PM52

3K 171 19
                                    

Aku hanya mampu memandang tangan aku yang sedang dihias indah dengan corak inai oleh siapa lagi kalau tak bukan Sofiya, sepupu kesayangan aku.

" Tak payah tunjuk muka sedih, tak ada maknanya aku nak kesian. Ni... Ibu kau yang suruh aku pakaikan kau inai ni, tu pasal aku pakaikan" Bebel Sofiya.

" Yalah yalah, tapi kan Sofi... Aku dah mengantuk ni... Nak tidur... Bilanya aku nak tidur kalau dah pakai inai ni? Malas tau nak tunggu dia kering " Aku tayang muka mengantuk kepada Sofiya.

Sofiya mengeluh. Aku dah tersengih. Haha, mesti dia dah masuk jerat tu... Dah mula kesian kan aku... Haha, bagus ni bagus.

" Jap eh? Rayyan! Oh.... Rayyan
.. " Jerit Sofiya tiba tiba. Aku terdiam. Dah kenapa kena panggil budak tak matang tu?

" Apanya? " Soal Rayyan yang santai berseluar trek dan berbaju t-shirt di muka pintu.

" Hehe kau baik kan? " Puji Sofiya. Aku kerut kening, Rayyan dah pandang Sofiya semacam. Aik? Tetiba ajer dia ni puji Rayyan.

" Kalau ya pun kenapa? Alah... Cakap ajer lah kau nak minta tolong apa, tak payah duk puji puji aku sangat" Suruh Rayyan malas malas.

" Eh, taulah kau! Dah alang alang kau cakap macam tu... Kau pergi bilik Kak Amira, ambil kipas meja dia sat, aku nak kering kan cepat inai ni" Suruh Sofiya pantas.

" Tak payah lah, tunggu ajer lah inai tu nanti kering juga" Senang jawapan Rayyan.

" Alah Rayyan... Kau tak kesian kan aku ke? Aku dah mengantuk ni... Nak tunggu inai ni kering lama... Tolonglah.. Tak akanlah kau nak tengok sepupu kau ni terlelap masa akad nikah esok? Bolehlah... " Kalau tadi Sofiya memuji muji si Rayyan ni, aku pula sedang merayu mahukan kipas. Haha, macam budak budak pula aku rasa.

" Haih.. Yalah yalah. Macam macam lah korang ni" Rayyan akhirnya mengalah. Terus aku dah Sofiya bersorak happy.

" Dah? Ok sekarang ni aku nak sambung hias, kau... Jangan nak banyak bunyi" Ugut Sofiya sebelum mula fokus terhadap kerjanya.

Aku hanya mencebik mendengar ugutannya itu. Ingat aku takut ke? Tak heran....

- SKIP-
Aku dah terkebil kebil. Tak agak agak ah, nak gelak pun ada nak nangis pun ada.

" Mandi bunga? Apa ni Kak Amira? " Rungut aku sambil memandang bath tab yang sudah penuh dengan pelbagai jenis kelopak bunga itu.

" Ishh budak ni, ikut ajer lah. Tak apalah, mandi bunga ni.. Biar naik sikit seri pengantin tu sekali gus bagi Rafiqi tergoda sikit bila nampak Maya" Terang Kak Amira sambil tersengih.

Apakah? Buat Rafiqi tergoda? Semata mata untuk itu dia sanggup kejut aku jam 5 pagi ni? Hmm, Kak Amira.. Kak Amira...

" Selain itu, Maya bolehlah relaks kan badan tu sikit. Akak ada letak sikit perapi dalam ni, perapi macam nak bagi hilangkan penat badanlah. Tak apa, Maya anggap ajer Maya ada dekat Spa ajer sekarang ni, manja manjakan sikit badan Maya yang dah letih tu eh? " Terang Kak Amira lagi sambil menolak nolak tubuhku untuk masuk ke dalam bath tub.

" Hmm, oklah. Lagipun badan Maya memang letih sikit sejak kelmarin " Akhirnya aku bersetuju, tu pun lepas Kak Amira kata boleh relaks kan badan aku yang letih ni.

" Hah.. Bagus bagus. Ok, sekarang ni Maya mandi dulu, akak keluar sat eh, nak buat sarapan untuk pengantin baru ni. Hehe. " Usik Kak Amira seraya berlalu keluar daripada sini.

Aku memandang lama air di dalam bath tab tersebut. Tangan mula mencelup sedikit air di dalamnya. Suam suam panas! Sukalah!

Perlahan lahan aku mula memasuki ke dalam bath tab itu sebelum mula bersandar enak di dalamnya. Wah... Betul lah kata Kak Amira! Terus aku rasa letih dekat badan aku ni hilang. Hmm, nyaman ajer aku rasa.

Prince Mask (edit)Where stories live. Discover now