Hari ini merupakan hari balapan dan padang .Aku dan Crystal, kami masing masing adalah ahli pasukan Ungu . Dan kitaorang adalah atlet dari rumah kami. Sudah banyak acara yang kami berdua serta, dan alhamdulillah,aku dengan Crystal mendahului atlet perempuan yang lain .
" Woi... Kau lari tak boleh laju lagi ke? Cam siput jalan ajer aku tergok. " bidas Crystal selamba.
" Otak kaulah. Kau nak aku laju macam mana lagi gila?" balas aku geram . Aku sumbat karang stoking aku ni dalam mulut dia tu baru tau . Mulut main lepas ajer.
" Eh? Asal cam lambat aku tergok ?" balas Crystal dengan lagak sedang berfikir. Aku mengetap bibir geram .Aku taulah dia lari lagi laju dari aku tapi tak adalah lembap sangat.
" Dahlah jom beli air. Air aku dah habis ni " ajak aku. Crystal mengangguk setuju.
" Air aku pon dah nazak dah ni" beritahu Crystal.Kami berjalan bersama sama ke arah khemah yang menjual pelbagai jenis minuman dan makanan .
" Wei, aku ke sana sekejap tau. Lapar pula bila aku tergok semua makanan ni" beritau aku seraya ke tempat jualan makanan.
Sedang aku melihat lihat , aku terlanggar seorang lelaki yang aku kira sedang membeli makanan juga. Habis jatuh semua makanan dia.
Alamak...... Bala bala. Makanan dia pula tu yang jatuh. Membazir makanan dengan duit dia.
" Eh, alamak sorry! sorry sangat sangat " ujar aku sambil menundukkan kepala.
" Eh, tak apalah. Bukan salah awak pun. Awak pun mesti tak sengaja kan?" soalnya penuh kelembutan . Aku pantas mendongakkan kepala.
Dan Dan, aku terdiam buat seketika.
Ya Allah indahnya ciptaan KAU, kenapalah lelaki depan aku ni tersangatlah tampan?
Aip! Maya! Jangan nak mengatal!
" Be... Betul ke ni?" Pantas aku menyoal dia dengan sedikit ragu.
" Ya,tak apalah, lagipun makanan nikan dalam plastik, so..boleh dimakan lagi. Hmmm awak nak beli makanan juga ke? " soalnya. Aku mengangguk perlahan
" Kalau gitu... Jomlah, lagipun kitakan satu team" ujarnya dengan senyuman manis.
Mendengar kata dia, aku terus menjatuhkan pandangan ke arah baju yang dia kenakan. Haah , baru aku perasan dia pakai baju pasukan ungu.
" Eh , haahlah. Kalau macam itu, jomlah" ajak aku happy
Tunggu...aku happy? Asal kau happy pula ni Maya? Bukan kau tak suka lelaki ke? Tak akan kau suka dia pula?... Tak tak... Ini bukan perasaan suka. Ini hanyalah perasaan minat yang datang secara tiba tiba.
Jadi ini bermakna aku tak suka dia!
Kami berjalan bersama sama melewati setiap kedai, untuk melihat makanan yang dijual oleh para perniaga.
" Saya Izwan Rafiqi. Tahun 6 Arif. Awak?" Ujarnya tiba tiba.
" Hah? Saya Amisha Sumayyah. Tahun 4 Bijak."balas aku laju.
" Ohhhh..jadi...saya nak panggil apa ni?" soalnya lagi
" Maya"
" Comel" ujarnya perlahan tapi aku masih boleh dengar. Dia cakap apa? Dia kata comel ke tadi?
Ahhh,kenapa aku rasa muka aku panas ni?????
Sah Maya kau dah mereng!
"Awak pula? Nak panggil awak apa?" soal aku pula setelah aku berjaya menenangkan diri daripada terlalu excited.
"Panggil ajer saya Rafiqi."
"Ohhhh ok "
Setelah itu, kami membeli beberapa jenis makanan. Semasa aku hendak menghulurkan duit aku, dia terlebih dahulu membayarkan harga makananku.
