PM57

2.8K 149 25
                                    

Aku tersenyum memandang si dia. Ya...siapa lagi kalau bukan suami tercinta aku tu.

Setiap langkahnya aku pandang dengan penuh minat. Gayanya pula,haih cukup buat aku jatuh cinta berkali Kali kepadanya.

"Hoi bukan main nak tembus kau pandang Rafiqi ya?" Soal Sofea yang berada di sebelah kiriku.

"Biarlah,husband aku. Kan ibu?"lengan ibu  aku peluk kejap sebelum kepala aku dilentokkan ke bahu ibu.

Mesti korang tertanya tanya apa Yang jadi sekarang ni kan? Tertiba saja ibu ada dekat kolej aku ni?

Sebenarnya hari ini  merupakan hari granduasi Rafiqi. Makanya,semua ahli keluarga aku dan Rafiqi hadir untuk menyaksikan majlis yang bersejarah kepada Rafiqi ini. Hanya Kak ngah dan adik sahaja yang tidak dapat hadir kerana urusan kerja dan bersekolah.

Tetapi Rafiqi dan aku memahaminya. Haha,lagipun Rafiqi tak kisah siapa pun yang datang kecuali aku...

Katanya...

"Abang tak kisah kalau ada yang tak dapat datang,yalah busy kan?  just abang  nak sayang ada dekat majlis tu saja,sayang wajib ada sebab bila sayang ada,semuanya Ok buat abang and dah buat abang cukup bahagia" ujar Rafiqi kelmarin hari.

Bahagia rasanya!

Malahan pula,kawan kawan aku yang lain turut berada di sini,bersama sama menyaksikan majlis yang penuh gemilang bagi Rafiqi,Haikal,Mikael,Sharif dan juga Hafiz.

Terfikir pula aku, bagaimana dengan Hairil? Patutnya dia pun sama sama konvo hari ni.

"Wei wei,nama Rafiqi dah dipanggil" beritahu Sofea bernada  excited. Mata aku terus difokuskan ke arah pentas.

Kelihatan Rafiqi bangun   berdiri daripada  tempat terletaknya kerusi  bagi para  pelajar yang konvo pada hari ini.

Aku perhatikan setiap langkahnya, tak berkelip langsung aku! Hanya fokus pada si dia sahaja.

Dengan bangganya Rafiqi menaiki pentas lalu berjabat tangan dengan ketua kolej kami. Senyuman Manis sentiasa menghiasi bibirnya.

Ketua kolej kami menyerahkan skroll ijazah itu kepada Rafiqi,lalu dengan cermat Rafiqi menerimanya.

Tetamu hadirin menepuk tangan begitu juga aku. Bangga terhadap suami sendiri.

Haha

Selesai sahaja majlis tadi,kami sekeluarga terus berkumpul menyambut kejayaan Rafiqi.

Tapi aku tidak terlalu menunjuk yang aku bangga terhadapnya. Tak apalah,biarlah Kali ni Daddy dan Mummy yang meraihkan Rafiqi terlebih dahulu,sebab aku yakin,berbanding aku,mummy dan daddy lebih menaruh harapan yang besar kepada  Rafiqi. Nama pun anak kan?

Buat apa nak rain cepat cepat kalau aku dah sediakan hadiah yang lagi lumayan untuk Rafiqi? Hehe,malam karang aku bagi dia hadiah tu.

-SKIP-

Bagi meraihkan lagi kerjayaan Rafiqi,aku ,ibu,Kak long dan juga Mummy bersama sama menyediakan hidangan makan malam yang cukup istimewa untuknya.

Bahan bahan masakan pula ibu dan mummy telah bawa khas daripada Malaysia. Kami bercadang untuk masak masakan kampung.

Aip, siapa kata masakan kampung tak sedap? Malahan masakan kampung yang paling sedap bagi aku dan paling lazat! Awesome gitu~~

Kami bercadang untuk memasak ikan patin  masak tempoyak,ketam gulai kari ,udang goreng tepung dan ikan siakap stim. Manakala aku pula menyediakan pelbagai jenis  ulam dan juga sambal.

"Maya tolong ambik kan ais" pinta Kak long. Aku akur lalu menuju ke arah peti ais. Ais dikeluarkan.

"Nah. Kak long nak buat apa?" Soal aku memandang tangannya yang lincah menyediakan bahan.

Prince Mask (edit)Where stories live. Discover now