PM14

3.8K 255 7
                                    

Aku bermain handphone sementara menunggu kedatangan enam ahli pasukan cheer aku tiba di dalam ruangan kafe ini.

Aku memandang jam di dinding. Hampir pukul sebelas pagi. Aku sudah dimaklum oleh Zahra yang mereka akan tiba di sini pada jam sebelas pagi. Sempat juga tu Zahra tanya boleh tak kalau dia nak bawa beberapa kawan dia sekali.

Aku on ajer. Tak kisahlah berapa orang. Bukannya aku jadi bapa kerdana pun nanti kalau belanja orang makan. Harta arwah ayah aku ada banyak lagi. Cukup untuk menampung  aku hidup tanpa bekerja jika aku mahu

Bukan nak riak ke apa. Aku cuma rasa tak salah rasanya kalau aku nak share rezeki yang Allah bagi dekat aku ni dengan orang lain. Lagi lagi dengan kawann kawan aku sendiri. ye tak?

Cakap tentang kawan, aku betul betul harap hubungan aku dengan team cheers aku baik baik sahaja, lagi lagi dengan tiga orang diva tu. Haha, baik tetap baik, tapi pada aku, mereka bertiga memang ada gaya diva. Sesuai sangat dengan images mereka.

Bunyi riuh rendah yang terhasil dari pintu kafe ini membuatkan kepala aku automatik memandang ke arah bunyi bising tersebut. Aku pasti itulah mereka, aku yakin sebab aku kenal suara mereka.

Leane, Sofia, Zahra, Amanda, Tyka serta Fiona mrlangkah masuk ke dalam kafe ini dengan pandangan rasa kagum. Ohhh lupa nak cakap, kafe yang aku pergi bukan calang calang kafe ya? Kafe ini adalah antara kafe yang termahal di sini.

Aku membulatkan mata aku apabila....Sharif, Haikal, Hafiz,Mikail, Hairil ,Fatih serta Rafiqi juga melangkah masuk sambil berbual dan ketawa di belakang ahli cheer.

Bukan nak cakap tak suka budak budak basketball tu join sekali, tapi....alamakkkk mati aku! dahlah malu dekat gelanggang tadi masih menebal.

Baru nak mengelak dari dia tapi dah kena makan semeja pula. Apasal aku tak terfikir kawan yang dimaksudkan oleh Zahra tu ialah pasukan basketball kolej aku? Padahal diaorang memang rapat dari sebelum aku pindah masuk ke kolej itu lagi.

'Okeys, bertenang Maya, kau boleh handle punya masalah ini. Cuma... Tenang...,ya tenang.' Aku Cuba menenagkan hati sendiri.

Aku membetulkan duduk aku. Mereka berjalan menuju ke arah meja yang aku sudah duduki sambil bergelak tawa manakala aku pula terus berpura pura tidak menyedari akan kehadiran mereka dengan terus bermain dengan handphone di tangan

" Hai Maya! Sorry lambat!" ujar Leane seraya duduk di sebelah kananku. Aku menoleh ke arahnya dengan riak konon kononnya baru menyedari kehadiran mereka.

" Eh, dah sampai? Ohh tak apalah, aku pun baru sampai tadi." ujar aku dengan tenang. Hahhh, macam tulah Maya. Cover sikit gelabah kau tu!

" Hai Maya! Tak apa ke kitaorang join korang ni? Rasa macam serba tak kena pula bila tiba tiba ajer kitaorang menyelit dalam kumpulan kau ni" ujar Hafiz .

Aku tersenyum sambil menggeleng. Muka Rafiqi aku langsung tak nak pandang.

" Eh, tak ada apalah. Aku lagi suka kalau ramai ramai macam ni. Lebih meriah. Ye tak?" soal aku semula dengan senyuman palsu.

" Ohhh baguslah kalau macam tu. Tak adalah aku rasa serba salah nak order banyak banyak."sambung Sharif sambil mengosok perutnya. Aku hanya tergelak kecil melihatnya.

" Orderlah sebanyak mana yang kau nak. Aku tak kisah."ujar aku lagi sambil membuka menu di tangan. 

Sharif ni memang macam ni kalau korang nak tau. Dia ni memang seorang yang ceria dan boleh menghiburkan kitaorang pada bila bila masa sahaja. Lagi lagi kalau kitaorang tengah sedih. Lawak dia memang buat kita lupa masalah yang dihadapi.

Aku membawa mereka ke kafe ini kerana di kafe ini terdapat banyak masakan melayu yang disediakan.