Aku tercengang. Eh? Apa jadi ni? Muka Rafiqi aku pandang meminta perjelasan.
"Saya belanja" ujarnya dengan senyuman dan terus berlalu pergi. Aku terdiam lagi. Dada aku dipegang erat.
Kenapa? Kenapa comel sangat bila dia senyum ni???
" Woi minah, dah tangkap cintan ke? " sampuk Crystal tiba tiba. Aku terus berpaling ke arahnya.
"Sejak bila kau kat situ?" soal aku garang. Crystal ketawa sinis mendengar soalan aku.
"Lamalah juga. Asal?"
"Diam. Aku tak nak dengar apa apa" aku memberi amaran dan berlalu pergi dengan muka yang berbahang. Apa pasallah aku tak perasaan yang minah tu ada dekat situ. Buat malu aku ajer dia tergok aku dengan Rafiqi tadi.
Wait the minute, Wau...aku ingatlah nama dia. Terror ni Maya.... Mana pernah kau nak ingat semua pasal lelaki ni tapi kenapa dengan Rafiqi kau terus....macam dah fall in...love?
Eh? Jatuh cinta? Biar betul?!Ahhh parah kau ni Maya.... Parah!!!!!
Aku berjalan perlahan ke arah khemah pasukan ungu dan aku terlihat kelibat Rafiqi yang sedang bergelak ketawa dengan kawan kawannya yang lain sambil melakukan senaman ringkas.
Sedang aku memperhatikannya, dia terpandang wajahku yang tengah syok skodeng dia.
Eh... Wait, what? Dia tengok aku????? Matilanakkkkk
Dan dan Rafiqi tersenyum ke arahku.
Dia senyum? Spontan tangan aku naik memicit kepala.Maya,jangan senyum please? Kalau tak nanti dia perasanlah yang kau Ada perasaan dekat dia.
Gila! Tak sampai lima minit pun tadi kami berdua berbusl, tak akan aku dah jatuh suka kut?apa pula pandangan dia nanti kalau dia tahu.
"Jatuh cinta ke?" soal Crystal tiba tiba.
Pantas aku menafi.Gila nak mengaku yang aku dh jatuh suka kat Rafiqi. Dahlah Crystal ni tau yang aku ni hati lagi keras dari batu.
"Mana ada. Kau ni memandai bukan buat cerita. Lagi satu,apa bukti yang aku ni dah jatuh cinta dekat mamat tu ? Hah... Mana? Mana?Mana buktinya? " soal aku dengan nada yang dikeraskan.
" Menyampah dohh aku bila bercakap dengan kau ni. Wei, aku tau yang kau tu hati keras nak mampos macam batu tapi itu tak bermakna yang kau ni tak boleh nak jatuh suka dekat someone. Lagi satu, kau Tuhan ke nak sekat sekat hati kau tu dari suka kat seseorang? "bidas Crystal bikin hati aku deep. Sentap wei....
" Tak adalah sampai macam tu sekali. Agak agaklah kau ni" balas aku geram
" Ke.. Kau ni serai sebenarnya?" teka Crystal dengan pandangan nakal. Mata aku membulat mendengar kata kata Crystal .
"Otak kau! Kau ingat aku apa? Songsang? Eh aku perempuan sejatilah bengok!" marah aku lalu memukul kepalanya.
" Sakit gila!!! " marah Crystal
" peduli apa aku"
Aku melangkah meninggalkan Crystal di belakang.
Kalau korang ada jumpa typo masa baca chapter ni, mohon Komen typo ya.
*rekaan semata mata, mohon jangan terjebak dalam hubungan percintaan antara lelaki dan perempuan di bangku sekolah. Focus dalam pelajaran ok! ❤
YOU ARE READING
Prince Mask (edit)
Romance(COMPLETE) (one side POV) *proses pengeditan sedang dijalankan bagi memastikan tiada sebarang kesalahan ejaan di dalam cerita ini. Diingatkan juga, akan terdapat sedikit perubahan dalam cerita ini semasa proses pengeditan dijalankan. Amisha Sumayya...