PM60

3K 158 23
                                    

Mata aku terpisat pisat. Sakitnya belakang kepala aku..macam kena hentak dengan benda keras ajer gayanya.

Aku mendongak memandang hadapan. Aku terdiam,melihat Crystal di hadapan aku.

"Crystal?" Soal aku tak percaya.

"Oh...dah bangun dah? Hahaha baguslah kalau kau dah sedar. Kau tau tak berapa lama aku tunggu kau nak sedar? " Soal Crystal dengan menghadiahkan pandangan jengkel kepada aku.

"Tapi,kenapa kau buat macam ni dekat aku Crystal? Apa salah aku? Kita Bff kan?" Soal aku lirih. Betul betul tak dapat percaya,yang berada di hadapan aku ini adalah Crystal,kawan baik aku sedari kecil.

"HAHAHA,lawak lah kau ni. Ada ke patut Tanya aku apa salah kau? Patutnya kau tau apa salah kau pada aku! Jangan kata kau tak tau!" Jerkah Crystal tiba tiba.

"Tapi...aku...aku memang tak tau. Apa salah aku Crystal? Kalau aku salah aku minta maaf, but please,jangan buat aku macam ni" rayu aku kepadanya.

"Oh kau tak tau? Betul kau tak tau? " Soal Crystal pada aku,seolah olah ragu dengan aku.

Aku tidak menjawab,malahan hanya mengangguk lemah. Crystal kelihatan berang dengan jawapan aku.

"Kau kata kau tak tau?! Apa maksud kau tak tau?!! Dasar manusia tak guna! Kau dah buat salah lepas tu kau tak ingat? Tak guna!!" Marah Crystal sambil menbaling beberapa barang ke arah aku.

Aku cuba mengelak ,namun tidak kesemuanya aku dapat elak. Ada beberapa barang yang tidak dapat aku elak lalu terkena di wajah aku. Aku hanya mampu menahan sakit apabila barang yang dibaling itu terkena di wajah aku.

"Crystal! Aku minta maaf! Betul betul minta maaf pada kau. Berhentilah Crystal, cuba kau bagitau aku,apa salah aku?" Mohon aku kepadanya.

Crystal berhenti membaling barang. Wajah aku di pandang tajam.

"Kau nak tau apa salah kau? Kau nak tau?" Soal Crystal seraya menghampiri aku. Aku mula bergigil ketakutan. Sumpah aku kata,aku tidak mengenali Crystal version ini. Ini bukan kawan aku! Bukan!!!

"Salah kau ialah ...kau rampas orang yang paling aku sayang! Kenapa! Kenapa kau rampas dia?! Kau kata kau kawan aku, Bff aku! Tapi kenapa kau rampas dia!!!" Jerit Crystal tak tentu arah.

Aku aneh,siapa yang aku rampas? Siapa yang Crystal sayang?

"Maksud kau?" Soal aku takut takut.

"Rafiqi. Aku sayangkan Rafiqi. Aku cintakan dia sejak aku sem 1 dekat sini. Tapi kau...,kau baru muncul dekat kolej tu..but kau dah tarik perhatian dia! Aku sakit hati! Kenapa dia nampak kau? Kenapa dia tak nampak aku?!!" Raung Crystal tak puas hati.

Aku terdiam. Apa maksud Crystal? Bukan kitaorang dah kenal Rafiqi dari sekolah rendah lagi? Dan aku rasa,Crystal sendiri tahu aku crush dengan Rafiqi daripada dulu. Jadi,apa yang dia cuba katakan ni? Aku rampas Rafiqi? Dia jumpa Rafiqi dulu?Haha,apa semua ni?

"Crystal, yang jumpa Rafiqi dulu tu aku. Kau tak ingat ke? Masa kita sekolah rendah dulu? Kau tau yang aku memang crushkan Rafiqi daripada kecil lagi. Jadi kenapa kau buat macam ni? Apa yang kau merepek?" Soal aku tak puas hati.

Crystal terdiam mendengar kata kata aku.

"Tak....apa yang kau mengarut ni? Kau jumpa Rafiqi dulu? Tak....tak! Aku yang jumpa dia dulu. Kau! Kau yang tiba tiba muncul antara kami! Kau yang mencelah! Kau tak patut wujud dalam dunia kami!!" Raung Crystal sambil mengusutkan rambut nya,seolah olah tidak percaya apa yang aku katakan.

