PM19

3.4K 204 14
                                    

Aku memandang pantulan diri aku di dalam cermin sambil memeriksa lagi pakaian yang aku pilih untuk malam ini.

Aku tidak tahu mana Rafiqi nak bawa aku tapi... Aku percaya yang dia akan jaga aku dengan baik.

Aku melangkah ke bawah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku melangkah ke bawah. Kedaaan sangatlah sunyi. Pasti Crystal terus masuk ke dalam biliknya setelah seharian penat mengerah otak di kolej.

Ding Dong

Aku memalingkan badan ke arah pintu lalu tersenyum bahagia.

Itu pasti Rafiqi.

Aku segera berjalan menuruni tangga dan berlalu ke arah pintu. Pintu dikuak lebar untuk menyambut kedatangan Rafiqi.

" Hai, Fiqi..... eh? Kau Hairil?" soal aku aneh.

Aku ni nak keluar dengan Rafiqi ke atau dengan si Hairil Yang sentiasa memasang muka ketat 24 jam ni?

Hairil memandang aku dengan muka tiada perasaan. Emotionless. Senang kata .. Kereklah.

" Jom ikut aku?" arah Hairil,tanpa menjelaskan apa apa kepadaku ya g jelas jelas tercengang. Tanpa mempedulikan aku, dia terus sahaja berlalu ke arah kereta audinya.

" Eh, tapi kenapa pula? Aku dah janji nak keluar dengan Rafiqi "aku pantas menyarung kasut di kaki lalu berlari anak untuk menyaingi langkah Hairil Yang sudah melaju dia hadapan.

" Kau diamlah. Hari ini, secara tidak rasminya, akulah driver tidak bergaji kau hari ni,dan ini semua atas arahan Rafiqi. Eh, kau tahu? Bila aku fikirkan balik,Rafiqi tu beruntung sebab si Fiqi tu kawan aku kalau tak.... Maunya aku campak dia ke lautan hindi sana. Sesuka hati dia ajer lantik aku jadi driver tak bergaji kau hari ni? " bebel Hairil dengan muka bengang.

Ohhhhh...begitu kisahnya. Aku tertawa kecil. Patutlah muka si Hairil ni tegang semacam ajer. Kena paksa dengan Rafiqi rupanya!

Aku masuk ke dalam kereta Hairil, lalu memandang wajah Hairil yang sedia untuk memulakan pemanduan.

Tak tahu, sama ada aku Yang terlebih fikir, tapi...muka Hairil kelihatan seolah olah sedang berfikir sesuatu. Tapi kalau aku pandang balik wajahnya, macam seseorang yang tidak memiliki masalah.

" Wei Hairil, kau ok?" soal aku prihatin. Hairil memandang aku sekilas sebelum dia mengeleng dengan mata yang begitu fokus terhadap pemanduannya.

" Ok ajer." balas Hairil dengan muka tiada perasaan. Aku senyum sumbing lalu aku memandang ke arah luar kereta oleh kerana aku langsung tiada idea untuk nak berbicara apa dengannya.

Setelah hampir setengah jam perjalananyang hampir hampir sahaja membuatkan aku terlelap, Hairil akhirnya memberhentikan keretanya di hadapan sebuah taman.

Aku automatik jadi segar, langsung hilang rasa kantuk yang menjengah sebentar tadi.

" Taman?" soal aku aneh apabila melihat destinasi kami ketika ini.

Prince Mask (edit)Where stories live. Discover now