" Sa... Sayang dah sedar? " Soal Rafiqi dengan wajah tidak percaya. Aku hanya mampu menayang senyuman manis kepadanya lalu ketawa kecil apabila tidak dapat menahan rasa geli hati memandang wajah kaget milik Rafiqi.
" Ya awak, saya dah bangun dah ni. Kenapa? Awak tak percaya yang dekat depan awak ni saya? " Soal aku masih lagi dalam ketawa.
" Alhamdulillah sayang... Syukur Ya Allah,... Sayang... Awak tahu, dah lama saya tunggu awak bangun, saya.. Saya rindu awak sangat sangat" Ujar Rafiqi dengan teruja.
" Saya pun rindu awak juga. Lama ke saya tidur? " Soal aku Pura Pura tak tahu.
" Lama sangat sayang, even pada orang lain sekejap tapi bagi saya lama, sebab saya tak boleh nak berbual, gelak dan gurau gurau dengan awak macam biasa. " Kuah Rafiqi penuh perasaan.
Aku hanya diam, sebelum tiba tiba aku teringat akan sesuatu hal. Wajah Rafiqi dipandang memohon jawapan.
" Awak, macam mana saya boleh... Lepas dari.... "
" Aiman? " Rafiqi memotong. Aku terdiam lalu menunduk sambil bermain main dengan jariku. Serta merta ingatan aku terhadap Aiman serta pembuatannya menyeksa aku terus bermain di minda.
Kedengaran Rafiqi mengeluh.
" Saya tak tahu, yang saya tahu tiba tiba saja pihak hospital hubungi saya kata awak dekat sini. Bila saya tanya siapa yang hantar awak, pihak hospital ni kata ada seorang lelaki bermask yang bawa awak ke sini. Maaf sayang, saya tak tahu siapa yang dah selamatkan awak. " Luah Rafiqi sedikit kecewa.
Aku hanya senyum kecil mendengar kata katanya. Aku rasa aku tahu siapa yang selamatkan aku tu. Siapa lagi insan yang aku kenal di dunia suka memakai Mask semasa berada di khayalak ramai? Atau lebih tepat semasa berjumpa denganku.
Terima kasih awak... Prince Mask, sebab selamatkan saya daripada Aiman tu. Saya akan menghargai jasa awak kepada saya dan rasa terhutang budi ini kepada awak prince Mask,
" Tak apalah awak, dah bukan rezeki kita nak tahu siapa yang selamatkan saya kan? Tak apalah, kita doa lah banyak banyak, semoga kita dipertemukan dengan orang yang dah selamatkan saya tu"Ujar aku cuba menenangkannya.
Rafiqi mengangguk sambil turut tersenyum apabila mendengar kata kata aku, tanda bersetuju dengan apa yang aku katakan.
" Tapi kan awak, saya rasa yang selamatkan saya tu lelaki lah. Hmm pasti baik kan lelaki tu, kuat, berani... Sebab tu dia dapat selamatkan saya. Kalau saya dah jumpa dia nanti, saya nak sangat ucap thanks banyak banyak dekat dia. " Puji aku sambil membayangkan wajah beku milik Prince Mask
" Ehem! " Tiba tiba, Rafiqi berdehem kuat sambil memandang wajah aku dengan pandangan yang sedikit tajam berserta dengan riak wajah ceberut.Aku yang memandang wajahnya juga turut terkedu.
Alahai, jangan kata Rafiqi cemburu sudah. Parah aku nanti nak memujuknya. Lagi lagi, aku manalah pandai mana dalam memujuk lelaki ni. Pujuk ibu aku pandailah.
" Err,...awak janganlah salah faham pula ya? saya kata macam tu sebab dia dah selamatkan saya then dah bawa saya balik dengan selamat kepada orang orang yang saya sayang. Contohnya ibu, Kak Long, angah, ahli cheer and... Pada tunang saya, Izwan Rafiqi. " Cepat cepat aku menerangkan maksud sebenar aku kepadanya.
Rafiqi hanya diam sambil memandang aku dengan wajah yang tidak berperasaan dan beku.
Aku terdiam apabila melihatnya begitu. Dan terpana aku bukan kerana aku takut dengan riak wajahnya itu, tapi... Kerana aku terpana dengan pandangan matanya.
Kenapa aku rasa macam aku pernah nampak eh pandangan mata ni? Kenapa gaya memandang ini seolah olah mirip dengan seseorang yang aku kenal,yang aku rapat? ... Tapi... Tapi kenapa aku rasa aku macam tak ingat siapa?
Dahi aku berkerut memandang mata Rafiqi. Minda cuba mengingati kembali siapa pemilik renungan mata ini.
