Sampai sahaja di rumah, aku terus menuju ke bilik dan berkurung di dalam. Handphone aku matikan awal awal. Beg sandang aku campak atas katil.
Aku mudar madir dalam bilik memikirkan assigment aku yang sudah hancur terkena air. Pelipisku dipicit sambil memejam mata.
Haih... Stress, Aku berbaring di atas katil.
" Nampaknya kau kena buat baliklah assigment tu Maya. Lusa dah kena hantar. Nasib baiklah esok kelas aku cuma ada kelas aunty salmiah. Nak nak, aunty kena cancel kelas tu! Memang aku akan gunakan masa yang ada esok untuk siapkan assigment aku tu" tekad aku lalu pantas bangun daripada pembaringan. Rambut yang terlepas bebas aku ikat.
" Buat sekarang atau tak buat langsung. You can do it Maya!!! Chaiyok!!!!"
Aku mencapai buku nota yang mengandungi maklumat yang aku catat semasa membuat assigment selama ini. Bahan bahan media yang masih aku simpan di dalam laptop aku buka. Tangan laju menaip dan menulis. Mata langsung tak terkalih kepada perkara lain. Hanya assigment yang aku lakukan pada hari ni.
Menyesal tak sudah bila aku dengan yakinnya men-delete fail assignment di dalam senarai documents laptop milik aku kemarin sesudah aku print-out. Pengajaran! Jangan delete apa apa fail selagi fail tu tak submit dengan selamat kepada lecture.
Kalau tak jadilah macam aku sekarang ni, tak memasal nak kena taip dan juga cari balik sumber rujukan aku.
Setelah beberapa aku menaip serta meneliti tugasan, aku berhenti buat seketika. Jam di dinding aku pandang. Dari jam empat petang sehingga jam lapan malam aku menaip tanpa mempedulikan perkara lain. Mandi pun belum!
Aku bangun dan mula mengambil tuala.
Mandi!!!
Tetapi sebelum itu, aku menghidupkan kembali handphone milikku lalu dicas. Tanpa memandang sebarang noti yang masuk, aku terus membersihkan diri.
Malas nak tengok siapa yang chat, siapa yang call tu.
Selesai membersihkan diri, aku segera memakai baju tidur dan mengeringkan rambut. Telefon aku capai lalu melihat panggilan dan mesej yang masuk.
Miss call from:
Rafiqi- 7-( 4. 35 p.m)
Hafiz-3-(4.37p.m)
Mikail-6-(4.45p.m)
Rafiqi-19-(4. 56)
Hairil-1-(5.03p.m)
Rafiqi- 25-(5.26p.m)
Rafiqi-31-(5.43p.m)
Rafiqi.........Wau banyaknya miss call.
Mesej
35 mesej from Rafiqi.Aku hanya memandang tanpa ada rasa ingin membalas mesejnya kembali ataupun menghubungi semula. Aku kembali meletakkan handphone di atas meja dan terus berlalu keluar dari bilik.
" Eh, hai Maya! Eh, Maya, tadi ada orang datang tau. Dia kata nama dia Rafiqi. Dia nak jumpa awak tapi tulah... Awak tak dengar saya panggil tadi. Awak buat apa dekat dalam bilik tu sampai tak dengar saya panggil" panjang lebar Crystal bercerita apabila melihat kelibat aku di ruang tamu.
Aku kerut kening. Rafiqi datang? Buat apa ajer dia datang sini?
" Yeke? Sorry Crystal. Aku buat assigment. Lusa nak kena hantar dah. Tu pasal aku tak dengar apa apa tadi. Ni.., aku nak masak ni. Kau nak makan apa? Aku masakkan" offer aku sambil memakai apron.
YOU ARE READING
Prince Mask (edit)
Romance(COMPLETE) (one side POV) *proses pengeditan sedang dijalankan bagi memastikan tiada sebarang kesalahan ejaan di dalam cerita ini. Diingatkan juga, akan terdapat sedikit perubahan dalam cerita ini semasa proses pengeditan dijalankan. Amisha Sumayya...