Aku melangkah ke arah kantin seorang diri.Mana Crystal? Huh... Dia ke toilet sekejap,dan tak ada masa aku nak teman dia ke toilet tu.Adalah lebih baik lagi kalau ke kantin bagi mengisi perut aku yang sedang kelaparan ni.
Sedang aku berjalan, tiba tiba tangan aku kena tarik ke satu lorong. Bagai nak tercabut jantung Aku dibuatnya, Terkejut!... Siapa lah yang main tarik tarik ni? Tak tau ke aku tengah lapar?
" Hmmm pelajar baru ke? " soal salah seorang lelaki disitu . Aku berpeluk tubuh dan menjulingkan mata ke atas. Baru sekolah rendah kau dah tunjuk perangai kasanova kau tu ya?
"Apa masalahnya kalau aku murid baru sekalipon.... Kenapa? Kalau Ada murid baru dekat ni nanti ada emas jatuh dari langit eh? " soal aku malas malas bercampur sinis.
Budak lelaki tadi tersentak mendengar kata kata ku sebentar tadi. Kedua dua kawannya turut terkejut mendengar apa yang aku katakan.
"Wahhh ... Berani eh kau? Kau tau tak aku siapa? Budak kecil macam kau ni sekali petik jari ajerlah aku boleh kerjakan" balas lelaki itu bengang . Aku hanya tayang muka ' ada pula aku kisah'. Sah sahlah ini adalah keturunan pelajar lelaki yang bergelar playboy.
" Kau tau tak macam mana aku nak kerjakan kau?" soal lelaki tu dengan senyuman miang. Aku jongketkan kening. Tak faham.
" Maksud kau? " soal aku berani
Serentak itu , ketiga tiga lelaki gila itu ketawa macam orang sakit mental. Senang kata menggilai. Hmmm kalau aku tengok diaorang ni macam senior. Apa nak jadi kat dunia ni.. Masih adakah senior yang membuli junior?
" Macam ni maksud aku sayang...." ujarnya dengan gatal sebelum bahu aku dicengkam kuat olehnya. Perlahan lahan dia mendekatkan mukanya kepada aku
Aku smirk. Ni ke?. Aku dah kata, diaorang ni sejenis kaum lelaki yang menjahanamkan gadis nantinya.
Aku hanya membiarkan apa yang ingin dilakukan olehnya. Lelaki tadi aku lihat turut teruja apabila aku tidak menolak malahan tersenyum kepadanya. Tak apa...kita play jugalah ya permainan dia ni.
Kawan kawannya di belakang sudah bersorak dengan penuh padu. Dasar para lelaki tak guna.
Bila bibirya hampir mengena ke bibir aku, spontan aku menaikan lutut aku ke celah kangkangnya dengan sepenuh tenaga aku. Serentak itu, dia menjauh dari aku sambil memegang tempat yang ditendang oleh aku dengan wajah penuh kesakitan .
" Fiq!!!!" jerit salah seorang kawannya lalu menerpa ke arah lelaki itu.
" Kurang ajar kau perempuan! " jerit salah seorang lagi kawannya sambil mengayun tumbukan ke arah aku. Aku pantas mengelak dan tumbukan itu mengena ke dinding
" Arrggghhhh ..... bodoh.... ! " jeritnya
Aku tidak mendiamkan diri. Belakang tengkuknya aku pegang lalu aku hentukkan kepalanya ke dinding dengan kuat sehingga aku boleh mendengar bunyi seakan akan batu pecah. Apabila aku toleh ke belakang , kawannya yang lagi seorang datang ke arahku dengan wajah bengis.
Aku menjuihkan bibir. Aku tak takutlah dengan muka kau tu. Kawannya aku masih aku pegang tengkuknya aku campak ke arah lelaki bermuka bengis tadi. Dan dengan semudah ABC, lelaki itu jatuh dihempap kawannya.
Aku tayang muka sinis . Baru macam tu dah KO? Ceh, lemah. Ada hati nak buat hal dengan anak dara orang. Ni baru sekolah rendah, belum sekolah menengah lagi. Huh.
" Dah semput ke kawan ? Lembiklah korang ni. Balik rumah tukar baju perempuanlah. Dasar cakap tak serupa bikin . Lain kali tu kalau tak kuat jangan pura pura macam korang ni sado sangat. Dahlah, bazir masa rehat aku ajer korang ni . Cau"
Dengan wajah seperti tiada apa apa yang berlaku , aku melangkah keluar dari lorong itu ke kantin.
Sampai sahaja di kantin , Crystal memanggil aku lalu aku duduk di sebelah. Dia menghulurkan pinggan berisi nasi ayam ke arah ku.
" Kau ke mana?" soal Crystal .
" Belasah orang?" jawap aku.
" Really? Asal kau tak ajak aku" Crytal tayang muka tidak puas hati. Aku gelak kecil
" Relaksss lain kali aku bawa kau sekali ok?" pujuk aku
Crystal tersenyum puas mendengar kata kata aku.
"Cun......"
Gangster gak eh Maya gan Crystal ni eh?
YOU ARE READING
Prince Mask (edit)
Romance(COMPLETE) (one side POV) *proses pengeditan sedang dijalankan bagi memastikan tiada sebarang kesalahan ejaan di dalam cerita ini. Diingatkan juga, akan terdapat sedikit perubahan dalam cerita ini semasa proses pengeditan dijalankan. Amisha Sumayya...