PM28

3K 190 21
                                    

QueenGirl TEAM

Maya:
Gais... My mom invite korang datang rumah aku... Again... esok waktu tengah hari. Ibu aku buat makan makan sikit. Jangan lupa invite team basketball sekali ok?

Butang send aku tekan lalu aku terus menuju  ke arah bilik yang diduduki oleh ibu di sini. Tak lupa juga, aku turut mengheret Teddy bear kesayangan aku bersama sama. Teddy ni dapat masa aku menang pertandingan cheerleaders kemarin.

Tok Tok Tok

Aku ketuk pintu bilik ibu kuat. Jam di dinding aku pandang. Dah pukul sepuluh lebih... Harap harap ibu tak tidur lagilah. Nak bermanja ni, hihi.

" Ya, kenapa Maya? " Soal ibu yang masih lengkap dengan telekung di tubuh. Mungkin ibu baru sahaja selesai menunaikan solat fardhu Isyak . Aku tayang sengih comel pada ibu.

" Ibu.........." Panggil aku manja.

" Amboi... Lain macam panjangnya tu panggil ibu. Ni mesti ada apa apa ni kan? " Tebak ibu dengan senyuman lebar.

"Hehe, ibu... Maya nak tidur dengan ibu boleh? Bolehlah ibu bolehlah Maya nak tidur dengan ibu.. " Rayu aku dengan mata yang sengaja di kelip kelipkan. Nak tunjuk extra cute tu.

"Hmmm... Nak tidur dengan ibu ya?? " Kelihatan ibu sedang berfikir sama ada ingin memberi aku tidur dengannya ataupun tidak. Mulalah tu nak main tarik tali dengan aku.

"Alah ibu... Please ibu Please.... Bolehlah ibu bolehlah.... " Pujuk aku lagi.

Ibu ketawa perlahan sambil mengelengkan kepalanya melihat karenah manja aku.

" Ya... Boleh sayang. .. Tak akanlah ibu tak bagi anak ibu yang cantik lagi comel ni tidur dengan ibu? Come" Ajak ibu seraya meluaskan pintu biliknya, memberi ruang untuk aku masuk ke dalam biliknya.

Aku bersorak happy. Pantas aku memasuki bilik ibu sebelum baring di atas katil. Ibu pula menutup pintu dan lantas membuka telekung di tubuhnya lalu telekung itu dilipat kemas dan cantik.

" Ibu... Bacakan selawat untuk kakak tidur boleh? " Pinta aku manja dan penuh keanak anakkan.

Ibu hanya mengangguk sambil tersenyum mendengar permintaan aku. Hehe, mesti ibu fikir yang aku ni manja plus mengada- gada kan?

Aku mula menutup mata sebaik sahaja ibu berselawat penuh kelembutan di telinga aku. Perlahan lahan aku mula terlena.

Good Night ibu!









-SKIP-








Aku memakai baju yang diberi oleh ibu kelmarin sebelum aku memerhatikan tubuhku di hadapan cermin panjang yang terdapat di bilikku.

Jam aku pandang sekilas. Sudah hampir jam 12 tengah hari.

Sebentar lagi mesti kawan-kawan aku sampai.Hmmm aku terkilan sebenarnya sebab sekali lagi Crystal tak dapat join parti aku ni.

Tapi aku cuba positifkan diri aku yang Crystal memang ada urusan yang harus dia lakukan. Tak apalah, asalkan semalam aku dah borak panjang dengan dia, itu pun dah kira cukuplah tu bagi aku.

Macam mana pun dia tetap kawan baik aku.

Aku memerhatikan kembali penampilan aku sebelum mula turun melangkah ke bawah.  Dari anak tangga paling atas lagi, aku dah boleh nampak ibu sedang sibuk menghidangkan makanan di atas meja.

Prince Mask (edit)Where stories live. Discover now