PM32

2.8K 196 12
                                    

Latihan kami terhenti apabila melihat team basketball memasuki kawasan gelanggang ini.Aku memberi tanda kepada team cheer aku untuk berehat seketika.

"Hai girl! " Sapa Fatih ceria.

" Hai! " Sapa kami kemudian.

"Korang nak guna gelanggang ke? " Soal aku kepada Sharif. Botol air dicapai seraya air diteguk perlahan.

"Entah. Aku pun tak tahulah ada latihan basketball ke tak" Jawap Sharif sambil tersengih.

"Aii? " Aneh pula aku dengan jawapan si Sharif ni.

"Mana Fiqi, Hairil dengan Mikail? " Soal aku apabila hanya Hafiz, Fatih, Haikal dan Sharif sahaja yang berada di sini.

"Mana aku tahu mana tiga malaun tu pergi... Aku bukan babysiter diaorang pun" Jawap Sharif dengan mudah.

Aku sudah memberi jelingan maut kepada mamat yang seorang ini. Aku tanya elok elok dia jawab main main pula. Dah kenapa?

" Korang tak join main ke? " Soal Haikal yang sedang memegang bola keranjang ditangan.

" Nak!" Sahut ahli cheer yang lain dengan teruja. Oh ya, kecuali aku. Aku nak main? Kirim salam banyak banyak, aku tak yakin nak main dengan diaorang ni.

" Jom! Kita lawan. Eh Maya, tak nak join ke? " Soal Hafiz.

Aku pantas mengeleng perlahan. Malas aku nak main. Ada baiknya aku duduk tengok orang main lagi bagus.

Pasukan Hafiz vs pasukan Sharif.

Pasukan Hafiz terdiri daripada Haikal, Tyka, Sofea dan Leane manakala pasukan Sharif terdiri daripada Fatih, Zahra, Amanda dan Fiona.

Perlawanan dimulakan dengan serius pada mulanya sebelum pelawanan antara dua pasukan ini mula menjadi perlawanan basketball yang tiada peraturan.

Main belasah ajer diaorang main,tak ikut peraturan langsung. Paling tak boleh nak skip, siap bergurau senda lagi tu.

Itu sebab aku malas nak join, sebab aku tahu perkara seperti ini akan berlalu. Huru-hara sudah gelanggang ni dengan suara diaorang. Aku geleng kepala perlahan. Macam budak budak sudah mainnya.

Aku akhirnya mengambil keputusan untuk pergi ke kafe kolej. Daripada aku melayan perlawanan basketball yang tak bertauliah ni, ada baiknya aku pergi mengisi perut aku yang sudah berbunyi kelaparan ni.

"Korang! Aku pergi kafe sekejap tau! " beritahu aku dengan nada separa menjerit.

"Ok Maya" balas Fiona yang kebetulan sangat hampir dengan aku.

Yang lain dah hanyut dah dalam perlawan basketball  tidak bertauliah mereka.

Mendengarkan balasan Fiona, aku terus menglangkah keluar daripada kawasan gelanggang menuju ke kafe.

Sampai sahaja di kafe kolej, aku terus menuju ke kaunter dan membeli roti berserta air mineral. Selesai membuat bayaran,aku mencari meja kosong di sekitar kawasan kafe.

"Maya!" Jerit seseorang. Aku terus mencari empunya milik suara. Dari jauh aku dapat melihat Mikail sedang melambai ke arah aku. Terdapat juga Rafiqi dan Hairil di situ.

Ohhh... Padanlah aku tak nampak diaorang dengan team basketball yang lain tadi. Tengah isi perut rupanya.

Perlahan lahan aku melangkah ke arah mereka sambil tersenyum kecil.

Nampak gayanya akan ada yang meneman aku makan hari ni. Tak adalah aku keseorangan.

Rafiqi dan Hairil sedang enak menyuap makanan. Hmmm,aku rasa diaorang berdua ni tak perasaan agaknya si Mikail ni panggil aku.

Prince Mask (edit)Where stories live. Discover now