Aku melambai ke arah ahli cheer dan basketball semasa mereka sedang bergerak ingin pulang ke rumah. Kehadiran diaorang ke majlis pernikahan aku tadi amat aku hargai! Penat juga rupanya jadi pengantin ni! Masing masing nak bergambar dengan aku dan Rafiqi termasuklah Leane dan suaminya, Justin. Padahal aku rasa mereka berdua pun merupakan pasangan pengantin baru.
Macam macam tips yang Leane beri kepada aku sebentar tadi, termasuklah... Err, hal malam pertama?
Haha
Jujur, aku malu juga bila Leane nasihatkan aku agar memakai pakaian yang agak.... Seksi? Aduhai! Macam mana aku nak buat tu???
" Sayang? " Tegur Rafiqi di sebelah aku.
" Hah? Erk, ya abang? Kenapa? Abang cari saya ke? " Soal aku lembut. Tu salah satu tips Leane tadi, sentiasa lembut semasa bercakap dengan suami.
Tapi tertanya juga aku, Leane baru beberapa bulan kahwin, tapi... Dah banyak ilmu yang dia dapat. Atau... Ada seseorang yang berkongsi dengan dia? Hmmm
" Tak ada apa, abang cuma tengok sayang senyap ajer... Ada apa apa ke? Kalau nak share dengan abang, abang ok ajer" Soal Rafiqi lembut serta prihatin.
" Tak ada apalah abang, Maybe Maya letih sangat kut sebab layan tetamu kan? " Balas aku lembut.
" Kalau macam tu, sayang naiklah dulu, mandi apa semua. Tak apa, nanti abang menyusul ya? " Arah Rafiqi lagi. Tangannya naik mengusap lembut ubun ubunku.
Aku mengangguk faham. Segera aku berjalan menaiki bilik ku yang berada di tingkat atas.
"Pergi mana?" Soal kak ngah sewaktu aku terserempak dengannya di tangga.
"Mandi... Panaslah Kak ngah,rimas pakai baju ni dari tadi" rungut aku sambil menayang wajah letih.
"Aik? Belum malam dah letih? Bahaya ni... Bagi bagi lah badan tu tenaga ya? Kesian Rafiqi malam ni" sampuk satu suara di belakang aku.
Tak payah toleh aku dah tahu. Kepala otak Rayyan ni kan? Kuning ajerlah kerja dia!!
" Diam ah kau Rayyan! Malas nak layan." Cepat cepat aku berjalan naik ke bilik. Pintu bilik aku kunci ,bukan apa langkah berjaga jaga,haha ,tak tau dari siapa aku nak berjaga jaga. Lagipun,aku yakin Rafiqi mesti boleh masuk punya.Macam aku tak nampak yang Kak long bagi kunci pendua bilik aku ni kat Rafiqi. Haih..belum apa apa,Rafiqi dah geng dengan Kak long. Matilah aku macam ni. Hmmm...
Aku memasuki wardrobe,pilih baju yang sesuai then aku masuk ke dalam toilet. Mandi !!
Tok tok tok
Aku menoleh memandang pintu toilet. Eh? Rafiqi ke?
"Ya?!" Jerit aku kuat takut Rafiqi tak dengar.
"Sayang,lekas mandi ya? Kita solat maghrib berjemaah dengan ibu semua ya nanti?" Arah Rafiqi.
"Oh okay!"
Selesai mandi aku berlalu keluar daripada toilet. Rambut aku lap perlahan dengan tuala.
" Abang?" Panggil aku .
"Ya?" Rafiqi menyahut sambil memeluk badanku daripada belakang.
Aku tersengih suka,rasa tak percaya aku dalam pelukan crush yang aku minat daripada kecil!
"Abang mandi eh? Ada setengah jam sebelum maghrib nanti. Tuala dah ada dalam toilet,baju Abang nanti Maya sediakan eh?" Pinta aku.
" Hmm,sayang sediakan baju melayu dengan kain pelikat ajer eh? " arah Rafiqi lembut.
"Ok Abang! "
Rafiqi gelak perlahan,pelukan dilonggarkan sebelum dia memegang bahuku dan membawa tubuh aku menghadapnya.
YOU ARE READING
Prince Mask (edit)
Romance(COMPLETE) (one side POV) *proses pengeditan sedang dijalankan bagi memastikan tiada sebarang kesalahan ejaan di dalam cerita ini. Diingatkan juga, akan terdapat sedikit perubahan dalam cerita ini semasa proses pengeditan dijalankan. Amisha Sumayya...