" Sayang... Bangun "
Aku mencelikkan mataku apabila terasa ada tangan yang bermain main di rambutku. Wajah Rafiqi aku tatap malas malas.
" Abang...Maya mengantuk lagi...bagilah Maya tidur" mohon aku sambil menarik selimut menutupi seluruh tubuhku.
"Aip...sayang...kejap lagi subuh,jomlah bangun. Nanti lambat, dengan nak mandi wajidnya lagi nanti" ujar Rafiqi dengan nada nakal.
Aku kembali membuka mata. Oh itu...aku lupa apa yang jadi semalam. Mengatuk sangat,huhu.
"Hmm..yalah yalah" pasrah aku bangkit daripada pembaringan.
"Boleh jalan tak?" Soal Rafiqi prihatin.
Aku diam apabila disoal begitu. Sebenarnya,aku ada juga terasa pedih tapi tak akan aku nak cakap dekat Rafiqi? Malulah.
" Erghh.."
" Tak apa,Abang faham" pintas Rafiqi laju. Aku tayang wajah pelik.
" Apanya?"
Tanpa berkata kata apa,Rafiqi datang mendekat kepada aku lalu tanpa sebarang kata aku dicempung ke bilik air.
Dalam bilik air pula mata aku sudah terarah kepada bathtub yang sudah pun dipenuhi dengan air.
"Abang ke yang tadahkan?" Soal apabila Rafiqi selesai merendamkan aku ke dalam bathtub tersebut.
Rafiqi tidak menjawab,hanya senyuman lebar sahaja yang dilemparkan olehnya.
"Sayang mandi dulu ya?" Arah Rafiqi sambil mencium dahi aku. Aku pula hanya mengangguk tanda akur. Lagipula aku terasa tenang apabila beredam di dalam air suam ini.
Selesai sahaja aku membersihkan diri,giliran Rafiqi pula untuk mandi. Aku pula sibuk menyikat rambut. Mata pura pura tidak nampak akan kesan merah keunguan di leherku.
Kesan itu aku sentuh perlahan. Haih,macam mana ni? Bahaya kalau si Sofiya tu nampak. Rayyan aku tak kisah sangat,sebab dia tu matanglah juga. Tak adanya dia nak tegur. Huhu.
" Sayang? Buat apa?"
" Hah? Tak ada apalah Abang" jawap aku cepat.
" Jom solat" ajaknya. Aku mengangguk akur.
Sebaik sahaja Selesai solat dan berdoa,Rafiqi menghadap aku lama. Aku tersenyum memandangnya seraya menghulurkan tangan.Rafiqi menyambut senang.
"Abang turunlah dulu ,Maya nak tukar cadar" beritahu aku tanpa memandangnya. Tangan sibuk mengantungkan sejadah yang kami gunakan sebentar tadi.
" Tak nak Abang tolong?" Soalan Rafiqi membuatkan aku terpanar sebentar.
"Tak..eh tak payahlah Abang... Maya boleh buat sendiri" cepat cepat aku menghalangnya apabila Rafiqi mula memegang hujung cadar.
Rafiqi menoleh memandang aku dengan senyuman sinis.
Gulp!
Rafiqi versi prince mask is come back.
"Kau malu kan?" Tebak Rafiqi.
"Mana ada! Dahlah,Abang keluarlah dulu. Maya boleh kemas sendiri...betul!" Ujar aku bersungguh sungguh.
"Hmm,Ok,aku tunggu kat bawah" putus Rafiqi.
Aku ? Hembus nafas lega. Nasib baik.
Sebaik sahaja aku menukar cadar,aku segera membawa turun cadar tadi ke bawah. Nasib aku baik,ruangan membasuh ini tiada orang. Haha.
Siap! Done!
Aku kembali melangkah ke ruang ramu,mencari Rafiqi. Mana pula dia ni?
"Kak Maya? Cari Abang Fiqi ke?" Soal adik ku,Amirul.
" Haah, nampak dia?" Soal aku sambil tersengih. Amirul hanya tayang muka selamba.