So... Aku sengaja bawa diaorang semua ke sini supaya diaorang boleh rasa dan makan masakan melayu kalau nak.

" Hmmm saya nak laksa dengan jus epal. Tu ajerlah" pesan aku membuatkan mereka di situ terkejut beruk.

" Eh, ada makanan melayu ke dekat kafe ni?" soal Fatih teruja. Aku mengangguk laju sambil tersenyum.

" Sebab tu aku ajak korang makan kat sini. Kafe ni dia ada sediakan masakan melayu. So, nanti tak payahlah korang tahan nafsu korang nak makan masakan melayu sebab kafe ni ada tawarkan makanan makanan melayu yang sama macam yang ada dekat Malaysia. " panjang lebar aku jelaskan.

" Wahhhhh bestnya!" muka Sofia sudah bersinar sinar mendengar kata kata aku.

Aku hanya memandang mereka semua seronok memesan makanan melayu yang terdapat di dalam menu. Lagi lagi si Sharif tu. Dia sampai tak tau nak order apa. Alih alih, si Hairil bagi cadangan,terus saja dia order menu tersebut  dengan laju. Bikin aku geli hati ajer. Haha.

" Bagi saya laksa dengan jus epal ya?" order seseorang. Aku tak tergok pun siapa yang order sebab aku tengah sibuk balas chat ibu.

Bila aku angkat kepala, aku tergok semua tengah sengih sengih pandang aku dan juga Rafiqi bersilih ganti. Aku kerut dahi. Apa jadi ni?

" Asal korang pandang aku macam tu?" soal aku aneh. Kesemuanya hanya tersenyum sambil mengeleng perlahan kecuali Rafiqi dan Sharif.

" Ada orang tukan... Dia kan ...order makanan dengan air yang sama macam kau" ujar Sharif .

Aku membulatkan mata. Ada orang order makanan yang sama dengan aku? Siapa? Aku pandang diaorang semua dengan pandangan tidak percaya.

" Yeke? Siapa?" soal aku.

" Rafiqi! " jawap mereka semua serentak. Aku sudah tergamam.

Perlahan lahan aku memandang Rafiqi. Ternyata , dia juga sedang merenung ke arah aku dengan pandangan lembut. Aku turut memandang wajahnya dengan berani. Sebenarnya, separuh berani ajer. Saja ajer acah acah berani.

Tiba tiba saja, dia mengenyitkan matanya kepadaku. Pantas sahaja aku memandang ke arah berlainan.Muka aku dah start berbahang.

Aduhhh... Dahlah malu kes pagi tadi tak hilang lagi ! Dah ditambah dengan malu yang baru. Hampeh betul lah diaorang ni!

" Wuuuuu.. . kawan , nak sweet sweet bagai jangan di sini ya? Saya mau makan ni. Jangan sebab korang, aku muntah tak henti henti dekat sini" usik Mikail dengan sebelah tangannya memeluk erat bahu Rafiqi.

" Amboi.... Bukan main lagi kau eh mengutuk aku? Dah lama hidup apa?" soal Rafiqi dengan bengang.

Eh, bengang ke tu kalau marah sambil senyum? Tu namanya pura pura marah, Haha...

" Dah dahlah tu Mikail usik diaorang. Karang Maya halau kau dari sini padan muka. Melepas makan masakan Melayu. " ujar Haikal cuba menakut-nakutkan Mikail.

" Hahahaha" ahli cheer aku hanya gelak ajer dari tadi.

" Woi, kau ingat Maya tu busuk hati sangat macam kau? Hati busuk, batu, kering, hahh semualah kau" balas Mikail tidak mahu kalah.

" Wah... Ni nak cari gaduh namanya" duga Haikal sambil ketawa.

" Jommmm aku on ajer kalau kau nak ke gelanggang sekarang ni. Tapi....kalah jangan nangislah" cabar Mikail sambil menjongketkan sebelah keningnya.

" Dah, dah tak payah gaduhlahhh. Macam budak budak darjah satu ajer perangainya" komen Fiona tiba tiba.

" Entahnya. Apa apa ajerlah"sokong Tyka.

" Dah, dah, tu makanan dah sampai. Tak elok gaduh gaduh depan rezeki" ujar aku membuatkan mereka semua mengangguk setuju.

Akhirnya, kami semua menikmati makan tengah hari dengan senyap.

Hmmmm.... Senyap terus eh bila dapat makan? Nampak sangat laparnya tu.













Kalau ada nampak sebarang typo, korang boleh taip typo ok?

Prince Mask (edit)Where stories live. Discover now