Aku tersenyum memandang gelagat Rafiqi yang sedang asyik menikmati biskut yang sempat aku buat kemarin malam. Sebenarnya aku pun tak rasa lagi biskut tu. Entah sedap entah tidak pun aku tak taulah.
" Hmmm.. Maya ... Sedapnya rasa biskut ni! Awak bagi saya semuanyalah ya?" ujar Rafiqi sambil memegang balang berisi biskut itu.
" Eh, kalau awak ambil semuanya, macam mana saya nak rasa biskut saya tu. Awak... Saya pun belum rasa tau biskut tu. Awak yang rasmikan dulu awak tahu..." beritahu aku .
" Eh , yeke? Baguslah kalau macam tu. Ni maknanya awak tak payah rasa pun dah tentu tentu biskut yang awak buat ni sedap" puji Rafiqi. Ni yang buat aku kembang semangkuk ni.
" Ishhh, awak ni Fiqi, tak payahlah puji puji saya nanti saya kembang kang susah pula" canda aku.
" Bukannya saya puji awak suka suka Maya , tapi apa yang saya cakap ni memang betul.Nanti kalau saya nak lagi, awak boleh tolong buatkan?" soal Rafiqi dengan wajah berharap.
Aku menyembunyikan senyuman aku . Dia minta aku buatkan untuk dia lagilah ni... Macam mana ni? Aku rasa nak terbang ajer ni.
Bawa bertenang Maya! Kawal sikit perangai, jangan sampai dia nampak yang kau sukakan dia.
" Hmmm kalau awak sudi nak makan lagi biskut saya yang tak berapa nak sedap ni... Boleh ajer saya buatkan lagi" balas aku malu malu.
" Kalau saya nak tolong awak buat biskut ni pula... Boleh tak?" soal Rafiqi lagi.
"Hah?" tercengang aku dengar soalan dia yang satu tu. Dia tanya boleh tak tolong aku buat biskut ?Eh, mestilah aku nak!
Tapikan... Malulah pula nanti buat kerja bila dengan dia. Karang tak siap apa apa pun kerjanya.
" Ya... Saya tanya boleh tak kalau saya nak tolong awak buat biskut ni" soal Rafiqi lagi.
" Eh, tak apalah Fiqi, saya tak biasalah buat kerja depan orang. Tak apa, awak cakap ajer kalau nak, nanti saya buatkanlah untuk awak"
" Betul ni?" tanya Rafiqi.
" Ya... Takkanlah saya nak tipu awak kut."
" Oklah kalau macam tu. Thanks honey" balas Rafiqi sambil memandang aku dengan pandangan yang cukup lembut.
Dia... Panggil aku apa tadi? Honey right? Dia panggil Aku honey bukan? Arghh!! Ni yang buat aku rasa nak melompat saja ni!
" Hah? Apa awak panggil saya apa tadi? Saya tak dengar sangatlah, " cover aku pura pura tak dengar padahal jelas kat telinga aku ni tadi dia panggil aku dengan panggilan ' honey'. Tapi tak akanlah nak tunjuk bukan? Jatuh saham aku nanti.
" Tak ada apalah Maya. Saya cakap saya suka biskut yang ada rasa honey." balas Rafiqi dengan senyuman kacak.
" Ohhhhh... Ok ok nanti saya buatkan ya?"
Ceh! Ingat Saya tak dengar apa yang awak cakap tadi Rafiqi! Saya dengarlah! Saja buat buat tak dengar.
" Again thanks Maya"
"Welcome"
" Apa ni Fiqi, aiskrim awak dah habis tu habislah.... Kenapa nak ambik saya punya aiskrim" marah aku dengan suara tertahan. Sedap dia ajer ambil aiskrim aku.
Rafiqi tergelak mendengar bebelan aku. Apa dan di mana yang kelakarnya pun aku tak tau .
" Awak mana boleh makan aiskrim ni. Bahaya tau!"
" Asal pula? Dah tu kalau bahaya kenapa awak makan juga?" soal aku lagi dengan bengang.
" Sebab , kalau saya makan tak jadi apa apa nanti. Tapi kalau awak yang makan susahlah saya!"
Apekebenda mamat ni melalut. Mana ada bahaya makan aiskrim. Lainlah kalau ada bahan beracun.
" Saya taulah yang awak tu bakal doktor, tapi tak pernah lagilah saya dengaryang makan aiskrim ni berbahaya " balas aku dengan muka mencerut. Entah apa apa saja Rafiqi ni.
" Awak tak boleh makan sebab aiskrim ni manis sangat. Awak tukan dah cukup manis tak payahlah tambah lagi manisnya. Nanti kalau saya angau dengan awak macam mana ? Kan susah tu"ujar Rafiqi dengan senyuman nakal.
Terkatup terus mulut aku daripada membalas kata katanya. Aku terus saja berpaling ke arah lain.. Alamak...Aku rasa muka aku dah merah dah ni.
Yang Rafiqi pun satu! Masa masa ini jugaklah dia nak buat pickup line dengan aku.
Cairlah aku jawapnya!
" Awak ingat lawak? Bak sini aiskrim saya!" Aku berpura pura marah, setelah Aku kembali memalingkan muka memandang wajahnya.
" Tak... Tak boleh . Awak minum juice tu ajer. Dia less sugar. Baik untuk kesihatan awak." arah Rafiqi lalu menjamah aiskrim aku dengan muka tanpa riak
" Less sugar? Eeee tak sedaplah Fiqi" bentak aku tidak setuju.
Dan dan, Rafiqi memandang aku dengan pandangan tajam. Mukanya tiba tiba sahaja menjadi serius.Ketat wei muka dia! Aku pula rasa takut.
" Tergok tu. Nampak sangat suka makan dengan minum yang manis manis. Awak nak tau?...awak tu dah cukup manis dah ... Tak payahlah makan benda manis manis ni, nanti awak kena kencing manis kan susah" Nasihat Rafiqi lagi
Aku mengeluh . Dia dah mula jadi doktor dah..... Nak tak nak aku terpaksalah ikut cakap Dr Rafiqi ni.
" Yalah yalah....saya ikut pesanan DOKTOR RAFIQI ni . Saya minum juice ni nanti" balas aku dengan pasrah. Reda sajalah Maya.
" Hmmn bagus. Boleh jadi isteri yang solehah awak ni nanti" balas Rafiqi sambil tersenyum nakal.
" Eh, dahlah awak ni. Dari saya layan awak yang entah apa apa ni lagi baik saya tidur"
Aku terus sandarkan tubuhku lalu memejam kan mata. Tidur lagi baeeek.
Sayup sayup aku mendengar suara Rafiqi
" Hmm Maya ...Maya......"
Typo sila abaikan ya?
YOU ARE READING
Prince Mask (edit)
Romance(COMPLETE) (one side POV) *proses pengeditan sedang dijalankan bagi memastikan tiada sebarang kesalahan ejaan di dalam cerita ini. Diingatkan juga, akan terdapat sedikit perubahan dalam cerita ini semasa proses pengeditan dijalankan. Amisha Sumayya...