" Kenapa pandang saya macam tu? " Soal Rafiqi secara tiba tiba. Aku terkelu mendengar soalannya yang secara tiba tiba itu.
" Err, tak,tak ada apa apa cum..mata awak... Cara pandangan mata awak ni.... Macam... Hmmm... sangat... Errr" Entah kenapa aku rasa terlalu sukar untuk aku menerangkan kepada Rafiqi tentang apa yang terlintas di benak fikiran aku tika ini.
" Saya tahu,saya bertambah handsome kan bila saya buat muka macam tu? " Celah Rafiqi tiba tiba.
Terus, ingatan aku terhadap pandangan mata milik Rafiqi tadi terbang begitu sahaja, tetapi digantikan dengan reaksi wajah yang meluat dengan kenyataan yang dikeluarkan olehnya.
" Ee, perasannya awak ni" Kutuk aku sambil berpeluk tubuh.
'Even memang handsome pun' sambung aku dalam hati. Haha, tak akan aku nak puji terang terang, makin bangga diri lah tunang aku ni nanti.
" Eh biar lah, lagipun kenyataan kan? " Balas Rafiqi seraya ketawa kecil. Aku dah angkat tangan tanda mengalah sambil membuat muka toya.
" Apa apalah awak, " Balas aku pasrah. Reda sahajalah, sebab aku tahu bukan aku boleh menang pun kalau aku bertikam lidah dengannya.
" Sayang... Saya nak cepat kan perkahwinan kita" Ujar Rafiqi secara tiba tiba.
Aku terdiam , perlahan lahan aku memandang wajahnya.
" Cepat kan? Kenapa? Oh saya tahu, ni mesti kes awak dah tak sabar nak jadikan saya isteri awak kan? Awak, sabar ya, tak lama dah" Gurau aku seraya ketawa besar. Tak hirau akan pandangan Rafiqi ketika ini.
" Amboi.. Mana adalah sayang! Saya buat semua ni untuk keselamatan awak. Saya nak awak selalu ada depan mata saya. Sebab tu saya nak cepat cepat halalkan perhubungan kita ni, supaya saya dapat jaga awak,lindungilah awak daripada sebarang perkara yang boleh mengancam keselamatan awak"Ujar Rafiqi mempertahankan dirinya.
" Lagipun, saya tak sanggup kalau awak jauh dari pandangan saya lagi, saya takut sangat kalau ada sesuatu yang buruk berlaku kepada awak, sebab saya sayangkan awak sangat sangat. Saya... Saya serik, serik dengan kecuaian saya sendiri sampai awak boleh diculik semasa dalam jagaan saya. Saya tak nak benda tu berulang kembali. "
" Jadi, ada baiknya saya halalkan hubungan kita ni, supaya saya dapat jangan awak dengan tangan saya sendiri" Luah Rafiqi sambil merenung wajah aku. Lama aku menatap wajahnya, ada terbias rasa takut di sebalik wajahnya itu, menandakan yang Rafiqi betul betul risau akan keselamatan aku.
" Kalau itu yang boleh buat awak rasa lega, saya setuju saya. Lagipun, saya tahu, apa sahaja tindakan yang awak buat tu semua adalah demi kebaikan saya sendiri." Lantas aku bersetuju dengan cadangan Rafiqi tanpa berfikir panjang.
" Thanks sayang, saya cuma tak nak awak rasa terpaksa dengan cadangan saya ni. " Tutur Rafiqi dengan riak wajah yang amat lega dengan persetujuan aku sebentar tadi.
Aku hanya tersenyum dan mengangguk apabila mendengar kata katanya. Aku setuju dengan rancangan Rafiqi ini pun kerana aku sedar keselamatan aku masih terancam lagi lagi apabila Aiman masih bebas di luar sana. Aku yakin yang Aiman tak akan berdiam diri sahaja setelah apa yang telah terjadi.
Tambahan pula, kalau ikut kan perancangan asal kami, perkahwinan kami memang akan diadakan dalam masa yang terdekat ini. Aku yakin, dengan perancangan Allah yang telah diaturkan untuk aku, kerana, hanya Dia sebaik baik perancangan.
Done for Chapter 46.😆😆😆😆😆 jangan lupa komen and vote sekali ya guys,
Sayang korang semua.. 😘😘😘😘😘
YOU ARE READING
Prince Mask (edit)
Romance(COMPLETE) (one side POV) *proses pengeditan sedang dijalankan bagi memastikan tiada sebarang kesalahan ejaan di dalam cerita ini. Diingatkan juga, akan terdapat sedikit perubahan dalam cerita ini semasa proses pengeditan dijalankan. Amisha Sumayya...