Terima kasih kepada Qxyrose sebab dah tolong buatkan cover ygang sangat cantik ni untuk saya. 😍😍😍😍😍😍😍😍
Serius saya suka sangat! Saya baru request semalam dan saya memang tak jangka yang saya akan dapat cover tu secepat ini.
Btw, kalau korang nak korang bolehlah request di Q'cover workshop by Qxyrose.
-------------------------------------------------------------
Kotak baldu berwarna biru di tangan aku tenung lama. Sejenak kemudian satu keluhan kasar terluah dari mulut aku.Tangan naik meraup wajah sendiri.Rambut aku usai cakap lagi,memang dari tadi tangan aku ni dok sibuk menghuru harakan rambut sendiri.
Apa yang aku nak buat? Terima atau tolak ajer lamaran Rafiqi ni? sungguh aku dalam keadaan yang buntu sekarang ni.Aku perlukan nasihat seseorang untuk aku buat keputusan!
Kepada ibu,serta adik beradik aku yang lain juga sudah aku maklumkan dengan hal ni,tetapi mereka masing masing sepakat tidak ingin mencampuri urusan yang melibatkan hati dan perasaan aku.
Bak kata ibu,biarlah aku sendiri yang menentukan segalanya kerana aku lebih kenal Rafiq.Dan apa yang lebih penting lagi kata ibu,hanya aku sahaja yang tau apa yang terbaik dan apa yang dimahuki oleh hati aku.
Aku mengaku yang aku sangat sukakan dia semenjak aku masih di sekolah rendah lagi. Malahan, aku tetap setia menyukai Rafiqi ketika aku sudah memasuki sekolah menengah, walaupun pada masa itu Rafiqi bersekolah di asrama penuh.
Kemudian, setelah beberapa tahun, aku ditemukan kembali dengan Rafiqi, dan kami berdua juga menyambung pengajian di tempat sama!
Aku tak tahu sama ada ini jodoh ataupun kebetulan. Tapi yang pasti hati aku mula berbelah bagi. Semuanya gara gara, sedikit sebanyak hati aku mula tertarik kepada seseorang, iaitu...
Prince Mask.
Aduhai... Serius aku dalam dilema sekarang ni. Tangan bertaut antara satu sama lain. Kening berkerut tanda aku betul betul kusut. Apa aku nak buat ni?
Rafiqi. Dia seorang yang baik, murah dengan senyuman dan berjaya menarik perhatian mahasiswi perempuan di kolej kami. Selain ketampanan Rafiqi, dia juga mempunyai daya tarikannya yang tersendiri, dan aku mengaku semua yang ada pada dirinya itulah yang telah menarik hati aku untuk jatuh suka padanya.Tingkah laku dan gayanya sahaja sudah mampu membuatkan aku hampir gila bayang dengan dia dulu.
Manakala Prince Mask pula..., meskipun dia mempunyai perwatakan yang beku dan dingin, aku dapat rasakan jauh di sudut hatinya, dia mempunyai sebuah hati yang sangat nurani dan baik. Apatah lagi, setiap kali aku bersamanya, aku akan sentiasa berasa tenang. Prince Mask... dia mempunyai daya tarikan yang sangat sempurna di mata aku sehingga hati aku yang sebelum ini penuh dengan nama Rafiqi, sedikit sebanyak mula terpaut kepadanya.
Bulan purnama di langit aku tenung lama. Ya, aku berada di luar sekarang ini, atau lebih tepat aku berada di taman yang selalu kunjungi bersama Prince mask.
Aku meraup muka dengan keluhan panjang, Ya Allah, apa yang harus aku buat sekarang ni? Kan bagus kalau Prince Mask ada dekat sini, sekurang kurangnya boleh aku share masalah aku ni dengan dia.
Huwah... Aku betul betul perlukan kawan untuk kurangkan beban di hati aku sekarang ni!
" Hei, kenapa ni? " Soal satu suara. Terus aku alih tangan aku dari muka dan memandang gerangan yang menegur aku sebentar tadi.
" Prince Mask " Soal aku tidak percaya. Doa aku dimakbulkan apa?
" Ya... Ni aku. Kau kenapa ni? Macam ada masalah ajer aku tengok" Soal Prince Mask perlahan, dengan matanya turut memandang bulan di langit.
YOU ARE READING
Prince Mask (edit)
Romance(COMPLETE) (one side POV) *proses pengeditan sedang dijalankan bagi memastikan tiada sebarang kesalahan ejaan di dalam cerita ini. Diingatkan juga, akan terdapat sedikit perubahan dalam cerita ini semasa proses pengeditan dijalankan. Amisha Sumayya...