Cantik kan guys, cover yang dekat atas ni? Thanks sangat sangat kepada Qxyrose_, yang dah sudi buatkan cover yang sangat sangat cantik dan lawa gila ni untuk saya. 😍😍😍😍. Kalau korang nak korang bolehlah request Kat Shop dia, Q'Cover Workshop. Tapi saya tak surelah kalau Shop tu masih Open atau tak, kalau nak tau, apa kata korang cari? 😅😅
.............................................................
Aku meniup perlahan bubur yang masih berasap ni tanpa menghiraukan sekeliling aku, lalu bubur tadi disuap ke dalam mulut. Mata aku terpejam menikmati keenakan bubur ini... Masakan ibu... Tak pernah lah tak sedap. Nyum.....nyum....!
Pada ketika ini, semua orang sudah pulang ke rumah. Jadi tinggal lah aku seorang diri di hospital ini.
Hmm, jap, semua ke?
Tak lah, mana ada semua balik. Ada tertinggal ni hah satu lagi makhluk ciptaan Tuhan yang amat indah, tampan, kacak dan sedap dipandang dengan mata kasar.
Eh apa aku melalut ni? Terus aku geleng gelengkan kepala aku, apabila sedar yang aku dah terpuji si dia.
" Sayang? Sayang ok? " Soal Rafiqi lembut dan prihatin.
Ya... Makhluk Tuhan yang tak balik lagi tu adalah Rafiqi, tunang aku sendiri. Sibuk ajer nak stay sini, nak temankan aku bagai.
" Sayang? " Soal Rafiqi lagi.
Aku diam, tangan masih lagi menyuap bubur ke dalam mulut tanpa memperdulikan soalan Rafiqi. Tengah merajuk kan? Tak akanlah nak layan si Rafiqi ni pula.
" Haih... Sayang... Saya tahu awak marah dekat saya pasal Prince Mask tukan? " Teka Rafiqi tepat.
Tahu pun!
" Saya... Saya tak ada niat pun nak sembunyikan hal ni daripada sayang. Saya cuma tak bersedia lagi nak bagitahu pada sayang yang Prince Mask tu adalah saya. " Aku masih diam, membekukan diri.
" Saya ada sebab saya yang tersendiri kenapa saya sembunyikan hal ni" Tambah Rafiqi.
Aku menoleh ke arahnya. Bubur di tangan aku letak di atas meja sebelum pandangan aku ditumpukan sepenuhnya kepada Rafiqi.
" And? Sebab awak tu apa? " Soal aku dingin. Tangan naik memeluk tubuh sendiri.
" Dulu.. Perwatakan saya sebiji seperti Prince Mask . Tapi, bila saya berwatakan seperti tu, ramai orang jauhkan diri daripada saya, orang kata saya pelik. Semua tak nak dekat dengan saya kecuali Hairil, Hafiz, Haikal, Sharif, Mikael... "
Aku terdiam. Perwatakan Prince Mask adalah perwatakan sebenar Rafiqi yang asal?
" Sampailah satu hari, saya terjumpa dengan seorang perempuan ni. Dia pelajar baru dekat sekolah saya. Saya pun tak tahulah kenapa... Tapi saya rasa saya dah jatuh suka pada dia. " Cerita Rafiqi lagi.
YOU ARE READING
Prince Mask (edit)
Romance(COMPLETE) (one side POV) *proses pengeditan sedang dijalankan bagi memastikan tiada sebarang kesalahan ejaan di dalam cerita ini. Diingatkan juga, akan terdapat sedikit perubahan dalam cerita ini semasa proses pengeditan dijalankan. Amisha Sumayya...