PM2

9.3K 475 21
                                    

Sekolah Kebangsaan Peserai.
Itulah nama sekolah aku yang baru. Ibu di sebelah membetulkan tudungnya sebelum memandang wajahku dengan senyuman.

Kadang kala nak juga aku senyum sentiasa seperti  ibu, tapi aku adalah jenis yang susah untuk tersenyum. Takut dilabel gila karang

" Maya, jom" ajak ibu happy.

" Jom" sahut aku.

Pintu kereta dibuka . Aku membetul betulkan beg yang digalas seraya meliarkan pandangan ke arah sekolah aku yang baru.

"Shall we my princess Maya?" soal ibu sambil mencuit hidung aku yang tak berapa nak mancung ni.

Aku hanya mengangguk. Pindah sekolah sahaja ... Normal lah tukan?. Nak kata orang, setiap pertemuan, mestilah adanya perpisahan. Makanya di sini, aku tak berapa nak sedih bila ibu mengatakan yang aku harus berpindah sekolah.Apa yang jadi keutamaan aku sekarang ini hanyalah ibu dan juga keluarga aku.

Aku dan ibu berjalan menuju ke pejabat sekolah.Sempat jugalah aku tengok murid murid dekat sini.

Hmmmm...  Sama saja macam kat sekolah lama aku. Asal dalam drama kalau ada yang kena pindah diaorang sedih? Pelik pula aku.

" Assalamualaikum" ibu menguak pintu pejabat sambil memberi salam .Salah seorang guru di situ menyambut kedatangan ibu dan aku.

" waalaikummussalam .Ya puan, ada apa apa yang boleh saya bantu? " ramah guru wanita itu menyoal ibu.

Dan bermulalah sesi perbualan  antara ibu dan guru tersebut.seketika kemudian , seorang guru lelaki masuk ke dalam ruangan perjabat ini.

" Assalamualaikum"

" waalaikummussalam. Hah...panjang umur cikgu, inilah cikgu Nabil, guru kelas 4 Bijak,atau lebih tepat guru kelas Maya" beritahu cikgu Aminah mesra, yang juga merupakan guru kanan hal ehwal murid di sekolah ini.

" Assalamualaikum cikgu." aku menyapa cikgu Nabil. Cikgu Nabil hanya menjawab salam tersebut sambil tersenyum .

Sesudah menyelesaian  perkara yang diperlukan , cikgu Nabil membawa aku ke kelas 4 Bijak.Dari jauh lagi aku sudah dapat mendengar bunyi riuh rendah yang terhasil dari kelas itu.

" Haih. ..... Alamak Maya, saya dah lewat 10 minit masuk kelas ni ... Mesti semua kawan sekelas awak ni tengah berparti sakan" ujar cikgu Nabil seraya melajukan lagi langkahnya. Melihatkan itu, aku turut melajukan langkah aku.

Masuk ajer ke dalam kelas , kesemua murid berlari ke tempat duduk masing masing. Aku mengikut langkah cikgu Nabil dan berhenti di hadapan kelas. Kesemua pelajar memandang tepat ke wajah aku.

" Amboi..... Bukan main ya awak semua berparti sakan? Saya rasa saya lewat 10 minit ajer bukan 10 hari" perli cikgu Nabil sambil meletakkan bukunya di atas meja.

" Hah.... Ni mesti semua dah siap tugasan yang saya bagi semalam kan? Uwais? Awak dh selesaikan apa yang Cikgu  suruh semalam?" soal cikgu Nabil garang

Aku mengeluh dalam diam,haih ini yang aku malas ni. Korang yang bising apahal aku pun kena dengar cikgu ni bebel ni? Bosan tau tak dengar orang membebel?

" Oh ya.... Hari ni awak semua akan dapat kawan baru ya kelas. Maya , kenalkan diri awak pada kelas"

" Hai, assalamualaikum. Nama aku Amisha Sumayyah. Korang boleh panggil aku Maya  . Aku berasal dari Kuala Lumpur dan pindah ke sini sebab ayah aku dah meninggal and ni kawasan kampung aku so kitaorang decide untuk tinggal sini. Itu sajalah yang korang semua patut tahu tentang aku" ujar aku dengan muka tanpa riak.

Krik...Krik...Krik...

Kening aku terangkat sedikit apabila kesunyian melanda kelas ini. Tak Ada sesiapa ke yang nak soal aku apa apa? Ataupun...diaorang tidak mahu ambil kisah tentang pelajar baru.

" Hmmm Maya, awak boleh duduk sebelah crystal . Crystal angkat tangan awak" arah cikgu Nabil apabila dirasakan aku sudah selesai mengenalkan diri.

Mendengarkan itu, mata Aku meliar mencari 'Crystal' yang diberitahu cikgu Nabil. Aku memandang seorang gadis yang kelihatan comel di mata aku.

Aku melangkah ke arah gadis itu lalu duduk di sebelahnya. Gadis itu hanya diam dan memandang hadapan sahaja. Aku mengangkat kening, well nampaknya budak ni pun beku macam aku . Aku turut mengikut langkah budak itu. Buat tak tahu apa apa.

" Okey kelas .... Saya tahu ada yang tak siapkan lagi tugasan saya tu. Jadi Saya bagi awak semua peluang untuk siapkan tugasan saya itu.saya kena ke pejabat sekejap.Ingat , jangan bising tahu!" sempat lagi cikgu Nabil memberi amaran sebelum berlalu keluar.

" Woi, nama aku Adhwa Crystal Qaisara,Family aku panggil aku Crystal.So.... Selamat datang ke sekolah kebangsaan Peserai." ujar Crystal tiba tiba.

Laju Aku menoleh memandang Crystal. Hmmm boleh in budak ni dengan aku rasanya, berdasarkan characteristics dia yang tampaknya kena dengan aku.

" Aku rasa aku tak payah kenalkan nama aku sebab aku dah cakap dekat depan tadi dan aku rasa kau pun taklah pekak kan? So kau boleh panggil aku Maya."  Crystal di sebelah hanya mengangkat bahunya dengan muka selamba .

" Apa kerja yang cikgu bagi tu? " soal aku sambil membuka buku teks  matematik.

" Cikgu sotong tu? Ohhh latihan 8.2. Buatlah,lagipun latihan dia senang saja. Aku pun tak tahulah apa yang bengap sangat budak budak kelas aku ni sampai tak siap kerja mathematics yang cikgu bagi. Padahal senang, kacang ajer soalannya."

" Cikgu sotong?"soal aku balik apabila Crystal memanggil cikgu Nabil dengan gerangan tersebut.

" Haah . Alah.... Wei, Kau tergok saja yang cikgu Nabil tu nampak macam garang tapi tak pun sebenarnya...."

Aku hanya mengangguk

" Rehat dengan aku nanti" arah aku tanpa memandang wajah Crystal. Crystal pula hanya mengangguk dengan muka derk.





Maaf kalau ada nama yang sama. Saya sambar ajer semua nama kat atas ni.

Prince Mask (edit)Where stories live. Discover now