Aku terdiam melihat keadaan Crystal,perlahan lahan aku menangis pilu melihat keadaan kawan baik aku yang seperti bukan kawan yang aku kenali sebelum ini

"Kenapa dengan kau Crystal? Apa yang jadi dekat kau? Mana....mana kawan aku baik aku yang dulu? Mana Crystal yang aku kenal dulu? Ini bukan diri kau yang sebenar Crystal, aku kenal kawan aku,kau bukan macam ni" ujar aku sambil menangis.

Crystal berjalan ke arah aku sebelum tiba tiba sahaja dia duduk di hadapan aku. Wajah aku dipandang lama.

"Aku dulu macam mana? Aku baik tak? Aku cantik kan dulu? Rafiqi suka aku daripada dulukan? Dia.....dia belum kahwin kan? Betul tak? Sebab dia dah janji nak kahwin dengan aku...aku tunggu dia masuk meminang aku. Aku rasa kan,Mak bapak dia salah masuk meminang ah,Rafiqi suruh pinang aku bukan kau,.....haah haah,aku yakin aku betul! Mak bapak dia salah pinang! Kan kan?" Soal Crystal sambil bermain main dengan jari dia.

Aku hanya mampu mendengar dan melihat Crystal dengan genangan air mata. Adakah..Crystal menyukai Rafiqi daripada kecil? Dan dia rahsiakan daripada aku? Bila kami dah dewasa,dia rasa yang dia patut dapatkan orang yang dia sayang? Macam tu ke?

"Kau..." Tiba tiba,Crystal memandang aku tajam. Terus gugup aku bila terpandangkan pandangan itu.

"Kau kena minta cerai daripada Rafiqi! Aku nak korang bercerai! Sebab...aku tak suka bermadu tau.....lagipun Rafiqi tu aku punya! Rafiqi aku punya bukan kau! Jadi kau patut lepas kan dia....aku tahu,Rafiqi tak cintakan kau....kesian kau nanti bila Rafiqi dah kahwin dengan aku...mesti kau iri hati nanti bila tengok Rafiqi asyik nak melekat dengan aku ajer" Crystal tersenyum membayangkan perkara itu.

"Lagipun Rafiqi bukan cintakan kau pun...dia cintakan aku.....jadi...better kau jauhkan diri kau daripada Rafiqi!" Arah Crystal lantang.

Aku mencerlung memandang Crystal. Dia suruh aku tinggal kan Rafiqi? Tak akan! Never!!!

Aku rasa kau lupa siapa aku yang dulu Crystal. Aku tak mudah tunduk pada orang lain! Apatah lagi ikut kata orang!

"Tak,aku tak akan sesekali minta cerai daripada Rafiqi,aku isteri dia! Isteri dia yang Sah! Tempat aku adalah di sisi suami aku! Aku akan pertahankan hak aku sampai aku mati! Kau tak ada hak langsung nak arahkan AkU! Tak!!!! Kau tak ada hak!"

Crystal pantas bangkit daripada duduk. Matanya tajam memandang aku.

"Aku tak ada hak? Aku? Aku tak ada hak?!!" Berang Crystal.

"Ya! Kau tak ada hak!"balas aku juga lantang .

Crystal ketawa kuat mendengar kata kata aku. Aku terdiam ,kejap,kenapa dia ketawa?

"Kalau macam tu, aku terpaksalah bunuh kau!" Jerit Crystal. Tangannya terus saja menikam perut aku dengan menggunakan sebilah pisau.

Aku tergamam,rasa sakit di perut mula menjalar keseluruhan badan.

"Crystal ...sampai hati kau...uhuk!" Darah tersembur keluar daripada mulut aku.

"Ya! Mati! Kau patut mati!!!" Jerit Crystal suka melihat keadaan aku.

"Cherry!" Jerit satu suara dengan kuat. Dan pada masa yang sama, Crystal jatuh sambil memegang belakang kepalanya.

Aku terdiam dan tergamam ,Crystal dihentak ! Oleh...seseorang yang aku kenal..., ya,aku kenal sangat orang tu.

Ya...dia yang berhoodie itu.

Crystal?!!








Yeah..siap. Jap ii,tadi crystal pukul crystal ke? Eh tak adalah...kalau nak tau kenalah tunggu chap seterusnya...huhu

Prince Mask (edit)Where stories live. Discover now