PM42

2.5K 149 6
                                    

Dahi aku berkerut hebat semasa hendak membuka mata, tangan dibawa ke dahi, cuba menahan rasa pening dan pusing kepala yang kuat. Terasa berdenyut denyut kepala aku ketika ini.

Mata dibuka perlahan, memandang sekeliling dengan kerutan dan pandangan aneh. 

Tunggu,aku dekat mana sekarang ni?Tempat apa ni? macam mana aku boleh sampai dekat sini?

Bilik usang itu aku perhatikan penuh teliti, bilik yang hanya terisi dengan sebuah katil ,meja dan beberapa buah perabot yang kelihatan usang dan ditinggal lama.Aku memandang lama ke arah tilam yang sedang aku duduki ketika ini.Mencuba mengingat kembali apa yang sedang berlaku kepadaku ketika ini.Tetapi tiada apa yang dapat aku fikirkan [ada waktu ni!

Aku cuba melangkah turun, sebelum aku sedari yang kedua kaki aku diikat ketat dengan seutas tali.

Aku cuba membuka ikatan tali tersebut, memandangkan tangan aku bebas dari sebarang ikatan. Namun, terasa semuanya sia sia sahaja, apabila ikatan tali itu terlampau ketat, sehinggakan kaki aku mula melecet  apabila kerap kali aku menggerakkannya, supaya terbuka.

" Haishhh, siapa yang ikat aku ni?! " Dengus aku tidak puas hati. Minda mula berfikir keras,memaksa aku mengingat kembali akan perkara terakhir yang aku lakukan sebelum di culik.

Wedding Leane

Lagu Senorita

Merajuk

Ais krim coklat

Dapat chat dari Aiman

"Chat...ya perkara last yang aku ingat Aiman chat aku!"


'Now'

Aku tersentak,apabila mengingat kembali isi pesanan Aiman kepadaku.

Ya!

Aiman ada menghantar pesanan kepada aku yang mengatakan dia akan ke arahku sekarang!

Jadi... Ini bermakna, aku telah diculik oleh abang angkat aku sendiri? Aiman?

" Tak guna punya Aiman! " Marah aku bengang.

Macam mana dengan Rafiqi? Dia okey ke tak?

" Fiqi... Saya harap awak ok, tak ada apa apa yang jadi pada awak. " Mohon aku dengan sebak.


Krek....


Bunyi pintu dibuka menarik perhatian aku untuk memandang ke gerangan insan yang bertanggungjawab mengikat aku seperti ini.

" Eh, sayang? Sayang dah bangun? " Soal Aiman ceria. Hoodie diturunkan dari menutup kepalanya.

Wajahnya aku renung tajam. Tak guna punya Aiman.

" Apa yang kau buat ni Aiman? Kenapa kau culik aku?! " Soal aku lantang.Wajahnya aku pandang dengan pandangan ingin membunuh.

Aiman ketawa besar mendengar soalan aku. Seakan akan terasa lucu dengan soalan yang anjurkan kepadanya sebentar tadi.

" Aku? Kenapa aku culik kau? Aku rasa kau tahu kenapa sebabnya sayang. " Ujar Aiman cuba bermain tali.

Aku mendengus tak puas hati dengan jawapannya.

" Aku tak ada masa nak berbual bual dengan kau Aiman. Bagitau aku, apa yang kau nak dari aku! " Marah aku lagi.

Aiman berdecit sinis dengan marah. Langkahnya diaturkan satu persatu ke arah aku dengan perlahan, bersama sama dengan renungan tajamnya.

Automatik badan aku terundur ke belakang. Mata memerhatikan tingkah laku Aiman, berwaspada dengan apa yang akan dilakukan oleh Aiman. Bertindak sewenang-wenangnya pada saat merupakan perkara yang paling harus aku elakkan.

Prince Mask (edit)Where stories live. Discover now