PM47

2.7K 162 14
                                    

Hari ini aku sudah dibenarkan pulang oleh pihak hospital. Akhirnya, setelah hampir sebulan lebih aku berkampung di sini, aku dibenarkan pulang juga ke rumah aku. Lega betul rasanya dapat keluar daripada hospital ni.

" Happy nampak? " Soal Mummy, ibu kepada Rafiqi, manakala ibu pula hanya tersenyum mendengar kata mummy. Rafiqi yang berada di bahagian hadapan tempat pemandu , sudah ketawa kecil sambil memandang aku melalui cermin pandang belakang.

" Mestilah dia happy Sahara, akhirnya dia dapat juga keluar daripada hospital tu. Maya ni mana suka kena tahan dekat hospital." Cerita ibu kepada mummy. Aku hanya mampu memberikan sengihan lebar kepada ibu dan juga mummy.

" Macam tu rupanya, samalah macam Rafiqi, dia pun tak suka kalau kena tahan dekat hospital tu. Maklum lah, siapa saja yang suka ditahan macam tu kan? " Ulas mummy. Aku mengangguk setuju dalam diam apabila mendengar kata kata mummy sebentar tadi.

" Maya, " Panggil ibu perlahan.

" Ya ibu? " Soal aku

" Ibu, mummy dengan Rafiqi dah buat keputusan, nak adakan majlis pernikahan kamu terlebih dahulu. Majlis repsepsinya kita buat lepas kamu dah betul betul sihat nanti ya?" Beritahu ibu.

" Boleh ibu, mana yang wajib kita buat dulu. Nanti bila ada masa yang sesuai, kita buatlah majlis repsepsinya , betul tak mummy? Awak? "

" Betul, tu ibu. Fiqi tak kisah pun bila nak buat majlis nya, yang penting akadnya tu. Lagipun, Fiqi pun tengah sibuk dengan final sem Fiqi sekarang ni. Nanti, Insya Allah kalau Fiqi ada masa lapang, kita terus buat majlis nya, tak payah nak tangguh tangguh" Sokong Rafiqi.

" Betul kata Fiqi tu, tak pun, kita boleh adakan majlis mereka berdua ni bila Rafiqi dah habis exam final sem dia nanti,masa tu pun Maya tengah cuti semester kan? Hah, kena sangatlah masanya tu" Cadang Puan Sri Sahara pula.

Ibu pula kelihatan bersetuju dengan cadangan yang diusulkan oleh Puan Sri Sahara. Aku turut bersetuju dengan cadangan Puan Sri Sahara sebab bagi aku, lagi bagus buat majlis tu semasa kami berdua cuti. Tak adalah nanti kelam kabut, nak buat persiapan pun teliti ajer nanti. Tak adalah kami sibuk uruskan masa untuk belajar , untuk persiapan majlis apa semua.

" Hmm, tak apalah, nanti kita bincang lagi ya Puan Sri, tapi buat masa sekarang ni, segala hal hal nikah kamu berdua serah ajer bulat bulat pada ibu dengan mummy, Rafiqi Just fokus dengan final semester ni and Maya, Maya kena jaga kesihatan Maya tu, bagi badan sihat, kuat dengan segar balik untuk majlis akad nikah kamu berdua nanti. Ibu tak nak lah nanti masa akad tu, muka anak ibu ni lesu,letih dan tak bermaya. Nanti, tak datang seri pengantinnya, tak gitu Puan Sri?"

" Betul kata kamu ibu kamu tu Maya, nanti kalau pengantinnya tak ada seri tak meriah lah majlisnya nanti. Lagi satu ni mummy nak pesan, Maya kena jaga keselamatan diri Maya, ingat, Aiman masih lagi terlepas dan bebas dekat luar sana. Pihak polis masih tak dapat nak jejak dia, jadi Maya kena hati hati ya? Kalau nak keluar pergi mana mana ajak Fiqi, jaga keluar sorang sorang ya? Bukan apa, mummy risau kalau kalau Aiman tu datang balik, diculik nya kamu lagi, naya ajer nanti" Pesan Puan Sri Sahara berjela-jela.

Aku hanya mendengar segala nasihat ibu dan Puan Sri Sahara dengan penuh teliti. Aku tahu dia orang bagi nasihat pada aku sebab diaorang sayangkan aku, tak nak aku diapa apakah oleh Aiman lagi. Terselit juga rasa terharu dalam hati aku ni dengan pehatian yang diberikan kepada aku ketika ini.

" Ya ibu... Mummy, Maya janji Maya akan jaga diri Maya baik baik, lagipun Maya tak risau sangat, sebab Maya tau yang Fiqi akan jaga Maya dengan baik. Betul tak awak? " Soal aku kepada Rafiqi.

Rafiqi yang sedang memandu tersenyum mendengar soalan aku seraya mengangguk tanda mengiakan.

" Betul kata Maya tu mummy, ibu. Ibu dengan mummy jaga lah risau, Fiqi janji akan jaga Maya sebaik mungkin, dan Fiqi janji, Fiqi akan pastikan yang Aiman tu akan dapat diberkas dan dipenjarakan atas pembuatan dia pada Maya. Fiqi tak akan lepaskan dia senang senang macam tu ajer lepas apa yang dia dah buat pada Maya" Janji Rafiqi sambil mengengam erat stereng dengan kuat. Jelas kelihatan urat urat hijau di sisi dahi Rafiqi serta di lehernya.

Prince Mask (edit)Where stories live. Discover now