berhadapan dengan Prince Mask, seakan dengan perasaan yang sering aku alami ketika bersama dengan Rafiqi.

Aku ni... Jatuh cinta buat kali kedua ke?

Pak

Aku menampar pipi sendiri. Ya Allah Maya, tak akan sesenang itu kau boleh jatuh cinta, padahal sebelum ni kau punya susah nak lupakan Rafiqi , sampaikan pintu hati kau tertutup untuk mana mana lelaki.

Aku bersandar di kepala katil.

"Look at the camera, not at my face"

"Aishhh, apa semua ni? Kenapa Aku boleh terbayang muka dengan suara dia pula ni? "

Aku mula berasa serabut.

"Teddy, apa yang aku patut buat"Soal aku kepadanya.

Aku mengigit bibirku, mula membayangkan wajah bermask milik prince mask dengan perasaan yang celaru.

Tiba tiba, muka teddy bear yang berwarna kecoklatan itu berubah kepada wajah prince mask pasangan aku semasa acara tari menari tadi.

Automatik mata aku membulat.

Apakah?!!!!

" Aku tau muka aku handsome tapi perlu ke kau bayangkan yang teddy bear ni sebagai aku? Angau noh kau dengan aku ni" Sindir Prince Mask.

Terus aku campak teddy bear tu ke arah sebelah kiri aku. Aku pantas bangun daripada duduk, sambil mata menjengah ke arah teddy bear tadi. Tangan naik menyilang di dada sendiri sambil bibir diketap kuat,memikirkan situasi saat ini.

Mata aku pejam kuat sambil kepala aku mengeleng laju. Dah kenapa aku ni asyik teringat dekat Prince Mask tu?

Apa aku dah jatuh suka apa dekat mamat Prince Mask tu? Tapi tu mustahil... Sebab aku yakin yang aku suka sesuka sukanya pada Rafiqi.

Mustahil dalam tempoh 6 jam hati aku mula terpaut kepada Prince Mask.

Aku toleh memandang laci kecil yang berada di sebelah katil. Kain sapu tangan pemberian Prince Mask,tanda perkenalan kami aku tenung lama.

Lama aku menjatuhkan pandangan aku ke arah kain tersebut. Kenapa aku rasa yang aku akan jumpa lagi dengan Prince Mask tu eh?

Dan kenapa aku rasa sedih bila aku mula bayangkan yang kami berdua tak akan pernah berjumpa pun lagi setelah hari ini?

Sapu tangan pemberian prince Mask aku capai lalu aku genggam erat. Kaki melangkah menuruni katil lalu berjalan ke arah bilik di mana tempat aku menyimpan segala pakaian aku.

Prince Mask (edit)Where stories live. Discover now