"Ada...dekat dapur ,tolong ibu hidangkan breakfast. Awal pula korang bangun eh? Biasanya pengantinlah yang paling last keluar bilik. Ni terbalik pula" komen Amirul.
Aku ketawa kecil mendengar kata katanya. Lawak ah Adik aku ni.
" Kakak dengan abang Rafiqi lain sikit stylenya" ujar aku bangga.
Amirul pandang aku seketika sebelum dia kembali memandang handphonenya.
"Tak kisah. Dah blah" arahnya tanpa nada.
Aku mengecilkan mata aku. Poyo kau eh dik? Hari tu aku koma bukan main beria nangis bila aku sedar. Ni dah ada depan mata bukanya nak hargai.
Perlahan aku berlalu ke dapur. Apa yang adik cakap kan tadi tu benar,kelihatan Rafiqi sedang sibuk menyusun makanan di atas meja makan.
"Wuuu,rajinya orang tuuuuu" usik aku seraya ketawa kecil. Rafiqi tersengih mendengar kata kata aku.
"Dah bangun menantu mummy? Fiqi ni memang rajin tolong mummy kat dapur" ujar Puan Sri Sahara Yang baru muncul sambil membawa mangkuk berisi mee.
" Dah lama bangun mummy. Tadi Maya kemas kemas bilik tu yang lama sikit. " ujar aku.
"Semua dah bangun ke? Kalau dah ada yang bangun and nak breakfast boleh lah makan dulu" ujar ibu tiba tiba
" Tak apalah ibu ,kita tunggu semua dulu ya?" Ujar aku lembut. Ibu angguk akur.
SKIP
Sewaktu sarapan, hanya aku sahaja yang mendiamkan diri. Rafiqi pula rancak berbual bersama sama keluarga yang lain.
Haha,aku mengantuk lagi tahu sebenarnya. Sofiya pula aku lihat tersengih sengih memandang aku. Macam aku tak tau makna senyuman dia tu. Jangan dia nanti bila turn dia pula kahwin.
Selesai sarapan,kami semua berkumpul di ruang tamu. Aku sandarkan kepala aku di bahu Rafiqi sambil sambil mata aku memandang tv.
"Sayang" panggil Rafiqi. Aku hanya mengumam.
" Hmm?"
" Satang tau tak yang...Hairil dah stop study?" Soal Rafiqi.
Aku angkat kepala dari bahunya. Muka terkejut aku tayang.
"Eh kenapa pula? Kan tak lama dah nak habis study nya?" Soal aku pantas.
" Tau...tapi dia tak stop,dia just berhenti and sambung study dia dekat Malaysia" terang Rafiqi.
" Ohhh...eh tapi kenapa? " Soal aku balik.
"Kenapa apa?" Soal Rafiqi sambil bermain main dengan jariku
" Yalah kenapa sambung kat Malaysia? Boleh ajer habiskan study dulu baru balik sini"
Rafiqi merenung aku lama. Aku diam menanti jawapan.
" Dia...ada masalah family. Sayang tak payahlah risau eh?" Lembut Rafiqi menjawap.
" Masalah? Masalah apa?" Soal aku lagi .
" Hmm...ayah dia meninggal" jawap Rafiqi perlahan. Aku terdiam dan bersinpati terhadap Hairil.
" Kenapa? Kita tak nak lawat ke?"
" Sayang...Hairil tak benarkan kita pergi...sebab bahaya. Lagi satu...pasal kenapa ayah dia meninggal tu...Abang tak boleh cakap. Ini melibatkan family Hairil. Tak apa sayang just sedekah al-fatihah ya sayang" arah Rafiqi lembut. Dahi aku dikucup lembut.
Aku terdiam sering bahasa. Apa masalah Hairil sebenarnya?
Done for chap 54😎
YOU ARE READING
Prince Mask (edit)
Romance(COMPLETE) (one side POV) *proses pengeditan sedang dijalankan bagi memastikan tiada sebarang kesalahan ejaan di dalam cerita ini. Diingatkan juga, akan terdapat sedikit perubahan dalam cerita ini semasa proses pengeditan dijalankan. Amisha Sumayya...